Matang?
Bila masa kita matang?
Kematangan mungkin sahaja tidak diukur dengan pembaris sendiri,
Kematangan mungkin sahaja diukur dengan pengalaman,
Kematangan mungkin juga diukur dengan cara kita melihat sesuatu,
Kematangan malah mungkin lebih disedari oleh orang sekeliling kita.
Tapi.
Masih.
Ermm..
Ya..
Tapi masih tak tahu diri ini sudah matang kah?
Atau masih lagi bermain dengan emosi,
Atau keperluan.
Maaf,
Maka cara melihat sesuatu semakin berbeza,
Mereka kata pemikiran semakin kritis,
Mereka kata fikiran lebih menjauh melihat ke hadapan,
Erm..
Harus pada siapa maaf diberi?
Cara melihat berubah setelah bangun dari lena yang panjang,
pada pintu sejarah kita, pada peranan kita, pada ghuzwatul fikr kita, pada kesedaran syahadatul haq kita dan seterusnya semakin besar pintu yang kita jumpai,
Ya,
Baru kamu terbangun tersedak tersentap terkesima tersipu malu terkilan sebab tertipu,
kerana ternyata jauh benar kita dari kegemilangan islam yang dulu.
Kuala Lumpur
Aku mahu jadi mereka yang terbangun dari tidur itu... in shaa Allah. |
No comments:
Post a Comment