1.15.2011

Bumi Kolej Matrikulasi Labuan

contoh suasana di dewan kuliah 2

Salam buat pembaca setia blog ini….maafkan ana kerana telah lama meninggalkan blog ini tanpa khabar berita. Sebenarnya ana sekarang sedang menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Labuan dan akan berakhir insyaAllah bulan empat tahun ni. Lepas tu pulak sambung ke universiti. Hari pertama di Kolej Matrikulasi Labuan (KML) menyaksikan para pelajar Kolej Matrikulasi Labuan sibuk mendaftar di Dewan Mutiara, tak lupa juga pada sesiapa yang baru peertama kali ditinggalkan oleh ibu bapa masing-masing mahupan penjaga. Mungkin ada juga pelajar yang pernah melaluinya sebelum ini, di asrama atau sebagainya. Dapat dilihat di sana sini pelajar-pelajar ini menitiskan air mata dek kali pertama ditinggalkan oleh ibu bapa untuk berdikari di bumi Labuan.

Namun, kita hendaklah mengambil kesempatan ini untuk lebih berdikari. Lama kelamaan nanti kita tetap juga akan keseorangan tanpa keluarga mahupun teman taulan,mungkin bukan di KML, mungkin di universiti atau mungkin di negeri orang. Tentu ada hikmahnya yang Allah nak tunjuk pada kita apabila kita ditakdirkan untuk berada di KML.

Minggu orientasi, dapat dilihat ramai pelajar yang bertudung labuh. Suatu suasana yang agak janggal di tanah air sendiri apabila melihat tersangat ramai orang yang bertudung labuh. Hal ini merupakan sesuatu suasana yang sungguh indah, memberitahu bahawa massih ada orang lain dari tempat yang berbeda datang dari tempat yang tidak sama masih mengekalkan identiti Islam dalam diri mereka. Mula-mulanya terasa terkejut namun lama kelamaan sudah menjadi kebiasaan.

Beberapa hari yang lalu, Diyanah mendapat tahu bahawa ibu bapanya telah selamat tiba di tanah air. Alhamdulillah….kini tinggal dirinya sahaja di muka bumi KML. Tujuannya untuk datang ke KML yang paling utama adalah untuk belajar bersungguh-sunggh dan mendapat keptusan yang terbaik untuk membalas budi ibu bapanya. Diyanah tahu ibunya telah banyak menderita menyekolahkan adik beradiknya. Minggu orientasi dipenuhi dengan ujian disiplin buat para pelajar baru yang dikendalikan oleh kakak dan abng senior KML yang lepas. Puas ditengking kerana tidak menepati masa yang ditetapkan, terkadang rasa melampau juga diperlakukan begitu tapi ini untuk kebaikan mereka juga.

Diyanah merupakan pelajar satu tahun dan mengambil jurusan sains hayat. Pada suatu malam, pihak kolej mengadakan sesi soal jawab antara pelajar baru dan para senior-senior KML yang kini telah bekerja dan ada juga yang sedang belajar. Diyanah ditakdirkan Allah untuk hadir dalam Dewan Kuliah 2, Diyanah dapat lihat sudah ramai yang berada di dalam dewan sebelumnya, dengan pantas dia mendapatkan tempat yang kosong beberapa barisan daripada tempat duduk paling hadapan. Dia hanya seorang diri tika itu. Selain dia, ada juga rakan-rakannya yang lain turut sama belajar di matrikulasi itu, antaranya adalah Aina dan Khadijah. Namun, Aina dan Khadijah mengambil jurusan sains fizikal jadi mereka terpisah buat sementara waktu mengikut haluan masing-masing.

Dewan dihadiri oleh para senior yang bijak pandai di mana mendapat keputusan cemerlang dalam program matrikulasi tersebut. Antara yang mendapat perhatian oleh Diyanah ialah seorang senior yang bernama Arafi. Dalam dewan yang penuh sesak itu, Arafi menceritakan bagaimana mahu survive semasa berada di KML. Dia seperti yang diaberitahu oleh pengerusi majlis ubtuk sesi soal jawaab dewan tersebut, merupakan pelajar yang mendapat 4.00 plat dalam kedua-dua semester, 1 dan 2. Kopiah hitam sentiasa terpahat di kepalanya, matanya cukup tenang melihat pelajar-pelajar yang ada di dalam dewan tersebut. Pengerusi majlis juga memberitahu bahawa Arafi juga sedang mengambil jurusan Perubatan di Universiti Malaysia Sabah.

Dari segi pemerhatian Diyanah, Arafi merupakan seorang pelajar yang tegas dan berdedikasi. Arafi juga memberitahu bahawa di dalam proses mahu belaajar, tidak sepatutnya ada perasaan malu untuk bertanya. Masakan tidak, apabila sahaja Arafi bertanya sama ada mereka ada soalan semua menundukkan kepala kerana malu untuk bertanya. Namun, dewan digemuruhkan apabila Aisyaah, seorang pelajar dari Miri bertanya soalan yang bertubi-tubi demi menjawab persoalan yang ada di mindanya.

Namun bagus juga begitu kerana segala soalan yang diujarkan oleh Aisyah adalah sama persoalannya yang bermain di minda Diyanah. Jadi Aisyah telah membantunya menjawab soalan yang membelenggu di kepala. Selesai Arafi menjelaskan kehidupan di matrikulasi, gilirannya kemudian digantikan oleh seorang pelajar Cina yang ceria dan cergas bernama Jolin. Jolin memberitahu hal yang lebih kurang sama seperti apa yang diberitahu oleh Arafi sebentar tadi namun kali ini lebih kepada cabaran yang bakal dilalui terutamanya tentang masalah air yang tak habis-habis masalahnya tidak dapat ditemui penyelesaian.

Ramai pelajar yang mengeluh kecil apabila mendengar tenttang masalah air. Namun hal ini diganti pula dengan nasihat Jolin bahawa ini semua adalah untuk melatih mereka menjadi lebih kuat apabila berada di luar nanti, mana tahu nanti ujiannya lebioh teruk daripada yang dihadapi di KML. KML bukan sahaja tempat untuk belajar malah merupakan tempat untuk membimbing diri menjadi orang yang tabah, sabar, rajin dan menepati jadual. Masalah air tidak menghalang para pelajar KML mencapai keputusan cemerlang dalam ujian peperiksaan akhir semester akhir.

Selesai sesi soal jawab itu tadi, Diyanah kembali ke asramanya. Teman biliknya bernama Hani dan Sakina. Hani adalah pelajar yang berasal dari Beoufort, Sabah manakala Sakina pula berasal dari Tawau, Sabah. Pada minggu pertama berada di bilik yang sama, tidak banyak yang dibicarakan oleh mereka. Bilik mereka dihadiri lagi oleh seorang bekas pelajar dua tahun bernama Evi. Evi pula berasal daripada Sarawak sama seperti Diyanah. Dalam bilik itu, Evil ah yang paling tua antara mereka semua. Hani banyak keluar daripada bilik untuk berjumpa dengan kawan-kawannya di kafe. Barangkali masih janggal dengan kehadiran orang baru. Diyanah pula masih cuba untuk berbuat baik dengan teman-teman sebiliknya itu supaya nanti sepanjang pengajiannya di KML tiada masalah yang dilalui berkenaan dengan rakan sebilik. InsyaAllah.

Sana sini dapat kita dengar bahawa Kolej Matrikulasi Labuan ini merupakan institusi pengajian yang sentiasa mempunyai masalah air sehingga menyebabkan ramai pelajar yang berhajat untuk ke sana membatalkan hasrat mereka itu semata-mata kerana masalah air. Walhal, masalah air ini adalah sebagai suatu tarbiyah percuma untuk pelajar-pelajar KML khususnya yang bermandi peluh menakung air setiap hari kerana ketiadaan air. Lantas menjadikan diri lebih tabah dan sentiasa bersedia menghadapi hari esok yang bakal menjelma, insyaAllah. Ibarat anak manja yang mahu semuanya ok, kita tidak seharusnya sentiasa mahu berasa senang, sentiasa mahukan segalanya berjalan dengan baik kerana munkin itu adalah lebih baik untuk kita. Dan mungkin juga apa yang kita suka itu Allah tak suka. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Mengetahui daripada kita makhluknya yang lemah ini. Surah al-Baqarah : 216.


Untuk makluman semua yang bakal melanjutkan pelajaran ke matrikulasi labuan, masalah air sudah selesai.. alhamdulillah.



24 comments:

  1. nak tanya, susah ke pembelajaran matrikulasi? selama ini, hampir semua teman sekolah saya mengatakan program asasi lebih senang dari matrikulasi. selain itu, masalah air itu aadakah kerap terjadi atau hanya buat masa-masa tertentu?

    ReplyDelete
  2. Pembelajaran matrikulasi ni tak susah sebenarnya...apa yang penting adalah bagaimana seseorang tu handle masalah pembelajaran tu sendiri...misalnya jika seseorang tu malas maka jadi susahlah sesuatu pembelajaran matrikulasi tu... Dulu ketiadaan air berlaku cuma buat masa-masa tertentu sahaja dan tidak kerap.. Masalah air sekarang alhamdulillah sudah tiada, kerajaan dah bagi paip sendiri untuk KML...air sentiasa ada... untuk keterangan lanjut boleh layari laman web KML..

    ReplyDelete
  3. Hi, mungkinkah saya beli barangan kegunaan seharian (spt sabun, shampoo, dll) dalam sekolah? Kalau tidak, adakah gerai runcit yang menjual barang2 tersebut di sekitar kolej tersebut?

    ReplyDelete
  4. Yes, semua barang keperluan boleh didapati di dalam kolej... untuk makluman semua yang bakal melanjutkan pelajaran ke matrikulasi labuan, masalah air sudah selesai...

    ReplyDelete
  5. hai. nak tanya sikit.. saya ni dapat tawaran ke sana.. hati memang nak pergi. tapi takut x leh carry.. sbb sy ni dapat tawaran pun result yang minima je. semua sains subjek saya dapat C. so, susah tak kalau orang mcm sya ni dapt kejar apa yg di belajar kat sana???? ye la kan, orang kat sana semua pandai2. sy dlm dilema gak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam... ehm, Tira.. akak xboleh nak comment byk sangat tp akak lebih suka jawab berdasarkan pengalaman akak. Sebenarnya kan untuk seseorang tu berjaya bukan kerana result yg lepas tp usaha, doa dan tawakal kita pada Allah..

      Yang lepas tuh lepas lah, lebih baik fokus pada perkara ms ni.. Percayalah, akak dulu mcm Tira, tengok semua student nampak pandai2 je, tp lama2 sy mula sedar itu hanyalah mind set negative kt pd keupayaan dr sendiri.. sebenarnya kt boleh melakukannya cuma kita terperangkap dalam kotak fikiran negatif kita. Terpulang pada student untuk fikir positif atau negatif.

      Yang penting kene usaha, doa, tawakal, rajin belajar, pandai urus masa, xterpengaruh dgn hal2 negatif, jaga kesihatan, buat tutorial, tanya lecturer kalau ada yg xfaham n jangan malu tau nak jd student yg banyak tanya...biar lecturer tu bingung mcm man nak jawab soalan you daripada you terus2 xth or xfhm sesebuah subjek...


      Fahami apa yg dipelajari dlm kuliah, try not to copy others works on tutorial, do it by yourself especially in Maths, of course discussion among the groups is good as well...

      p/s: Sekarang sang penulis menyambung pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur. Dulu study kat Kolej Matrikulasi Labuan. Rasa macam nak kembali ke zaman matrix, sangat bez.. percayalah...

      Delete
  6. Salam. Sy ne nak masuk KML. Blh x bgi tahu aktiviti harian kat sna ?
    And sy nak minta LINK pasal bekalan air 2. Sy nak baca, dah try cri tp, xjumpa jgk. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah untuk sy jawab soalan tentang aktiviti harian sebab lain orang lain aktiviti hariannya.. saya pasti anda juga begitu..

      Pasal link pulak sy xda, the reason why sy cakap xda masalah air lg adalah kerana sy adalah badge terakhir yang mengalami masalah air.. dan pada masa sy study kat labuan dulu nak dekat hujung sem 2, pihak pentadbiran KML berkata masalah air tiada lagi..

      Delete
  7. saya bakal student Matrikulasi Negeri Sembilan. it is almost the same. yang penting blajar je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. insyaAllah.. everyone can do better if they study.. everuthing will be easy if they are study.. so don't give up on study.. and also plan your study time, your social life and so on.. :)

      Delete
  8. salam...sya study di KML last batch,11/12.. mslh air mmg dah xda :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam.. akak study di KML batch 03/04.. mmg masalah air menjadi pkara biasa..:) mcm2 ragam..tiap minggu asyik nak 'outing' tawaf kat UK (ujana kewangan) kekeke..rasa nk kembali ke zaman matrik..hehe.. sgt2 best... rindu sgt2 dgn kenangan kat matrik..huhu

      Delete
    2. Hmm, samalah.. saya pon dah dekat 2 tahun tinggalkan KML, tetap rindu dgn KML.. :')

      Delete
  9. Hello nak tanya ni..time orientasi best ke? sbb mnurut senior2 aku time orientasi sangat2 strict..huhu menakutkan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm. tym orientasi adalah moment2 yg bez sbananya walaupun senior banyak yg agak strict tentang masa. Percayalah, lepas habis matrik, anda pasti akan rindu dengan KML termasok orientasi-nya. Heh. :D enjoy~~

      Delete
  10. akak, dlm satu bilik asrama tu untuk berapa orang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @mademoiselle tior kw dpt matrikulasi labuan? kalau gitu sma la kita slamat brkenalan..

      Delete
    2. Dalam bilik asrama boleh memuatkan maximum 4 orang. :D bez2 masok KML.. :D

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Salam....nak tnya ni...:D....mkn kt sana mhl x?takut la sbb nk kena tanggung mkn sndri kt sne walaupun ada elaun...mcm mne nk berjimat ea...sbab sy ada mslh kesihatan perut klau xmkn....:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erm.. tak pasti sama ada mahal atau tak, bergantung pada siapa yang menjual. Sebab mungkin lain tahun lain orang yang menjual. Saya xleh jawab la ttg harga makanan.. Makan je, dahulukan yang penting. :D

      Delete
  13. hye.. sy nak tanya, kalau nk pergi ke kk dr labuan kan kena guna feri, jd brp tambangnya dr masa utk ke kk??

    ReplyDelete
  14. Nak tnya,cam mna nak tmpah ticket feri ke labuan Dari kk..and btul ke ada bas KML yg akan smbut kita time kita smpai nnt?

    ReplyDelete