Sahabat..suatu ungkapan yang menggambarkan kemanisannya berukhwah sesama muslim. Sahabat yang baik adalah sahabat yang mengingatkan kita kepada hari akhirat. Terkadang dalam persahabatan ini juga menguji kita untuk lebih banyak bersabar. Sabar menghadapi perbezaan ujian sepanjang persahabatan. Kadang kala, kita tidak sedar kita saban hari berhubung dengan rakan-rakan kita ada kata-kata yang mungkin mengguris hatinya. Sehingga lama kelamaan perbuatan kita menyebabkan sahabat kita ni termakan hati berulam jantung. Diceritakan suatu kisah,
Farah dan Syirah bukanlah sahabat karib. Namun, belakangan ini hubungan mereka semakin rapat. Syirah selalu menanti Farah di biliknya untuk sama-sama ke kuliah atau ke kelas. Mereka berdua belajar di kolej yang sama. Di dalam kelas, Syirah dan Farah pun berada dalam kumpulan yang sama. Syirah mula sedar Farah sudah jarang berhubung dengan rakan lamanya yang sebelum ini. Puas Syirah memberitahu perbuatannya itu agak berlainan namun Farah memberitahu bahawa mereka ok sahaja. Jadi, Syirah pun mempercayai kata-kata Farah.
Suatu hari, Farah dan Syirah sama-sama keluar ke pasar membeli keperluan harian di kolej kediaman. Segala senarai barangan yang mahu dibeli sudah ditangan. Ketika itu, Syirah dan Farah berada di dalam bas. Farah menceritakan masalahnya tentang sahabatnya yang dia sudah tidak mahu ambil peduli. Syirah agak mengesan sikap Farah yang tidak mahu berhubung lagi dengan rakan lamanya itu bernama Mukrimah . Farah memberitahu bahawa Mukrimah sering membuatnya merasa lain. Dahulu, Farah sebilik dengan Mukrimah buat sementara. Farah pun bercerita Mukrimah sering membuatnya sakit hati lalu dia merasa kecil hati dengan perbuatan Mukrimah. Pintu dihempas kuat oleh Mukrimah ketika itu farah sedang belajar dimejanya. Farah fikir Mukrimah memarahinya kerana pada masa itu hanya Farah dan Mukrimah sahaja yang berada di dalam bilik.
Kemudian, Farah pun memberitahu dia sudah tidak mahu lagi mempedulikan Mukrimah. Puas Mukrimah menelefon Farah dan menghantar pesanan ringkas kepada Farah namun Farah tidak pernah lagi mahu membalas mesej Mukrimah mahupun menjawab telefon daripadanya. Bahkan, mungkin Mukrimah mahu meminta maaf. Syirah merasa perbuatan Farah ketika itu adalah wajar jadi diia tidaklah terlalu ambil kisah tentang hal tersebut.
Hari semakin berlalu, Syirah merasa tidak selesa datang lambat ke kuliah atau ke kelas. Hal yang menyebabkannya lambat adalah dia menanti Farah dibiliknya. Sebelum ini, Syirah selalu datang awal ke kuliah mahupun ke kelas. Jadi, lama kelamaan Syirah sudah jarang mahu menunggu Farah untuk sama-sama ke kelas. Farah juga menyedari akan perbuatan Syirah kepadanya. Pada awalnya, Farah hanya menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang biasa. Namun hal ini terus berulang jadi Farah merasa jurang antara Syirah dan dirinya itu ada.
Syirah pula belakangan ini sering mengeluarkan kata-kata yang tidak enak didengar terhadap Farah. Ketika itu, Syirah sedang period dan dia pula merupakan orang yang susah untuk mengawal emosi. Farah pula jenis yang sedikit pendiam. Suatu hari, Syirah, Farah dan seorang lagi rakan mereka yang sama kumpulan berbincang tentang assignment yang masih belum disiapkan. Syirah sebelum ini merasa kecewa dengan sikap Farah kerana meremehkan assignment. Dan perbincangan hari itu pula Farah seakan-akan lupa mahu datang sehinggalah Syirah datang ke biliknya memberitahu ada perbincangan. Syirah pun merasa serba salah juga membuat begitu kepada Farah, namun ini untuk kebaikan assignment mereka jadi Syirah menganggap itu hanya perkara yang remeh.
“ Farah, boleh kah kau buat kesimpulan untuk assignment ni?” Tanya Syirah sambil tangannya menaip huruf di laptop. Farah hanya mendiamkan dirinya membuatkan Syirah merasa Farah tidak mendengarnya.
“ Farah, kau dengar tak apa yang aku cakap ni?” Tanya Syirah naik berang. Farah terus mendiamkan dirinya. Farah agak terkejut juga dengan kata-kata daripada Syirah namun dia tetap bersabar. Syirah merasa semakin serba salah kerana kata-katanya itu agak kasar kepada Farah. Perbincangan mereka berterusan sehingga Farah sudah kembali senyum. Syirah merasa sedikit lega kerana Farah sudah kembali seperti biasa.
Namun, Syirah tetap merasa tidak sedap hati kerana perbuatannya itu. Lalu, Syirah pun meminta maaf kepada Farah melalui pesanan ringkas kerana dia tidak berani mahu berdepan dengan Farah membincangkan tentang kesilapannya itu. Sebagai membalas pesanan ringkas daripada Syirah, Farah hanya memberitahu bahawa dia ok sahaja. Tiada masalah dan dia pun memberitahu bahawa dia juga minta maaf kerana menyusahkan Syirah yang terpaksa menantinya lama untuk ke kuliah attau ke kelas.
Sehingga hari ini, Syirah tetap berhubung dengan Farah namun apa yang Syirah rasakan Farah sudah semakin jauh denngan dirinya. Seakan-akan persahabatan mereka terputus begitu sahaja disebabkan oleh sikap Syirah yang tidak kenal erti sabar tatkala bersahabat dengan Farah. Syirah tetap tidak berputus asa untuk berbaik-baik denngan Farah. Walaupun Farah mengatakan dia ok sahaja dengan Syirah namun apabila Syirah cuba mahu berbual-bual dengan Farah. Farah sering menunjukkan muka yang dingin dan tidak mahu memulakan bicara.
Syirah pun berbaik sangka kepada Farah, mungkin ini memang sikapnya Farah. Ada sekali Syirah terjumpa Farah di surau lalu mereka duduk bersama. Syirah melayan Farah seperti dia melayan Farah semasa hubungan mereka ok suatu ketika dahulu namun Farah pula menunjukkan muka yang dingin. Syirah masih ingat ketika itu, senyuman terukir dibibir Farah apabila ustaz berseloroh semasa ceramahnya dan mata Syirah dan farah bertaut. Ketika Syirah mahu duduk bersebelahan dengannya, senyuman Farah pudar. Dahulu, Farah sangat banyak bercakap kepada Syirah daripada Syirah sendiri. Perubahan Farah itu dapat dikesan oleh Syirah sehingga Syirah bertanya kepada dirinya,
“ Betulkah Farah ni ok dengan aku?” Syirah tidak berani bertanya kepadaa Farah. Biarlah itu menjadi persoalan yang tidak berjawab. Apabila datang rakan mereka yang lain ke tempat mereka berdua, Farah terus meninggalkan Syirah lalu berbual riang dengan rakan yang lain tadi. Hal ini menyebabkan Syirah berasa yakin bahawa Farah berbohong apabila dia memberitahu bahawa dia ok sahaja padahal tidak. Sedikit demi sedikit air mata Syirah mengalir mengingati perubahan Farah yang agak ketara kepadanya yang sebelum ini sangat mesra menjadi terlalu dingin. Syirah menyayangi kengan mereka dahulu semasa tiada pergaduhan menyebabkan dia merasa sangat bersalah.
Benarlah kata-kata daripada surah dalam Al-Quran, dekatilah mereka itu dengan suara yang lembut, jika engkau mendatangi mereka dengan keras, maka mereka akan lari daripadamu. Syirah teerbaca lagi pula tentang Rasulullah SAW, baginda tetap bersabar mendengar orang-orang yang kasar berhubung dengannya dan tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang menyyakitkan hati terhadap orang lain. Jika dilihat kepada Syirah, dia sudah terlanjur terhasut hasutan syaitan untuk tidak bersaba dengan sikap Farah. Di mana peribadi Syirah yang selama ini mengikuti sikap Rasulullah SAW?
Syirah berasa semakin ditampar oleh kesalahannya sendiri. Air matanya makin murah mengalir mengingati kesalahannya. Syirah tahu dia bukanlah insane yang sempurna, dia juga sukar mengawal emosi. Patutlah Allah SWT ssuka dengan orang yang menahan marah kerana menahan marah itu adalah suatu yang agak sukar untuk dihadapi malah boleh menyebabkan dua orang yang manis berukhwah menjadi pahit membajai. Melalui peristiwaa ini, Syirah semakin sedar bahawa sabar itu adalah lebih baik daripada memarahi kerana kita tidak tahu marah itu mungkin menyebabkan sesuatu masalah itu menjadi semakin teruk jadinya.
Syirah membuat keputusan untuk terus berusaha berbaik dengan Farah. Wajarlah dia mendapat balasan seperti ini daripada Farah kerana belakangan ini mungkin Farah telah terlalu lama menahan sakit hatinya terhadap Syirah. Biarlah hatinya yang banyak terguris sebagai balasan dia yang mengguris hati Farah sebelum ini. Syirah tahu perjalanannyaa mungkin agak panjang disebabkan hanya satu kesilapan namun apakah yang lebih panjang masanya berbanding masa Rasulullah SAW berdakwah di Mekah sehingga Islam menjadi pegangan oleh semua orang. Rasulullah SAW tidak pernah berputus asa dalam jalan dakwahnya.
Lihatlah, bagaimana nanti kesudahan kisah Syirah dan Farah? Ketika ini, Syirah sedang berusaha untuk menjalinkan kembali ukhwah fillah antara Syirah dan Farah. Hargailah sahabat anda sekalian kerana kita tidak tahu sama ada perbuatan itu adalah perbuatan terakhir yang dihadapi oleh rakan kita sebelum dia meninggal. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui ajal kita bila datangnya. Dan bermaaf-maafanlah kita sesama masing-masing. Itu adalah lebih baik daripada membaja perpecahan yang hanya merosakkan hati kerana tidak mahu memafkan orang yang sudah berbuat salah kepada kita. Sudah lepaslah sudah tanggungjawab orang yang meminta maaf tinggal untuk dimaafkan itu yang menjadi persoalan bilakan datang.
No comments:
Post a Comment