6.03.2012

Lokus Kawalan (Locus of Control) Part 4



Lokus kawalan (locus of control) merupakan satu konsep yang dibangunkan oleh seorang ahli psikologi yang bernama Julian Rotter pada tahun 1950-an. Rotter mencadangkan bahawa persepsi seseorang adalah ditentukam oleh lokus kawalan mereka sendiri. Lokus kawalan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu, lokus kawalan dalaman (Internal Locus of Control) dan lokus kawalan luaran (External Locus of Control). Mereka yang mempunyai lokus kawalan dalaman memegang kepercayaan bahawa mereka dapat mengawal nasib mereka sendiri. Mereka cenderung untuk menyakini bahawa kemahiran, keupayaan dan usaha mereka sendiri menentukan sebahagian besar pengalaman hidup mereka. Sebaliknya, orang dengan lokus kawalan luar mempercayai bahawa kehidupan mereka kebanyakannya ditentukan oleh sumber-sumber luaran seperti nasib, peluan atau sumber lain yang mempunyai kuasa.


Sebagai contoh, pelajar-pelajar kolej dengan lokus kawalan dalaman yang kuat mempercayai bahawa markah mereka adalah diteneukan oleh kebolehan dan usaha mereka.  Mereka berpegang kuat kepada kepercayaan ‘semakin banyak saya belajar, semakin baik gred yang akan saya dapat’. Mereka juga akan mengubah startegi pembelajaran mereka sekiranya mendapati sebarang kekurangan atau kelemahan dalam strategi tersebut. Selain itu, mereka turut akan meningkatkan jangkaan mereka jika mereka berjaya. Sebaliknya, mereka akan bimbang apabila mereka berpendapat mereka tidak berupaya untuk mengawal seseuatu perkara. Contohnya tugasan mereka.
Berbeza dengan pemegang lokus kawalan dalaman, pelajar-pelajar kolej dengan lokus kawalan luaran yang kukuh mempercayai bahawa gred mereka adalah hasil daripada nasib baik atau buruk, mood guru atau Tuhan. Kebanyakan daripada mereka berpendapat ‘tidak kira berapa banyak saya belajar, guru yang menentukan gred saya, saya hanya berharap saya akan bertuah dalam ujian’. Mereka berpegang teguh kepercayaan kepada nasib. Mereka cenderung untuk menurunkan jangkaan mereka apabila mereka memperoleh markah yang baik. Keadaan yang  sama di mana mereka mempercayai bahawa gred ujian yang seterusnya akan bertambah baik apabila mereka gagal dalam ujian yang lepas. Kemungkinan bagi pemegang-pemegang lokus kawalan luaran untuk belajar daripada pengalaman yang lepas adalah rendah dan mereka mempunyai kesukaran untuk meneruskan tugas mereka.
Keseluruhannya, data penyelidikan menunjukkan bahawa individu yang berpendapat persekitaran mereka dipengaruhi oleh persepksi dalaman diri sendiri dan bukannya keadaan luar mereka akan merasai lebih banyak kesejahteraan berbanding dengan individu yang mempunyai kepercayaan yang berbeza. Menurut Rotter, kawalan merupakan satu sumber kepuasan hati. Dalam kata lain, sekiranya kita merasa bahawa kita mempunyai kawalan ke atas keadaan fikiran kami, kami tentu akan merasa lebih cekap, lebih percaya pada diri sendiri dan kurang kecewa dengan keadaan yang berlaku di luar.


Bulman dan Wortman turut melaporkan bahawa dalam kalangan mangsa kemalangan yang serius, lokus kawalan dalaman didapati mempunyai pengaruh yang baik kepada individu yang menghadapi kecacatan fizikal berbanding dengan lokus kawalan dalaman. Kenyataan ini dibuktikan dengan penyelidikan Partridge dan Johnston yang mendapati bahawa tahap lokus kawalan dalaman yang tinggi adalah berhubung dengan pemulihan yang lebih cepat dalam kalangan orang dewasa yang dirampaskan keupayaaan akibat daripada strok atau patah pergelangan tangan. Sebaliknya, lokus kawalan luaran dikatakan adalah berkaitan dengan mood yang rendah dan penyertaan yang kurang dalam aktiviti pemulihan daripada pesakit.
 Kehidupan seseorang adalah dipengaruhi oleh perseksi orang tersebut melihat sama ada kawalan ke atas kehidupannya banyak dipengaruhi oleh faktor dalaman atau luaran. Kesimpulannya, lokus kawalan mempengaruhi cara seseorang melihat diri sendirinya dan peluang yang sedia untuknya.


Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment