6.05.2012
Kenapa Blog?
Sesungguhnya di sebalik penciptaan langit dan bumi ada tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang2 yang berfikir dan melihat.
Banyak juga blog-blog yang sang penulis kunjungi semenjak sang penulis mencebur diri dalam dunia bloggers. Sang penulis teringat masa mula2 nak tulis blog semua kerana mahu merit/pahala di akhirat yang takkan pernah putus insyaAllah. Tulisan yang memberi manfaat kepada sang pembaca sekalian insyaAllah. Cuba untuk mendapatkan pahala seperti itu.
Ya, bila kita mati orang yang menulis blog itu tiada lagi tapi tulisannya masih ada dan masih dirujuk dan dibacai oleh sang-sang pembaca sekalian. Maklum, Google menyediakan service yang sangat bagus untuk pengguna mencari web yang diingini, mungkin dalam beribu atau berjuta carian blog kita adalah satu yang dipilihnya.. insyaAllah, semoga apa yang sang tulis di blog ini memberi kebaikan kepada sang pembaca dan juga sang penulis sendiri...
Terkadang tersenyum sendiri membaca entri-entri yang lama dahulu terkenang cerita dahulu. Isi waktu dengan kebaikan kerana jika bukan kebaikan yang masuk, keburukan pula yang menguasai. Malah mungkin setitik hitam dalam jangka masa waktu itu merebak dan akhirnya seluruhnya menjadi gelap dek terpengaruh dengan nafsu yang sering mengajak keburukan. InsyaAllah mari kita sama-sama berusaha memperbaiki diri kita.
Kuala Lumpur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment