Biarpun tak tahu apa yang patut ditulis pada entri pada kali ini, namun sang penulis berasa terpanggil untuk menulis sesuatu. Meninggalkan blog ini tanpa entri terlalu lama merupakan sesuatu yang sang penulis cuba elakkan kerana menulis itu sememangnya kegemaran sang penulis pada hakikatnya... :) Meski isi entri2 yang pernah sang penulis tuliskan mungkin agak berat bagi sesetengah individu, mungkin terlalu mendalam dan mungkin juga agak keluar daripada topik..namun sang penulis menulis apa yang sang penulis fikirkan.
Tidak salah menulis sesuatu yang kita tak dapat keluarkan melalui kata-kata..namun lebih baik apa yang kita tulis itu juga boleh pula keluar melalui lisan.
Setiap kejayaan yang kita perolehi di dunia ini adalah terjadi dengan kehendak Allah jua. Malah kejayaan kita lahir ke dunia ini adalah dengan kehendak-Nya jua, manusia adalah sebaik-baik ciptaan yang diciptakan Allah SWT. Malah penciptaannya juga banyak membuktikan kebesaran dan keagungan Allah itu sendiri.
Betapa kuasa besarnya Allah apabila dia mencipta otak manusia dengan pelbagai fungsi dan kegunaannya. Malah dalam setiap kita makan dan merasai pelbagai rasa makanan, terdapat banyak taste cells di dalam taste buds iaitu pada organ lidah terangsang dan rangsangan ini dihantar kepada otak untuk diproses dan kemudian kita dapat merasa makanan itu dan berkata, "..manisnya..", "...pahitnya..", "...sedapnya..", "..masin lah wei.." n so on kan?
Allah juga mencipta pelbagai receptors di dalam kulit manusia baik untuk Meissner, Merkel, Pacinian atau Ruffini's endings masing-masing mempunyai fungsi dalam mekanisma sentuhan manusia. Dan terkadang receptor-receptor ini saling berkomunikasi dalam memproses satu sentuhan yang pelbagai dan menghantarnya pada otak untuk diproses dan kemudian dihantar balik kepada kulit dan akhirnya kita berkata... "..panasnya air ni..", "..lembutnya kain ni..", "..kerasnya kulit tangan you.." and so on kan?
Allah SWT juga mencipta rasa sakit dalam kulit manusia yang dikenali sebagai Pain Perception. Rasa sakit ini lebih bertindak sebagai satu elemen untuk melindungi diri manusia itu sendiri. Lihatlah Allah Maha Penyayang dan Maha Pengasih mencipta rasa sakit itu untuk melindungi kita. Misalnya sang pembaca tidak ada perasaan merasa sakit, tentu sang pembaca tidak sedar yang sang pembaca sedang cedera dan berdarah banyak...disebabkan sang pembaca mahupun sang penulis tidak sedar akan perasaan merasa sakit berdarah itu, maka kita tidak berusaha untuk mengurangkan rasa sakit tersebut sebab kita tak rasa apa-apa. Hmm.. ? Pain Perception serves as an important protection function to our body.
Firman Allah SWT:
" Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kebesaran) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehinggalah jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar. Tidak cukupkah (bagi kamu) bahawa Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?"
Fussilat 41 : 53
Itulah dia kekuasaan Allah, sangat banyak dan tak terkira... :-) SubhanAllah.
Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment