Lama sudah agaknya blog ini sepi tanpa entri terbaru dari sang penulis. Kita memang perlu banyak memuhasabah diri, memerhati keadaan sekeliling dan lagi dan lagi banyak memuhasabah diri. Itulah, pernah sang penulis dengar dari seorang sahabat sebelum ini, di mana orang yang paling senang untuk dijadikan mad'u ialah orang yang mudah sekali memuhasabah dirinya walaupun bukan dirinya yang menghadapi sesuatu ujian ataupun keadaan yang menimbulkan muhasabah itu. Memuhasabah diri memperbaiki diri menjadi lebih baik insyaAllah dan tetap mensyukuri apa yang telah ada.
Misalnya, anda melihat sebuah insiden di mana sahabat anda berasa menyesal kerana melakukan sesuatu kesilapan, walaupun bukan anda yang melakukannya, tetapi itu memberi banyak pengajaran dalam diri anda pula. Anda menjadi termuhasabah diri sendiri.
Muhasabah diri. Merenung kembali apakah yang telah kita lakukan selama ini, sebelum ini dan masa ini. Kita melalui hari-hari dengan menghadapi pelbagai jenis manusia dan termuhasabah sendiri di situ. Terbaca dari sebuah blog, di mana menyebut,
" Berdepan dengan keinginan dan kemahuan manusia, memang akan menjadikan kita cepat tewas sekiranya kita hidup hanya untuk memenuhi kemahuan manusia. Sebab itu, siapa saja yang berharapkan redha manusia pada tindakannya, dia pasti akan kecewa bila tidak memperolehinya."
Hmmm.... keinginan manusia berbeza-beza antara satu sama lain. Terkadang niat kita lari dari persimpangan tanpa disedari, apabila keinginan nafsu lebih mendahului berbanding Allah Maha Pencipta, segalanya menjadi resah, gelisah dan tidak tenteram. Niat dah salah pada tempatnya. Dalam menghadapi pelbagai manusia beserta nilai dan pandangan yang berbeza-beza, dia sering terpanggil memuhasabah diri dengan mengikhlaskan hati hanya kerana Allah.
Terkadang tercari-cari mana hikmahnya disebalik semua yang berlaku dalam hidup kita. Tercari-cari hikmah di sebalik ujian yang diberi. Hati mula berasa gusar kerana jawapan masih tidak ditemui, buntu hilang punca. Sehinggalah suatu masa tersedar dan terpana seketika terharu mengindahi hati dan perasaan. Rupa-rupanya, hikmahnya sangat halus di situ. Ya, walau apa pun yang berlaku dalam hidup ini, beruntunglah apabila hati masih merasa tidak enak dan tidak selesa apabila jauh dari DnT. Di mana, ketidak enakkan dan ketidak selesaan itu akhir sekali membawa dan menyebabkan kita lebih mendekatkan diri kepada-Nya.
Allah beri ujian pada kita supaya kita jadi lebih dekat dengan-Nya. Sehingga setiap apa yang kita lakukan totally hanya kerana Allah semata-mata. Indahnya hidup : ) Kemanisan iman dirasa oleh si A, namun si A mungkin tidak mampu mengungkapkan kemanisan itu dalam bentuk kata-kata dan terkadang rasa itu mahu disimpan hanya antara sang hamba dan Penciptanya sahaja lantas menimbulkan rasa cinta untuk terus menghambakan diri kepada-Nya. Sehingga seterusnya menyebabkan kita merasa hari-hari yang dilalui adalah berlaku dengan adanya Allah memerhati setiap pergerakan kita, melindungi dan menjaga kita, ya itulah Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Maha Halus, Maha Melihat, Maha Mengetahui akan segala sesuatu.
Bezznya apabila Allah tempat pertama kita mengadu melebihi dari sesiapapun, even melebihi individu yang kita sayangi. Terkadang tercari-cari mana jawapan dalam setiap permasalahan yang dihadapi, dan terkadang fikiran jadi negatif memikirkan penyelesaian yang perlu dilakukan. Mengapa? Kenapa? Bagaimana? Apa? >>>> Bacalah Al-Quran, di situ ada banyak jenis penyelesaian dalam hidup kita. Percayalah pada Allah dan yakinlah semua ada hikmah. Adalah sesuatu yang tidak menghairankan apabila kita menghadapi kesedihan mahupun kesulitan di mana apabila dengan membaca Al-Quran, Allah ilhamkan jawapan permasalahan melalui ayat-ayat cinta-Nya yang indah itu.
Firman Allah SWT:
"...Barang siapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu."
At-Talaq 65 : 2-3
Namun lain orang lain caranya untuk menenangkan fikiran dan menyelesaikan masalah. Terpulang pada anda untuk memilih jalan penyelesaian yang paling kena dengan diri anda. You are what you think. You are what you believe you are. (hehe...ayat2 psikologi banyak mewarnai diri apabila kelas2 sang penulis kebanyakannya menyentuh tentang tingkah laku manusia, kaunseling dan bagaimana menyelesaikan masalah).
Ikhlas itu tidak boleh dilihat, dipegang dan dirasa dengan 5 deria manusia itu. Ianya ada di dalam hati dan yang tahu apa yang ada dalam hati kita tu hanyalah Dia, Allah. Bahkan, ikhlas yang ada dalam diri seseorang individu itu tidak dapat dikenalpasti oleh individu tersebut kerana Allah sahaja yang berhak menilai sejauh mana keikhlasan kita dalam melakukan sesuatu. Marilah kita sentiasa memuhasabah diri. Kita sering merasa kita dah banyak buat amalan, banyak buat tu buat ni tapi kita semua masih tak pasti kan sama ada apa yang kita buat diterima oleh Allah ataupun tidak??? Malahan, kebaikan kita membantu orang lain juga tidak menjaminkan kita masuk syurga. Semua bergantung pada rahmat dan redha Allah semata-mata.
Firman Allah SWT:
Katakanlah (Muhammad), " Apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya?" (Iaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya.
Al-Kahfi 18 : 103-104
Walau bagaimanapun, Allah suruh kita usaha selagi mampu dan tidak berputus asa. Berusaha untuk sentiasa memuhasabah diri, memperbaiki diri, menghargai apa yang ada. Berusaha untuk buat yang terbaik untuk masa kini dan akan datang insyaAllah.
P/s: Tertarik dengan isi gambar nih....
Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment