12.30.2009

Jaulah 2009





































Salam..

Ini adalah sedikit perkongsian yang ana dapat dari jaulah yang telah ana dan rakan seusrah ana ke Miri tempoh hari bertarikh 25.12.2009-26.12.2009.. Orang lain cuti, kami pulak ambil kesempatan untuk berjaulah menghayati keindahan alam ciptaan-Nya. SubhanAllah, banyak sungguh faedah yang ana dapat daripada jaulah pada kali ini. Mungkin juga disebabkan first time untuk jaulah.

Dapat dilihat pemuda hari ini sudah jauh dari pegangan agamanya. Malah lebih teruk lagi, sudah tidak mengerti peranan mereka untuk Islam. Lihatlah zaman Rasulullah SAW, kebanyakan yang membantu dalam memperjuangkan Islam adalah daripada kalangan pemuda ini. Masa muda inilah yang sepatutnya dijadikan sebagai medan untuk mentarbiyah diri kita. Jangan pulak tunggu dah tua, baru nak melangkah. Melangkah? Melangkah nak kenal Islam ni lah, maksudnya.

Pemuda adalah harapan semua umat untuk mengembalikan kegemilangan umat. Perlukan:
~ Fikir tentang umat lebih banyak dari fikir diri sendiri
~ Faham dakwah dan cara usaha yang betul.

Dakwah kurun ke-15 Hijrah.
~ Hanya satu dakwah dan cara hidup yang boleh menyelamat manusia - ISLAM (5:3)
~ Usaha ini perlukan pengorbanan seperti kisah sirah Nabi dan Sahabat
~ Fikrah Islam hendaklah tulin (tanpa seleweng, tambah atau kurang).

" Dan barangsiapa siapa mencari agama selain Islam, dia tidak akan diterima, dan di akhirat dia termasuk orang yang rugi."
-Surah Ali-Imran : 85-

Tugas Kita :
~ Menceritakan hakikat Islam dengan jelas.
~ Mengajak beramal dengan Islam yang syumul (menyeluruh) dan amali
~ Menjadikan Al-Quran dan Sunnah rujukan utama
~ Berjuang terus sehingga mati
~ Slogan kita : 'Allah Matlamat-Rasul Ikutan-Al-Quran Perlembagaan-Jihad Jalan & Mati
Syahid Cita-cita Tertinggi
~ Berkeyakinan diri : ingatlah kita adlah 'tuan' di bumi ini. Kemenangan adalah milik kita.

Titik Kekuatan :
~Iman
~ Ukhuwwah
~ Zahir (Tubuh badan, senjata, peralatan, pengurusan dan lain-lain

Tahap-tahap program kita:
~ Individu muslim
~ Rumahtangga Muslim
~ Umat Islam
~ Kerajaan Islam
~ Watan Islam ( Tanah air)
~ Menawan balik negeri Islam yang dirampas
~ Menjadi pemerintah dunia

Lain-Lain:
~ Kita bukan lemah

" (Iaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang ketika ada orang-orang mengatakan kepadanya, " Orang-orang Quraisy telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka," ternyata ucapan itu menambah kuat iman mereka dan mereka menjawab, " Cukuplah Allah menjadi penolong bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung."
-Surah Ali-Imaran : 173-


~ Islam adalah sistem yang sempurna
~ Mengapa orang sangat memperelokkan solat tetapi melalaikan bidang Islam yang lain?
~ Orang Islam ialah : Pendeta di malam hari dan satria di siangnya.
~ Kita hendaklah maju dalam semua perkara kerana kemunduran akan merosakkan kita.
~ Hendaklah melepaskan dari sebarang fahaman lain selain Islam.
~ Hendaklah menguntukkan seluruh tenaga dan masa untuk akidah ini.
~ Kita akan capai anta dua kebaikan : Menang @ Syahid.
~ Siapa yang teragak-agak dan berdolak-dalih, tentera Allah akan terus berjalan
meninggalkannya tanpa mengira sedikit atau ramai.

" Dan Allah tidak menjadikannya (pemberian bala bantuan itu) melainkan sebagai khabar gembira bagi (kemenangan)mu, dan agar hatimu tenang kerananya. Dan tidak ada kemenangan itu, selain dari Allah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana."
-Surah Ali-Imran : 126-


Jaulah kali ini disuap dengan pengisian tentang Ini Sejarah Kita sekali lagi oleh salah seorang akhwat dari Miri, Kak Fatimah.. Pengisian yang berulang-ulang, video yang sama diulang-ulang lagi mungkin menyebabkan ada antara anda mula berasa jemu atau merasakan anda sudah serba faham tentangnya dan enggan mengambil tahu lagi tentang itu. Tidak sepatutnya begitu. Pengisian ini mungkin dapat membantu kita untuk me'refresh' kan lagi otak kita dengan pengetahuan tentang hal itu. Ini Sejarah Kita merupakan satu program khas untuk remaja. Objektifnya antara lain adalah untuk memberi peluang kepada remaja untuk mendalami sejarah tamadun Islam, bagaimana ia bermula, bagaimana ia jatuh, bagaimana ia bangun adalah antara soalan yang bakal dijawab dalam program ini. Pengisian yang berulang-ulang amat penting supaya kita tidak lupa dengan ilmu yang kita telah perolehi. Bukankah Allah mengangkat darjat orang yang berilmu beberapa darjat? Kalau nak, jom cari ilmu... yang penting, ianya bermanfaat dunia dan akhirat..


Jumpa lagi Anas (anak Kak Salwa)

12.22.2009

Al-Baraa' Ibn Malik ? Siapa ni ???


Maaf, topik Secret Society Around The World ana tengah nak edit balik. Tak mengapalah...pembaca semua akan dapat mengikutinya di lain masa.. Jom kita selesuri kisah tauladan yang sangat menarik hati ana, (kisah tentang Al-Baraa' Ibn Malik) dan menambah minat dan iltizam kita juga nanti, dengan izin Allah juga...


Al-Baraa’ Ibn Malik (Pahlawan Ansar)


“ Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri & harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh dan terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah dalam Taurat, Injil & Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janji (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yang besar” (At-Taubah, 9:111)


Inilah kata-kata yang memenuhi jiwa al-Baraa’ ibn Malik, yang hidup untuk mati pada jalan Allah. Beliau memahami dan mengenali nilai syahid dan menjadikannya sebagai keutamaan beliau. Beliau dan saudara kandung, Anas ibn Malik menyerahkan hidup mereka untuk berkhidmat kepada Allah dan Rasul-Nya. Bagi al-Baraa’, satu-satunya moto beliau adalah “Allah dan Syurga”.



Orangnya kecil dan kurus tetapi dalam pertempuran beliau berjaya mengalahkan dan membunuh begitu ramai musuh. Beliau merupakan pahlawan yang hebat diogeruni musuh, sangat berani dan nekad. Bukan pahlawan yang mengejar kemenangan tetapi syahid. Cintanya ini membuatkan beliau tidak pernah ketinggalan dalam mana-mana peperangan bersama Rasulullah SAW.


Kisah bermula sebaik kewafatan Rasulullah SAW, banyak puak-puak yang meninggalkan agama Allah. Abu Bakar mengerakkan 11 angkatan tentera Muhajirin dan Ansar ke serata pelosok Semenanjung Arab. Kumpulan yang paling kuat dan ramai adalah dari kalangan Bani Hanifah. Musailamah al-Kath-thab, nabi palsu dengan sihir dan percakapan yang lancer menarik puak mempercayai dirinya sebagai nabi.


Kebanyakan yang menyertai Musailamah adalah atas sebab perkauman dan bukannya beriman dengan dakwaannya. Ada sesetengah mereka berkata : “ Saya bersaksi bahawa Musailamah adalah si penipu besar dan Muhammad adalah orang yang benar. Namun si penipu besar daripada kabilah Rabi’ah (salah satu kabilah Arab. Musailamah daripada kabilah ini) ini lebih kami sayangi berbanding orang yang benar daripada kabilah Mudhor (kabilah Nabi Muhammad SAW).” Astaghafirullahhalazim…



Memiliki 40 000 tentera dan berjaya mengalahkan tentera Islam pertama di bawah Ikramah ibn Abu Jahal. Abu Bakar, Khalifah al-Rasyidin ketika itu menghantar sebuah lagi pasukan ketenteraan, kali ini dibawah pimpinan Khalid ibn al-Walid (para sahabat yang paling terbaik dan paling berani) al-Baraa’ berada di barisan hadapan kerana mengharapkan syuhada.



Khalid menyeru “ Allahu-Akhbar”, lalu al-Baraa’ bergegas ke medan perang di kawasan Bani Hanifah di Yamamah, Najd. Tetapi mula-mula tentera Musailamah menang. Kemudian Khalid membahagikan dua tentera yang memiliki tentera Islam yang berani dan cekal. Thabit ibn Qays yang memegang panji Islam mengorek lubang menanam kedua-dua kaki untuk memastikan tak bundur sampai gugur.



Zaid ibn al-Khattab, saudara Umar al-Khattab menyeru, “ Saudaraku, gigit dengan gigi geraham kamu, tetak para musuh dan maralah ke hadapan. Demi Allah, aku tak akan bercakap dengan kamu lagi selepas ini sehinggalah sama ada Musailamah dikalahkan atau aku bertemu Allah SWT



Al-Baraa’ pula berkata, “ Wahai orang Ansar, jangan ada seorang pun dalam kalangan kamu berfikir untuk kembali ke Madinah. Tiada Madinah lagi bagi kamu hari ini. Yang tinggal hanyalah Allah Yang Esa dan syurga yang abadi…” Bergema kata-kata semangat al-Baraa’ di tengah-tengeh kekecohan bunyi pedang dan perisai.



Selepas hampir kalah, tentera musuh berundur dan bertahan dalam sebuah taman (Taman Kematian) ramai orang yang mati di situ. Temboknya tinggi-tinggi dan mereka mengunci pagarnya dari dalam. Mereka pun mula melancarkan hujan anak panah ke atas tentera Islam dari dalam taman itu. Apabila menyedari peluang untuk mati syahid, al-Baraa’ berkata, “ Letakkan aku atas sebuah perisai dan tinggikan perisai dengan tombak-tombak kamu dan campakkan aku dalam taman tersebut dekat dengan pintu. Sama ada aku gugur sebagai syuhada atau akan aku buka pintu pagar itu untuk kamu.” Ini merupakan satu contoh hebat seseorang yang mencari syahid. Di dalamnya ramai rebah dihujung pedang al-Baraa’ dan beliau kena lebih 80 luka atas badan sebelum berjaya membuka pagar itu. Tentera-tentera Islam masuk dan akhirnya berjaya membunuh Musailamah.



Al-Baraa’ pulang ke Madinah dan dirawat sampai sembuh. Khalid al-Walid sendiri yang merawat kecederaan beliau selama sebulan sehinggalah sembuh. Alhamdulillah.. Tidak dapat syahid tetapi doanya termakbul dalam perang Tustar di Parsi. Tentera Parsi terkepung dalam kota bertembok dan semakin lemah. Mereka pun mula melemparkan rantai-rantai besi yang dihujungnya ada cangkuk besi yang panas. Bila tentera Islam tersangkut pada cangkuk-cangkuk ini, mereka ditarik sampai mati. Anas terkena cangkuk ini dan al-Baraa’ terus melompat ke atas tembok dan menggenggam rantai yang menarik saudaranya itu untuk mengeluarkan cangkuk dari tubuh. Tangan al-Baraa’ kepanasan tetapi tetap tak melepaskan genggaman sampai Anas berjaya dilepaskan. Ramai dapat melihat isi tangannya terbakar dan terlihat tulang tangan beliau.


Lalu al-Baraa’ berdoa, “ Ya Allah, kurniakanlah kemenangan kepada kami dan temukanlah aku dengan Rasul-Mu hari ini.” Selepas itu, al-Baraa’ gugur syahid sambil merenung saudaranya seperti mengucapkan selamat tinggal. Beliau mati dengan motonya, “Allah dan Syugra”. Moga Allah tempatkan beliau dalam kalangan orang yang beriman. Amiin..

Sekalipun kita tidak dapat menjadi seperti mereka, namun itu sudah memadai jika dapat mencontohi semangat yang ada pada Al-Baraa' Ibn Malik...

12.19.2009

Mutiara Kata & Wasiat


“ MATI pasti akan tiba. Ingatlah bahawa esok lusa kamu akan mati dan akan menjadi mangsa cacing tanah.”

-Wasiat Imam Al-Ghazali-


“ Berkawan dan hampirilah ulama’ serta duduk dan ziarahilah rumah mereka agar kamu akan menjadi seumpama mereka. Sentiasalah bersama-sama dengan mereka dan tumpanglah kebaikan mereka. Kemungkinan besar apabila Allah SWT menurunkan kebaikan kepada mereka, kamu turut merasai nikmat itu.”

-Wasiat Lokman al-Hakim-


“ Sekiranya engkau seorang yang soleh, jauhilah dirimu daripada orang yang buruk pekerti dan keras kepala kerana ditakuti apabila diturunkan bala Allah, engkau turut menjadi mangsanya.”

-Wasiat Lokman al-Hakim-


“ Tiada pusaka peninggalan yang lebih bermanfaat daripada elok budi pekerti.”

-Wasiat Saidina Ali r.a-


“ Dunia hanya jambatan kecil untuk menuju kehidupan besar yang kekal abadi. Kerana itu jangan rosakkan jambatan itu dengan keperluan dunia yang berlebihan sehingga jambatan itu rosak.”

-Wasiat Imam Al-Ghazali-


“ Dunia ini bagaikan lautan yang dalam yang mana sudah ramai mereka yang sudah tenggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya dan iman pula sebagai air yang menyirami tanaman.”

-Wasiat Lokman al-Hakim-


“ Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti.”

-Wasiat Saidina Ali r.a-


“ Selepas bangun dari tidur, bersyukurlah kerana Allah SWT telah memanjangkan usia dan memberi kesempatan sekali lagi untuk kita sedar.”

-Wasiat Imam Al-Ghazali-


“ Orang beriman bertanya perkara yang dia sudah tahu dan perkara yang belum diketahuinya. Maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui. Orang jahil pula sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar.”

-Wasiat Imam Syafie r.a-


“ Perdalamkanlah ilmumu sebelum memimpin kerana apabila sudah menjadi pemimpin engkau tidak mempunyai jalan lagi untuk mendalami ilmu.”

-Wasiat Imam Syafie r.a-


“ Tanda-tanda seorang pendengki itu ada tiga:

Mengumpat kawannya apabila ketiadaan kawan mereka.

Memuji-muji kawannya apabila berada bersama mereka.

Merasa gembira jika kawannya ditimpa bala.”

-Wasiat Lokman al-Hakim-


“ Keelokan orang yang berilmu ialah mulia diri dan kecantikan ilmu pula ialah warak dan berlemah-lembut.”

-Wasiat Imam Syafie r.a-


“ Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya mala dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintah-Nya.”

-Wasiat Imam Syafie r.a-

12.16.2009

Jom SHARE...~~~


" Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat pemalu daripada seorang anak dara dalam kelubungnya dan apabila BAginda melihat sesuatu yang tidak disukainya, nescaya kami dapat camkan yang demikian itu melalui wajahnya"

-Hadis Riwayat Muslim-


" Malu dan iman itu adalah teman seiring jalan. Jika salah satu daripadanya terangkat (TIADA), nescaya terangkat (TIADA) juga yang satu lagi"

-Hadis Riwayat Muslim-


" Sesungguhnya bagi setiap agama ada tata susilanya atau ciri-ciri istimewanya, maka untuk Islam ialah sifat malu"

-Hadis Riwayat Malik-


" Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka"

-Hadis Riwayat Imam Majah-


" Masa itu ibarat pedang, Jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita"

-Pepatah Arab-



Mulut boleh membawa dosa jika tidak diguna dengan baik, dan kata-kata dari mulut ini jugalah boleh menarik kita ke neraka jika salah pada tempatnya...pengalam dahulu hendaklah dijadikan iktibar dan pengajaran untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.


IBADAH itu ringan dikerjakan namun BERAT pula di timbangan.


10.09.2009

25 Pesanan Luqmanul al-Hakim


1.Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

2.Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

3.Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

4.Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

5.Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6.Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

7.Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

8.Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

9.Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10.Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11.Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12.Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13.Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14.Makanlah makananmu bersama sama dengan orang - orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15.Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16.Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17.Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18.Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19.Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ (riak) yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20.Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21.Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22.Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu. Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

23.Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
24.Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.

25.Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.


9.25.2009

Belajar Tidak Tahu!

Saya tertarik dengan status YM seorang sahabat di Mesir yang ditulis dalam Bahasa Arab. Maknanya lebih kurang begini:

Belajarlah "aku tidak tahu", kerana jika engkau belajar "aku tidak tahu", mereka akan mengajar engkau sehingga engkau tahu, tetapi jika engkau belajar "aku tahu" maka mereka akan bertanya engkau sehingga engkau tidak tahu!!

Boleh faham kot..

Pulang ke Malaysia ni, saya ditanya pelbagai soalan. Ada yang bertanya begini, "Saya dengar orang kata hukum A begini...." atau " Kakak saya kata saya wajib buat begini kerana saya lakukan kesalahan tu" dan pelbagai soalan yang senada.

Saya terfikir. Mudah betul masyarakat kita mengeluarkan hukum syara' ya.


Dalam tazkirah di Masjid Al-Ikhlas, Selayang Baru, beberapa hari lepas, saya ada menyebut betapa ada di kalangan kita yang menjawab persoalan hukum dengan ayat "saya rasa" atau "i think". Respons dari jemaah masjid, saya lihat mengiyakan kenyataan saya.

Amat ramai masyarakat kita yang tidak berautoriti dalam masalah hukum, mengeluarkan fatwa. Di lelaman siber lebih-lebih lagi. Alasan mereka, "Islam untuk semua". Ya, memang Islam untuk semua. Ilmu Islam juga terbuka buat semua ummat mempelajarinya. Tetapi bezakan dengan memberikan hukum. Proses pengeluaran hukum terlalu payah dan berat.

Ulamak terdahulu ada yang menyebutkan, "Apabila aku ditanya satu persoalan, terlalu berat bagiku, bagai terpampang di hadapanku neraka dan syurga." Hingga mereka terlalu takut untuk menjawab persoalan. Takut dicampak ke neraka. Malah kita semua dah dengar kisah Imam Malik yang menjawab beberapa persoalan sahaja dari puluhan yang ditanya. Malah akan dibentak apabila dikatakan "ini kan soalan simple je wahai Imam?"

Ulamak juga kata, perkataan "tidak tahu" itu separuh dari ilmu. Kita pula tidak. Bagai seorang yang paling tahu semua perkara. Sampai habis para ulamak dahulu pun dibantainya.

Apa beza kita dengan ulamak dahulu sehingga mereka mudah menyebut Wallahu A'lam atau "aku tidak tahu"? Tentu sekali taqwa. Mereka lebih takutkan konsekuensi menjawab itu berbanding kita yang memiliki ego mengatasi taqwa. Bulan ramadhan ini mengajar kita bertaqwa, jadi mari kita aplikasikan juga taqwa di sini.

Kalau kita sangka kita tahu, sedangkan kita sebenarnya tak tahu, inilah yang dinamakan sebagai jahil murakkab. Jahil tahap paling teruk. Jahil berganda. Pertamanya, jahil permasalahan tu. Keduanya jahilkan kelemahan diri tu sendiri. Seterusnya menyangkakan yang batil itulah haq. Kasihan bukan?

Maka itu kita kena budayakan sifat "aku tidak tahu". Mana ada manusia yang tahu semua perkara. Walau belajar berpuluh tahun pun dengan syaikh-syaikh yang hebat, takkan tahu semua perkara. Inikan pula belajar setahun dua. Suka ponteng pula tu.

Jom kita belajar "tidak tahu"!

Sumber iluvislam.com

9.11.2009

Dari Hati untuk Hati





Dari Hati untuk Hati


Di bulan Ramadhan yang mulia ini...ku mohon agar Engkau ikhlaskan hatiku untuk terus berada dalam jalanmu,sungguh, Engkau Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati hamba-hamba-Mu..aku sangat takut ya Allah..orang-orang yang berada di sisiku berlalu pergi dariku tanpa aku sedari dan sesungguhnya jika itu berlaku, itu adalah takdirmu..


Aku mula mengorak langkah ini..yakni berubah ke arah kebaikan..seringkali aku teringat akan dosa-dosaku yang lalu..Ya Allah, ampunilah aku ya Allah..Aku bermohon kepada-Mu ya Allah agar apa yang aku usahakan ini tidak menyebabkan orang lain berfikiran negatif terhadapku ya Allah, yakni fitnah yang tidak aku inginkan ya Allah...


Sesungguhnya kepada Engkau aku bermohon kepada Engkau juga aku akan kembali... jalan-Mu ini sungguh, penuh renjau dan duri...yang satu aku cuba ke depan...yang satu aku tertinggalkan...


Ya Allah, aku masih tertanya-tanya akan hikmah di semua ujian yang Engkau berikan ini ya Allah...ampunilah dosa-dosa orang-orang di sisiku ya Allah..lembutkanlah hati mereka sepertimana Engkau melembutkan besi yang keras ya Allah...yang menjadi penghalang ukhwah antara kami...Tunjukilah kami hidayahmu ya Allah...semoga dengan ini kami dapat melihat mana jalan yang bengkok dan mana itu jalan yang lurus...


Amiin..


7.28.2009

Kisah Seekor Ulat dengan Nabi Daud A.S




Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud a.s sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ukat merah pada debu. Lalu Nabi Daud a.s berkata pada dirinya,

" Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah oun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud a.s.

" Wahai Nabi Allah! Allah SWT telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahuakbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wasaohbihi wasallim' setiap malam sebanyak 1000 kali"

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud a.s.
" Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"

Akhirnya Nabi Daud a.s menyedari akan kesilapannya kerana memandang enteng akan ulat tersebut, dan Nabi Daud a.s sangat takut akan Allah SWT. Nabi Daud a.s pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah SWT.

@ begitulah sikap para Nabi apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat & menyerah diri kepada Allah SWT. So, kalau buat apa-apa kesilapan, kembalilah kepada Allah. Allah sedia mendengar dan menerima doa hamba-Nya.

@ Kisah-kisah yang berlaku pada zaman nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai sejarah semata-mata, tetapi hendaklah kita jadikan teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di muka bumi ini, yang sama-sama kita tumpani ini.

@ Ingatlah, Allah Maha Mengetahui akan apa yang ada dalam hati kita dan Allah juga Maha Mengetahui akan kelemahan dan keistimewaan makhluk-makhluk-Nya. Samalah seperti ulat merah tadi, walaupun ia kecil pada debu. Tapi ia sebenarnya sentiasa bertasbih kepada Allah.

7.21.2009

KISAH KELEBIHAN BERSELAWAT KEATAS RASULULLAH S.A.W



KISAH KELEBIHAN BERSELAWAT KEATAS RASULULLAH S.A.W


Rasulullah S.A.W telah besabda: “Malaikat Jibril,Mikail,Israfil dan Izrail

A.S telah berkata kepada-ku.


Berkata Jibril A.S :” Wahai Rasulullah,barangsiapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyaksepuluh kali,maka akan saya saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”


Berkata pula Mikail A.S: “Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri

mereka itu minum dari telagamu”.


Berkata pula Israfil A.S:”Mereka yang berselawat ke atasmu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu.”


Berkata Izrail A.S: “bagi mereka yang berselawat keatasmu,akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi”.

SUBHANALLAH..


Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W? para Malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W. Dengan kisah yang di kemukakan ini,kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhamad S.A.W.


Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah,Rasul dan para

Malaikat. Ameen..