12.22.2009

Al-Baraa' Ibn Malik ? Siapa ni ???


Maaf, topik Secret Society Around The World ana tengah nak edit balik. Tak mengapalah...pembaca semua akan dapat mengikutinya di lain masa.. Jom kita selesuri kisah tauladan yang sangat menarik hati ana, (kisah tentang Al-Baraa' Ibn Malik) dan menambah minat dan iltizam kita juga nanti, dengan izin Allah juga...


Al-Baraa’ Ibn Malik (Pahlawan Ansar)


“ Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri & harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh dan terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah dalam Taurat, Injil & Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janji (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yang besar” (At-Taubah, 9:111)


Inilah kata-kata yang memenuhi jiwa al-Baraa’ ibn Malik, yang hidup untuk mati pada jalan Allah. Beliau memahami dan mengenali nilai syahid dan menjadikannya sebagai keutamaan beliau. Beliau dan saudara kandung, Anas ibn Malik menyerahkan hidup mereka untuk berkhidmat kepada Allah dan Rasul-Nya. Bagi al-Baraa’, satu-satunya moto beliau adalah “Allah dan Syurga”.



Orangnya kecil dan kurus tetapi dalam pertempuran beliau berjaya mengalahkan dan membunuh begitu ramai musuh. Beliau merupakan pahlawan yang hebat diogeruni musuh, sangat berani dan nekad. Bukan pahlawan yang mengejar kemenangan tetapi syahid. Cintanya ini membuatkan beliau tidak pernah ketinggalan dalam mana-mana peperangan bersama Rasulullah SAW.


Kisah bermula sebaik kewafatan Rasulullah SAW, banyak puak-puak yang meninggalkan agama Allah. Abu Bakar mengerakkan 11 angkatan tentera Muhajirin dan Ansar ke serata pelosok Semenanjung Arab. Kumpulan yang paling kuat dan ramai adalah dari kalangan Bani Hanifah. Musailamah al-Kath-thab, nabi palsu dengan sihir dan percakapan yang lancer menarik puak mempercayai dirinya sebagai nabi.


Kebanyakan yang menyertai Musailamah adalah atas sebab perkauman dan bukannya beriman dengan dakwaannya. Ada sesetengah mereka berkata : “ Saya bersaksi bahawa Musailamah adalah si penipu besar dan Muhammad adalah orang yang benar. Namun si penipu besar daripada kabilah Rabi’ah (salah satu kabilah Arab. Musailamah daripada kabilah ini) ini lebih kami sayangi berbanding orang yang benar daripada kabilah Mudhor (kabilah Nabi Muhammad SAW).” Astaghafirullahhalazim…



Memiliki 40 000 tentera dan berjaya mengalahkan tentera Islam pertama di bawah Ikramah ibn Abu Jahal. Abu Bakar, Khalifah al-Rasyidin ketika itu menghantar sebuah lagi pasukan ketenteraan, kali ini dibawah pimpinan Khalid ibn al-Walid (para sahabat yang paling terbaik dan paling berani) al-Baraa’ berada di barisan hadapan kerana mengharapkan syuhada.



Khalid menyeru “ Allahu-Akhbar”, lalu al-Baraa’ bergegas ke medan perang di kawasan Bani Hanifah di Yamamah, Najd. Tetapi mula-mula tentera Musailamah menang. Kemudian Khalid membahagikan dua tentera yang memiliki tentera Islam yang berani dan cekal. Thabit ibn Qays yang memegang panji Islam mengorek lubang menanam kedua-dua kaki untuk memastikan tak bundur sampai gugur.



Zaid ibn al-Khattab, saudara Umar al-Khattab menyeru, “ Saudaraku, gigit dengan gigi geraham kamu, tetak para musuh dan maralah ke hadapan. Demi Allah, aku tak akan bercakap dengan kamu lagi selepas ini sehinggalah sama ada Musailamah dikalahkan atau aku bertemu Allah SWT



Al-Baraa’ pula berkata, “ Wahai orang Ansar, jangan ada seorang pun dalam kalangan kamu berfikir untuk kembali ke Madinah. Tiada Madinah lagi bagi kamu hari ini. Yang tinggal hanyalah Allah Yang Esa dan syurga yang abadi…” Bergema kata-kata semangat al-Baraa’ di tengah-tengeh kekecohan bunyi pedang dan perisai.



Selepas hampir kalah, tentera musuh berundur dan bertahan dalam sebuah taman (Taman Kematian) ramai orang yang mati di situ. Temboknya tinggi-tinggi dan mereka mengunci pagarnya dari dalam. Mereka pun mula melancarkan hujan anak panah ke atas tentera Islam dari dalam taman itu. Apabila menyedari peluang untuk mati syahid, al-Baraa’ berkata, “ Letakkan aku atas sebuah perisai dan tinggikan perisai dengan tombak-tombak kamu dan campakkan aku dalam taman tersebut dekat dengan pintu. Sama ada aku gugur sebagai syuhada atau akan aku buka pintu pagar itu untuk kamu.” Ini merupakan satu contoh hebat seseorang yang mencari syahid. Di dalamnya ramai rebah dihujung pedang al-Baraa’ dan beliau kena lebih 80 luka atas badan sebelum berjaya membuka pagar itu. Tentera-tentera Islam masuk dan akhirnya berjaya membunuh Musailamah.



Al-Baraa’ pulang ke Madinah dan dirawat sampai sembuh. Khalid al-Walid sendiri yang merawat kecederaan beliau selama sebulan sehinggalah sembuh. Alhamdulillah.. Tidak dapat syahid tetapi doanya termakbul dalam perang Tustar di Parsi. Tentera Parsi terkepung dalam kota bertembok dan semakin lemah. Mereka pun mula melemparkan rantai-rantai besi yang dihujungnya ada cangkuk besi yang panas. Bila tentera Islam tersangkut pada cangkuk-cangkuk ini, mereka ditarik sampai mati. Anas terkena cangkuk ini dan al-Baraa’ terus melompat ke atas tembok dan menggenggam rantai yang menarik saudaranya itu untuk mengeluarkan cangkuk dari tubuh. Tangan al-Baraa’ kepanasan tetapi tetap tak melepaskan genggaman sampai Anas berjaya dilepaskan. Ramai dapat melihat isi tangannya terbakar dan terlihat tulang tangan beliau.


Lalu al-Baraa’ berdoa, “ Ya Allah, kurniakanlah kemenangan kepada kami dan temukanlah aku dengan Rasul-Mu hari ini.” Selepas itu, al-Baraa’ gugur syahid sambil merenung saudaranya seperti mengucapkan selamat tinggal. Beliau mati dengan motonya, “Allah dan Syugra”. Moga Allah tempatkan beliau dalam kalangan orang yang beriman. Amiin..

Sekalipun kita tidak dapat menjadi seperti mereka, namun itu sudah memadai jika dapat mencontohi semangat yang ada pada Al-Baraa' Ibn Malik...

No comments:

Post a Comment