12.19.2009

Mutiara Kata & Wasiat


“ MATI pasti akan tiba. Ingatlah bahawa esok lusa kamu akan mati dan akan menjadi mangsa cacing tanah.”

-Wasiat Imam Al-Ghazali-


“ Berkawan dan hampirilah ulama’ serta duduk dan ziarahilah rumah mereka agar kamu akan menjadi seumpama mereka. Sentiasalah bersama-sama dengan mereka dan tumpanglah kebaikan mereka. Kemungkinan besar apabila Allah SWT menurunkan kebaikan kepada mereka, kamu turut merasai nikmat itu.”

-Wasiat Lokman al-Hakim-


“ Sekiranya engkau seorang yang soleh, jauhilah dirimu daripada orang yang buruk pekerti dan keras kepala kerana ditakuti apabila diturunkan bala Allah, engkau turut menjadi mangsanya.”

-Wasiat Lokman al-Hakim-


“ Tiada pusaka peninggalan yang lebih bermanfaat daripada elok budi pekerti.”

-Wasiat Saidina Ali r.a-


“ Dunia hanya jambatan kecil untuk menuju kehidupan besar yang kekal abadi. Kerana itu jangan rosakkan jambatan itu dengan keperluan dunia yang berlebihan sehingga jambatan itu rosak.”

-Wasiat Imam Al-Ghazali-


“ Dunia ini bagaikan lautan yang dalam yang mana sudah ramai mereka yang sudah tenggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya dan iman pula sebagai air yang menyirami tanaman.”

-Wasiat Lokman al-Hakim-


“ Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti.”

-Wasiat Saidina Ali r.a-


“ Selepas bangun dari tidur, bersyukurlah kerana Allah SWT telah memanjangkan usia dan memberi kesempatan sekali lagi untuk kita sedar.”

-Wasiat Imam Al-Ghazali-


“ Orang beriman bertanya perkara yang dia sudah tahu dan perkara yang belum diketahuinya. Maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui. Orang jahil pula sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar.”

-Wasiat Imam Syafie r.a-


“ Perdalamkanlah ilmumu sebelum memimpin kerana apabila sudah menjadi pemimpin engkau tidak mempunyai jalan lagi untuk mendalami ilmu.”

-Wasiat Imam Syafie r.a-


“ Tanda-tanda seorang pendengki itu ada tiga:

Mengumpat kawannya apabila ketiadaan kawan mereka.

Memuji-muji kawannya apabila berada bersama mereka.

Merasa gembira jika kawannya ditimpa bala.”

-Wasiat Lokman al-Hakim-


“ Keelokan orang yang berilmu ialah mulia diri dan kecantikan ilmu pula ialah warak dan berlemah-lembut.”

-Wasiat Imam Syafie r.a-


“ Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya mala dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintah-Nya.”

-Wasiat Imam Syafie r.a-

No comments:

Post a Comment