6.15.2012

Berdialog Dengan Iblis



Pada satu hari Rasulullah SAW baru keluar dari masjid untuk pulang ke rumah. Sebaik sahaja Rasulullah SAW keluar dari pintu masjid, Rasulullah SAW telah bertemu dengan iblis. Rasulullah SAW segera mengeur iblis.

" Hai iblis, apakah yang menyebabkan engkau datang ke pintu masjid ini?"

" Wahai Muhammad, Allah telah menyuruh aku supaya datang ke mari," beritahu iblis tanpa berselindung.

" Untuk apa?" Tanya Rasulullah SAW yang tidak menyenangi kehadiran iblis yang juga musuh ketatnya.

Lalu segera dijawab iblis, " Supaya engkau bertanya kepadaku mengenai apa sahaja supaya engkau tahu."

" Baiklah. Mengapa engkau selalu menghalangi umatku daripada mengerjakan solat berjemaah?" Tanya Rasulullah SAW kepada iblis.

" Wahai Muhammad, apabila umatmu keluar untuk mengerjakan solat berjemaah, aku berasakan diriku teramat panas dan tidak akan hilang selagi mereka mengubah fikiran untuk ke tempat lain," jawab iblis.

" Hai iblis, mengapa pula engkau menghalangi umatku daripada membaca Al-Quran?"



" Wahai Muhammad, apabila umatmu membaca al-Quran aku berasakan diriku menjadi hancur lebur seperti timah sedang dibakar." Iblis menjawab.

Kemudian Rasulullah SAW bertanya lagi, " Hai iblis, mengapa engkau menghalangi umatku untuk berjuang ke jalan Allah?"

Lalu dijawab iblis, " Wahai Muhammad, apabila umatmu keluar untuk berjuang, kaki tanganku akan terikat sehingga mereka kembali daripada perjuangan."

" Mengapa pula engkau menghalangi umatku daripada mengerjakan fardu haji?"

" Wahai Muhammad, apabila umatmu mengerjakan haji, aku akan terikat dengan rantai yang membelenggu dan apabila mereka hendak bersedekah maka di atas kepalaku terletak satu gergaji yang menggergaji kepalaku seperti kayu sedang digergagi." Jawab Iblis.

Pada suatu ketika yang lain, iblis telah datang kepada Rasulullah SAW dengan menyamar sebagai seorang tua yang bersih sedang memegang tongkat.

" Siapakah engkau wahai orang tua?" Tanya Rasulullah SAW.

" Aku adalah iblis," jawab lelaki tua itu.

" Mengapa pula engkau datang ke mari?"

" Sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku datang kepadamu bagi menjawab beberapa persoalan yang belum aku jawab," jawab iblis lagi.

" Baiklah iblis. Aku ingin tahu berapa ramaikah musuhmu daripada umatku?"

" Ada lima musuhku daripada umatmu."

"Siapakah mereka yang engkau maksudkan itu, hai iblis?"



Lalu jawab iblis, " Mereka ialah:


  • Engkau sendiri hai Muhammad
  • Imam atau pemimpin yang adil
  • Orang kaya yang merendah diri
  • Pedagang yang jujur
  • Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk
  • Orang mukmin yang suka memberi nasihat
  • Orang mukmin yang suka berkasih sayang
  • Orang yang selalu bertaubat
  • Orang yang warak dan sering meninggalkan perkara haram
  • Orang mukmin yang selalu bersuci
  • Orang mukmin yang banyak sedekahnya
  • Orang mukmin yang baik akhlaknya
  • Orang mukmin yang membri manfaat kepada orang lain
  • Orang yang hafal al-Quran dan membacanya selalu
  • Orang mukmin yang mengerjakan solat malam ketika orang lain tidur."


Setelah iblis menjawab, Rasulullah SAW bertanya lagi.

" Siapakah pula teman-temanmu, iblis?"

Iblis menjawab, " Wahai Muhammad. Ada 10 teman. Mereka ialah:


  • Hakim yang tidak adil
  • Orang kaya yang sombong
  • Pedagang yang suka menipu
  • Peminum arak
  • Orang yang memutuskan tali persaudaraan
  • Mereka yang memakan harta riba
  • Mereka yang memakan harta anak yatim
  • Orang yang mempermudahkan solat
  • Orang yang enggan membayar zakat
  • Orang yang banyak berangan-angan."


Kemudian Rasulullah SAW bertanya lagi, " Siapakah pula bala tenteramu, iblis?"

" Kalau engkau mahu tahu, tenteraku ialah mereka yang bersifat rakus, muazinku ialah orang yang salah bacaan al-Qurannya, pembacaku ialah penyanyi dan mereka yang menyetujuiku ialah orang yang menghiris, menoreh muka, badan dan tangannya kemudian dibubuh nila atau orang yang meminta dibuat demikian."


P/s: Sedar atau tidak, cerita ini banyak memberi pengajaran kepada sesiapa sahaja termasuk diri sang penulis sendiri. Terkena batang hidung sendiri, masih belum terlambat untuk kita bertaubat dan buat perbaiki diri insyaAllah. Allah Maha Mengasihi dan Maha Penyayang terhadap hamba-hamba Nya.


Kuala Lumpur




No comments:

Post a Comment