6.03.2012

Pemulihan Lokus Kawalan (Recovery Locus of Control) Part 5



Partridge (1985) mendapati bahawa kawalan perseksi (perceived control) memainkan peranan penting dalam pengambaran keadaan sendiri bagi pesakit yang menjalankan pemulihan selepas menghidap strok melalui perwakilan mental (mental representation). 





Kemudian, beliau membangunkan satu skala yang dinamakan ‘Recovery Locus of Control Scale’ (RLOC) yang meminta responden menandakan kadar persetujuan dengan kenyataan-kenyataan yang dipilih daripada komen sponta peserta  dalam temu ramah yang dijalankan lebih awal. Kenyataan-kenyataan yang dipilih daripada temu ramah semuanya mempunyai sifat-sifat psikometrik yang memuaskan(Partridge 1985; Johnston, Weinman dan Wright 1995). Skala ini telah didapati boleh digunakan untuk meramal pemulihan daripada ‘residual disability’ dalam kalangan pesakit strok serta pesakit yang mempunyai peringkat awal ketidakupayaan (Partridge and Johnston 1989).
Dalam skala ini, terdapat sembilan item telah direka dengan tujuan untuk mengukur tahap dalaman atau luaran kawalan persepsi seseorang terhadap proses pemulihan mereka (Partridge &Johnston1989). Daripada sembilan item tersebut, lima item mencerminkan kepercayaan dalaman seseorang. Antara contohnya adalah seperti ‘apa yang saya lakukan untuk membantu diri saya sendiri iaitu benar-benar akan membuat semua perbezaan’. Empat item yang lain pula mencerminkan kepercayaan luaran dan contohnya adalah seperti ‘sumbangan saya sendiri pemulihan saya tidak kira untuk lebih’. Keseluruhannya, seseorang yang membuat ujian ini akan mendapat skor dalam lingkungan daripada 9 hingga 45. Skor yang tinggi menunjukkan lokus kawalan dalaman seseorang adalah kukuh manakala skor yang rendah menandakan lokus kawalan luaran seseorang kuat.


Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment