1.24.2015

Gerabak

Awan biru menenangkan.. :)


Tulisan ni ditulis sambil mata ku kuyu menahan ngantuk, hari ni rasa letih sebab travel. Hehe.. anyway letih terubat bila urusan telah selesai.. gitthew. :D Travel seorang diri itu sudah menjadi kebiasaan buat seorang yang bernama Syim. Tipu lah kalau aku cakap aku tak takut. Naik LRT, monorel githhew. Siapa tak takut and rasa inseceure weii? Di kota raya yang penuh dengan ragam manusia ni, takut jalan sorang tu selalu tapi hati perlu kuat bila ada urusan yang perlu diuruskan. Bila keadaan mendesak untuk seorang Syim harus travel seorang diri, begitulah yang harus dilakukannya.


Anyway, semua orang lain-lain cabaran yang dilalui dan aku sebagai seorang perantau di negeri orang harus begini, survive walau apa pun yang berlaku. Begitulah juga seorang daie, walau dia dicampak ke mana sekalipun, walau dicampak di tempat yang tiada gerak dakwah dan tarbiyahnya, mampu mengibarkan sayapnya. Mampu berdikari mampu menjaga diri.


Dan ulang suara, dakwah bukan untuk orang yang manja. Bukan disediakan dengan karpet merah. Dan ulang suara, selangkah kamu memilih jalan ini, menjadi diri sendiri itu seringkali bukanlah pilihan yang seharusnya. Dakwah dan tarbiyah memerlukan anda berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling dan tidak boleh tidak akhlakmu diperhatikan juga mencerminkan apa yang kamu percaya serta apa yang kamu bawa. Bahkan, ramai je yang gugur dari gerabak keretapi ini hanya kerana mengikut keinginannya yang tidak terbendung. Ya, mehnah dan gejolak duri itu lah yang menghiasi jalan ini.


Sang daie itu meski tetap dalam gerabak, juga diketuk lalu jatuh kerana terpesona dengan jalan yang satu lagi. Dia jadi tidak keruan kerana keinginan pada jalan yang satu lagi ternyata benar menggamit jiwanya untuk memilih ke sana. Bahkan dia pernah jatuh sehinggakan bangun itu memerlukan tangis dan kekuatan yang luar biasa perlunya. Semua ini selalu terjadi, tatkala kamu perlu memilih antara keinginan diri atau keinginan untuk berada di jalan dakwah ini.



Mari tanyakan kembali diri masing-masing, tidak mahu kah kamu menyambung rantai dakwah ini? 


Kuala Lumpur

Rindu Labuan :')

No comments:

Post a Comment