1.17.2015

Bayangan Robot



Penat. Bukan fizikalnya tapi fikiran mindanya sedang berkecamuk mungkin. Ke mana sahaja jasad ini pergi pasti sekali dengan rohnya seperti bayang yang sentiasa mengekori tuannya. Maha Suci Allah yang menciptakan bayang tidak statik di suatu tempat tapi berubah arah mengikut mata matahari. Maha Suci Allah yang menciptakan bayang tidak tertinggal di belakang saat kau melangkah ke depan.. setia dengan tuannya. Ke mana sahaja ya bayang itu mengekori mu.


Perhatikan bayang itu. Bayang itu sejak kecil lagi sentiasa setia bersama. Saat mendapat nikmat-Nya berupa kegembiraan, kelapangan dan ketenangan cukup menenteramkan jiwa. Tapi kita lupa, bayang ini juga ada bersama saat kita berlaku zalim, zalim terhadap diri sendiri dengan berbuat maksiat kepada Nya, bahkan mungkin tidak sengaja mahupun sengaja menjauhkan diri daripada Allah. Astaghfirullah. Hanya bayangan tapi boleh jadi teguran buat diri.


Suatu hari nanti roh ini pasti akan meninggalkan jasadnya. Adakah kita sudah sedia dengan itu semua? Hanya jadi pemerhati sahaja tidak cukup jika akal yang dikurniakan hanya diperam untuk kebaikan diri sendiri. Mahukah kamu jadi manusia robot? Robot sentiasa melakukan hal yang sama kerana telah di set kan sekian sekian dan kemudian bila hilang tenaga, lantas mencari plug untuk mengembalikan tenaganya. Bila dah dapat tenaga, kembali buat kerja yang sama berulang-ulang.


Begitulah seharian masa berlalu sama sahaja. Bangun pagi, keluar rumah, balik ke rumah, malam pun datang, tidur.. esoknya bangun pagi, keluar rumah, balik ke rumah, malam pun datang, tidur.. seterusnya esok pun datang bangun pagi, keluar rumah, balik ke rumah, malam pun datang, tidur dan berlarutan sehingga nanti bertemu Allah. Hidup ini ada tujuannya.. (sila rujuk Terjemahan Al-Quran 2:30, 51:56).


Sekadar itu sahaja kah kitaran seorang manusia? Sudah tenat mungkin, kita selalu disajikan dengan perang pemikiran. Apakah kita menang dalam perang pemikiran zaman ini? Sungguh, 'mereka' terlalu gigih berusaha memisahkan kita dengan Al-Quran. Apakah kita sedar? Atau sekadar seperti robot itu?


Kuala Lumpur.

rindu jaulah reramai cam ni.. :)

No comments:

Post a Comment