[credit] |
kerana dakwah itu memerlukan cinta,
maka ia memerlukan segalanya daripada kamu,
jiwa, masa, harta, dan sebagainya jadi harga yang perlu dibayar,
kerana akhirnya suatu hari kelak kita akan bertemu dengan-Nya,
apakah syurga atau neraka?
Hari perhitungan amal,
apakah kamu yakin kitab amalmu diserahkan dengan tangan kanan?
atau tangan kiri mahupun daripada belakang?
atau dibaling sahaja?
Astaghfirullah..
manusia bisa sahaja melihat kita bagus,
sedang ternyata Allah yang menyembunyikan aib kita,
malulah kamu,
malulah dengan Allah yang Maha Mengetahui,
kamu yakin kamu meletakkan Allah yang pertama dalam hidupmu?
Sakit hati? Sentap?
maka bagaimana jika kasutmu kotor?
andai tidak disental dengan kuat mana nak hilang kotornya,
sekadar menyampaikan,
mari sama muhasabah.
Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment