1.05.2015

Bacalah

hasil contengan kami satu course tempoh hari masa bengkel. takde kerje lain kan.. orang dengar speaker kami menconteng nak ilang rasa ngantuk.. ya lahhh? haha


Apa aku nak tulis eh untuk entri kali ni? Nak dijadikan cerita, aku sekarang tengah study week, bila cakap pasal study week maksudnya anda akan nampak seorang Syim Mohammad berkurung dalam bilik dan study. Dan anda akan melihat nota-nota seorang Syim tersusun, ehh tersusun ke? Berterabur kot di tepi-tepinya. Anda akan melihat dia keluar dari bilik hanya untuk makan dan juga bersosial dengan housemate, gitthew. Mentang-mentang toilet kat dalam bilik sekali, haha. Kadang ada pulak dalam kalangan housemate masuk keluar masuk keluar bilik ni nak menyembang, nak mengacau, nak mengusik benda entah apa-apa, nak menyakat semua ada. Yang penting, I love them alls. Alah aku pun suka gak kacau diorang, haha.


Study week pun study week. Semalam aku baru dapat buku ni, heii, lama dah tak gi bulatan gembira rasa kering kontang hati ni. Study punya study akhirnya aku ketepikan semua nota dan tarik buku ni untuk dibaca, hehe.. XD Dah lama kot tak baca buku ni sejak dari form 5 tempoh hari. Eh sorry ye wahai semua sang pembaca blog ni aku tulis bahasa melayu pulak kali ni, malas nak tulis english pulak sebab aku pening. Pening sebab fikir esok, lusa dan tulat in shaa Allah aku ada exam. Hoho.. masalahnya sempat lagi nak ber-blog. (Ada aku kisah?)

nah,.. ni dia buku yang aku baru beli semalam.. Therbaikkk! Dulu tak memiliki cuma meminjam je buku ni, skang dah ada di tangan. Alhamdulillah.. biarlah duit ilang beli buku2 gini.. hehe.


Pointnye skang ni, jangan lupe study benda akhirat jugak bila study benda dunia ni. Tapi in shaa Allah belajar benda dunia pun boleh jadi benda akhirat jugak bila ilmu yang kita dapat tu kita gunakan niat kerana Allah, untuk bantu Allah, untuk bantu orang yang memerlukan ilmu yang kita belajar tu. Hikhik.


Erm,. bacalah. Bacalah. Tetiba rasa malu, nama je umat Muhammad SAW tapi tak suka membaca? Hmm.. ingat tak wahyu Rasulullah SAW yang pertama tu content-nya suruh membaca, bacalah. Sehingga Jibril memeluk Rasulullah SAW ketat-ketat dan beritahu bacalah, Rasulullah SAW rasa takut lalu lari dari gua tu dan balik ke rumah mintak isteri dia Khadijah selimutkan dia. Ada lagi panjang ceritanya tapi malas nak tulis panjang-panjang sangat sebab ingat nak spend masa kejap je tulis entry ni. Huhu... 

semalam serumah gi food hunting kat kampung baru.. HR ramai sangat orang so akhirnya makanlah di restorang kapal ni. Okaylah makanan dia.. :D


Nak dipendekkan cerita haa nampak tak? Betapa wahyu pertama Rasulullah SAW suruh kita membaca tau. Tapi kita ni ehem, tak yah cakap lah. Baca pun buku yang macam mana? Buku yang membina iman dan jiwa? Buku yang releks muhasabah? Buku cerita pedoman? Novel? NOvel tu kisah pasal apa? Semua kena ambik kira, sebab apa yang dibaca akan mencerminkan pandangan dan juga mungkin perspektif kita kepada sesuatu. Kena hati-hati kot nak pilih bahan bacaan. Kann?


Kita skang ni setahun mungkin satu dua buku pun tak baca, baca pun mungkin tak habis. gitthew. Okay, rasa malu. Ok, aku nak sambung study aku. Doakan aku dapat jawab exam dengan jayanya, okay? In shaa Allah boleh.


Kuala Lumpur

credit

No comments:

Post a Comment