Heela merupakan seorang pelajar
pra siswazah di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur.
“ Korang tahu kan Heela tu
pemalu. Jadi dia tak buat la announcement kuat-kuat dalam kelas ni.” Kata
Linda. Heela berasa direndahkan apabila mendengar Linda berkata sedemikian di
hadapan rakan sekelasnya yang lain. Sayida yang duduk di belakang Heela
memerhati perbuatan Linda tersebut dan berasakan seperti ada yang tidak kena.
“ Amboi budak tu macam tak nampak
Heela duduk kat sini pulak cakap macam tu.” Kata Sayida dengan nada suara yang
agak tinggi. Linda buat-buat tak dengar dengan apa yang diberitahy Sayida, dia
tidak peduli. Walau bagaimanapun, Linda tidak juga dapat jawapan melalui
pertanyaannya itu. Linda sebenarnya mewakili Heela untuk membuat pengumuman
dalam kelas mengenai makan malam kolejnya.
Heela sememangnya mahu
menyuarakan pengumuman yang sepatutnya diumum olehnya namun dia berasa sesuatu
menghalangnya untuk bersikap sedemikian. Heela ada membayangkan bagaimana cara
dia hendak memberitahu tentang hal tersebut apatah lagi dia asyik digesa oleh
rakan kolejnya yang lain perihal tentang rakan sekelasnya yang masih tidak
membayar bayaran makan malam tersebut namun dia tidak terkata apabila tiba
masanya dia perlu mengumumkan perkara tersebut.
Heela sudah seakan mahu putus asa
apabila semua orang mengatakan dia seorang pemalu, mungkin benar kata mereka
kerana hakikatnya dia sendiri tidak memahami siapa dirinya. Orang lain yang
mengenalinya mungkin lebih kenal tentang dirinya. Heela seorang yang rendah
diri lebih-lebih lagi dia berasal dari Sarawak dan rakan sekelasnya selalu
mengejek bahasa yang digunakannya. Boleh dikatakan, Heela banyak makan hati
dengan rakan sekelasnya namun dia diamkan sahaja perihal tersebut.
“ Kitak tok terlalu banyak
bersabar dengan sidaknya ya, Ella.” Kata Yana kepada Heela di suatu petang di
Taman Tasik Titiwangsa. Kawasan kolej Heela berdekatan dengan Taman Tasik
Titiwangsa jadi mudah sahaja bagi Heela untuk keluar berjalan mahupun bersenam
di tempat tersebut. Terdapat ramai orang di Taman Tasik Titiwangsa petang itu
dan Heela serta Yana sedang duduk di bawah cendawan besar atas rumput tanpa
berlapik apa-apa. Rumput kering, Heela pulak suka duduk atas alam semesta
terasa diri itu berkomunikasi dengan alam.
“ Selagi kamek boleh sabar, kamek
sabar. Kamek ingat gik sigek ayat tok padah, seorang muslim yang keluar dan
bergaul dengan masyarakat serta bersabar dengan kerenah mereka lebih baik
daripada seorang muslim yang duduk mengabdikan diri beribadah kepada Allah.”
Heela membalas sambil bibirnya mengukir senyuman. Yana hairan dengan sikap
rakan baiknya itu yang juga sepertinya berasal daripada Sarawak, Heela sangat
sabar orangnya dan dia juga tahu Heela seorang yang rendah diri.
“ Sik faham kamek ngan kitak tok
eh yang penting kamek mok ais krim kamek. Heh.” Yana tersengih-sengih tidak
mahu berbincang mengenai hal itu lagi. Senyuman Heela menjadi semakin luas
sehingga ke telinga dan mereka berdua sama-sama bangun dan lekas menuju ke
kawasan jualan ais krim. Terleka dan lemas dalam perbualan dua rakan sekepala
tersebut ada sepasang mata memerhati Heela daripada jauh.
Ikmal terpandang seseorang yang
agak dikenalinya di Taman Tasik Titiwangsa tersebut dan dia yakin itu adalah
gadis yang ditemuinya dalam LRT tempoh hari. Heela berani keluar seorang diri
naik LRT dan pergi ke pusat beli belah terkemuka di Kuala Lumpur tersebut.
Ikmal pula pada hari itu entah kenapa merasa terpanggil untuk melindungi Heela
yang keluar seorang diri tambahan pula Heela pernah berorganisasi bersamanya
pada tahun satu dahulu. Sebagai kawan, dia merasa dia perlu mengambil berat
akan Heela.
“ Mal, kau ni dah kenapa? Kau
kenal ke dengan mereka tu?” Tanya Roslan. Roslan dan Ikmal sefakulti iaitu
Fakulti Farmasi, dia hairan dengan Ikmal yang tiba-tiba terdiam dan memerhati
dua orang perempuan yang baru sahaja melalui mereka dan kini sedang membeli ais
krim berdekatan tempat tersebut. Ikmal kemudiannya tersenyum dan menoleh kearah
Roslan.
“ Tak adalah. Aku macam
ingat-ingat lupa yang aku pernah berorganisasi dengan perempuan tudung hitam
tu.” Kata Ikmal dan mereka berdua segera meninggalkan kawasan tersebut. Mereka
baru sahaja selesai bersenam dan badan pula sudah habis berpeluh. Roslan dapat
rasakan Ikmal tidak mahu menjelaskan dengan lebih lanjut tentang Heela lalu dia
pun malas juga mahu bertanya lebih.
“ Tentang program Homeless this
coming December kau dah hantar borang permohonan jawatan tak, Mal?” Tanya
Roslan mengubah topik perbualan. Dia amat selesa bersahabat dengan Ikmal dan
perkenalan mereka bermula sejak dari zaman sekolah menengah lagi.
“ Eh, aku lupa lah nak hantar!
Aku memang nak hantar hari ni, bila tarikh last hantar borang tu kau ingat
tak?”
“ Amboi kau ni mentang-mentang
hot stuff leader kat kolej ni hantar lambat pun tak pe ye?” Roslan sengaja mengusik
Ikmal.
“ Eh eh eh kau jangan. Aku
betul-betul lupa lah.”
“ Ha ha ha ha, saja lah tu.
Tarikh last hantar malam ni jam 10 malam baik kau cepat sikit balik ni terus
hantar.”
“ Mana-manalah yang penting aku
mesti sertai program itu.” Kata Ikmal lantas menepuk bahu Roslan dan berlari
meninggalkan Roslan. Roslan pun mengejarnya dan mereka berdua pun berlari
sepantas mungkin masuk ke kolej. Pengawal yang menjaga pintu depan kolej pun
menggelengkan kepala melihat mereka berdua berlari masuk ke dalam kolej. Kereta
yang kebetulan mahu keluar melalui pintu depan itu juga membunyikan hon kereta
sebaik melihat mereka berdua yang tidak sedar dengan kehadiran keretanya.
“ Budak zaman sekarang nil ah dia
tak ingat dunia dah. Kereta aku besar gedabak camni pun boleh tak perasan.”
Kata Linda yang kebetulan mahu balik ke rumahnya di Ampang. Esok hari Sabtu dan
lusa Ahad dan dia tiada kelas di hujung minggu. Biasanya dua minggu sekali dia
akan balik ke rumah dan menemui keluarga tercinta. Hatinya menyumpah seranah
dengan perangai dua lelaki yang melaluinya tadi.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Heela asyik memerhati garis masa
Facebook dan Twitter nya, jam sudah menunjukkan tepat jam 11 malam. Dia sabar
menunggu pengumuman nama-nama yang terpilih untuk mennyertai program Homeless
yang akan diadakan tidak lama lagi oleh kolejnya. Dia tidak peduli sama ada
menjadi peserta mahupun terlibat dalam organisasi yang penting dia dapat
menyertai program tersebut. Dia sudah lama mahu melibatkan diri dalam program
yang sedemikian, hatinya seringkali runtun melihatkan nasib pengemis yang tiada
tempat tinggal dan hidup sebatang kara apatah lagi di Bandar besar Kuala Lumpur
itu.
Heela mendapat tahu nama-nama itu
akan disiarkan di lama Facebook bermula tepat jam 12.00 malam namun matanya
sudah semakin mengantuk. Semenjak tadi, kepalanya asyik turun naik dan mata
pula berair dan mahu tutup rapat sahaja gara-gara menahan rasa mengantuk.
Akibat terlalu mengantuk, Heela menghantar pesanan melalui Whatsapp dan
memberitahu Yana supaya mengejutkannya melalui telefon pada jam 12.00 malam
nanti. Yana tinggal di tingkat 3 blok J kolej tersebut manakala dia tinggal di
tingkat 2. Tidak lama kemudian, Yana membalas mesejnya dan bersetuju akan
menggerakkanya pada jam 12.00 malam. Mereka bersetuju mahu menyertai program
itu bersama-sama.
Masa pun berlalu dan banyak kali
Yana cuba menghubungi Heela namun tiada respons diberi. Yana membuat keputusan
untuk mengetuk pintu bilik Heela namun tiada juga respons. Heela tertidur
bahkan tidur dengan nyenyak sambil kepalanya direhatkan di atas meja. Air liur
basi sedikit keluar dari mulutnya dan sesekali dia menggaru kakinya kerana
diganggu nyamuk malam. Akhirnya Yana sebulat suara untuk mengejutkan rakannya
itu esok pagi. Dia beranggapan Heela sudah tertidur nyenyak tambahan lagi siang
tadi rakannya itu sibuk dengan urusan program kolej.
“ Ella kitak tauk sik kitak
terpilih jadi Timbalan Pengarah program Homeless yang akan datang tok. Ella,
kamek sik sangka lah. Tahniah geng!” ucap Yana lalu baring di atas katil Heela
yang kelihatan kemas itu. Heela masih terkebil-kebil dan dia masih mamai kerana
baru bangun tidur.
“ Oh benar ka? Ok.” Kata Heela
sambil mengemas ngemas rambutnya yang halus dan panjang berwarna hitam. Heela
sepertinya masih tidak sedar dengan apa yang diberitahu oleh rakannya itu. Yana
tahu Heela tidak mendengarnya dengan jelas.
“ Oi kawan bangun! Kitak sedar
kah sik tok? KITAK JADI TIMBALAN PENGARAH TAUK SIK?” kata Yana dengan nada yang
agak tinggi. Nasib baik Heela duduk dalam bilik single. Yana menggerak-gerakkan
sedikit badan rakannya itu agar Heela segera sedar dari mamainya.
“ Aok, Timbalan Pengarah. Ah! Apa
tek? TIMBALAN PENGARAH?” kali ini Heela pula yang bersuara tinggi. Kini dia
baru sedar akan tanggungjawab yang perlu digalas olehnya, dia tiba-tiba
terfikir kenapakah dia dipilih sebagai Timbalan Pengarah. Namun itu semua
tinggal menjadi tanda Tanya dan dia juga yakin bahawa pilihan itu telah dibuat
dengan sebulat suara oleh pihak yang terlibat memilih mahasiswa mahasiswi kolej
tersebut. Heela pura-pura pengsan bersebelahan dengan rakannya dan kemudian
mereka ketawa bersama.
“Assalammualaikum. Apa yang
bising-bising awal pagi ni?” Tanya jiran Heela bernama Syasya. Syasya perasan
bilik Heela dibiar terbuka dan mendengar suara Heela dan Yana berdekatan dengan
biliknya lalu terbit rasa ingin tahu. Syasya suka bergaul dengan mereka berdua
tambahan pula dia seorang yang suka berkawan dengan banyak jenis kawan dari
pelbagai negeri. Syasya pun memasuki bilik Heela tanpa izin, Heela dan Syasya
sudah biasa menyergah bilik masing-masing seperti itu. Kadang-kadang Heela yang
masuk menyergah ke bilik Syasya itupun bila bilik mereka masing-masing terbuka
luas.
Syasya seorang gadis berasal dari
Melaka dan dia mula mengenali Heela dengan lebih mendalam apabila Heela
tertinggal kunci di dalam bilik dan Syasya membantunya mengambil kunci
tersebut. Hendak diceritakan kisahnya di sini agak lucu namun itu semua
merupakan titik permulaan persahabatannya dengan Heela. Syasya yang sebelum ini
merasakan Heela seorang pemalu dan pendiam kini mengetahui bahawa Heela bukan
seperti yang diberitahu oleh ramai orang di kolej tersebut.
“ Ni, Syasya, Ella dia dapat jadi
Timbalan Pengarah program Homeless tu. Heh.” Kata Yana masih tertawa. Syasya
jadi gembira mendengar perkhabaran itu.
“ Lah, ye ke? Saya pun dapat
jugak. Setiausaha.” Kata Syasya tersenyum lalu menyertai mereka berdua duduk di
atas katil Heela. Mereka masing-masing kemudiannya saling menampar telapak
tangan masing-masing (High-5).
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Lah, dengan budak tok ka? Kenak
aku rasa aku macam kenal ngan laki tok owh?” mongel Heela di benaknya.
Heela baru sahaja mengetahui
bahawa Pengarah program tersebut adalah Ikmal. Entah kenapa, dia seakan pernah
mengenali Ikmal sebelum ini namun perasaan itu dibiarkan sahaja kerana dia mahu
focus pada perbentangan tugas yang bakal dibentangnya kepada rakan
seorganisasinya itu nanti. Sebelum mesyuarat pada hari itu juga, Ikmal dan
Heela banyak berkomunikasi melalui khidmat Whatsapp dan juga melalui laman
Facebook. Heela pula suka bersikap professional di mana setiap perbincangan
mereka berdua hanya melibatkan urusan yang penting sahaja.
“Baiklah, Heela selaku Timbalan
Pengarah mungkin ada apa-apa yang mahu dibentangkan. Jika ada.” Kata Ikmal lalu
menoleh ke arah Heela. Dalam benaknya dia sebenarnya kagum adanya wanita
seperti Heela, walaupun dari luar dia nampak pemalu namun apabila berorganisasi
wanita itu menjadi orang yang lantang mengeluarkan pendapat namun dia memberi
pendapat apabila perlu sahaja.
Heela Nampak mengelamun seketika
sebelum dia akhirnya bersuara dan semua ahli organisasi tersebut memfokuskan
kepadanya. Linda yang kebetulan sama dalam organisasi itu hanya mendiamkan diri
kerana dia hanyalah peserta program tersebut. Dia sememangnya tidak menyangka
bahawa Heela rakan sekursusnya akan menjadi Timbalan Pengarah program itu. Ada
satu rasa tidak mahu menerima kenyataan Heela punyai kelebihan itu tambahan pula
dalam kelas tempoh hari dia mengatakan Heela seorang yang pemalu.
“Itu lah awak pandang rendah
sangat dengan Heela tu. Walaupun bahasa dia lain sakit if bercakap bahasa
Semenanjung dan awak selalu perlekehkan dia, dia masih boleh survive kat sini.”
Kata Sayida.
“Malaslah bercakap dengan awak
ni. Dia tu bernasib baik saja, dalam kelas still pemalu lagi.” Jawab Linda
tidak mahu menerima kenyataan. Dia seorang sahaja yang seakan tidak mahu
mendengar Heela membentangkan kerjanya, melihat ke dalam telefon bimbit
memeriksa notification Facebook, Whatsapp, Instagram tanpa mahu mengambil
perhatian pada Heela. Tiba masa orang lain membentangkan tugas selain Heela
barulah dia memberi fokus.
Sayida sendiri tidak faham kenapa
Linda begitu tidak puas hati dengan Heela. Dia sekadar mengelengkan kepalanya
apabila melihat kerenah Linda.
“Saya bukanlah tidak bersetuju
dengan rancangan awal kita namun saya percaya kita perlu ada rancangan ke dua
in case rancangan awal kita tidak menjadi. Adalah lebih baik kita menyediakan payung
sebelum hujan supaya program ini tetap berjalan dengan lancer meski ada
perubahan pada saat-saat akhir.” Jelas Heela mengakhiri gilirannya
membentangkan tugas dan cadangan. Dia tidak memaksa rakan seorganisasinya itu
menerima pendapatnya.
Lama Ikmal mendiamkan dirinya,
rakan seorganisai lain sibuk berbincang menyebabkan keadaan sedikit riuh rendah
kerana memikirkan cadangan yang dibuat oleh Heela. Ikmal kemudiannya berdehem
dan membuat isyarat tangan yang boleh difahami organisasi program tersebut
menandakan perhatian harus diberi kepada apa yang bakal disebutkannnya itu.
“Eloklah kita mengambil keputusan
ikut majoriti. Siapa yang bersetuju dengan cadangan Heela boleh angkat tangan
dan siapa yang tidak setuju boleh diamkan diri anda.” Kata Ikmal. Sejurus selepas
itu, lebih kurang semua orang yang berada dalam bilik mesyuarat itu bersetuju
dan mengangkat tangan manakala beberapa lagi memilih tidak mengangkat tangan
dan mereka termasuk juga Linda.
Kata
sepakat pun telah dibuat dan mesyuarat tersebut akhirnya berakhir. Heela mahu
keluar dari bilik mesyuarat tersebut bersama Yana apabila dia baru perasan akan
kehadiran Linda dan Sayida. Sayida dan Heela saling berbalas pandangan dan
tersenyum sementara Linda buat-buat tidak Nampak akan kehadiran Heela. Heela
memilih utuk bersangka baik dan tidak mahu memberi apa-apa sangkaan yang
mungkin memburukkan keadaan.
Heela keluar bersendirian dan
ketika itu dia melalui sebuah jejantas yang menghubungi LRT Titiwangsa,
terdapat beberapa pengemis yang duduk dan bahkan baring beralaskan kotak yang kelihatannya
sudah semakin koyak rabak malah ada kesan akibat daripada tempias semalam
barangkali pada kotak tersebut. Apa pun yang berlaku, Heela harus cepat kembali
kembali ke kolejnya kerana dia ada study group dengan Sayida dan seorang lagi
rakan berbangsa Cina dalam kelasnya. Study group tersebut akan bermula pada jam
9.00 malam dan Heela pula perlu berada di kolej sebelum jam 6.00 petang untuk
persiapan diri san membuat sedikit revision sebelum study group berjalan.
Heela sedang membawa dua kotak
air pepsi ditangannya lebihan daripada makan di KFC sebentar tadi. Heela
terdiam dan berhenti mengorak langkah apabila melihat pengemis di kawasan itu.
Terdetik di hatinya bahawa apa pun yang berlaku sebelum ini pasti sangat
menyedihkan hati yang mana menyebabkan pengemis-pengemis itu menjadi
gelandangan. Ada juga dalam benaknya mengatakan mereka ini mungkin juga
berpura-pura dan bahkan mungkin diupah untuk menjadi pengemis demi mendapatkan
sedikit kesenangan tanpa perlu berusaha sedikit cuma.
“Adik tahan sikit lagi ye nanti
mak belikan makanan untuk adik.” Kata salah seorang pengemis yang merupakan ibu
kepada anaknya yang juga menjadi pengemis. Bakul yang menjadi tempat untuk
orang lau lalang di situ yang mahu memberi sedekah sedikit terisi dengan duit
syiling dan beberapa keping duit kertas. Anak perempuan tersebut kelihatan
berumur sekitar 8-10 tahun, terdapat sedikit luka kecil di lutut dan tapak kaki
anak kecil itu. Heela terpandang akan selipar anak kecil itu yang talinya sudah
putus namun selipar itu tetap digunakan juga.
Heela sedang bertarung pendapat
dalam jiwanya di antara mahu membantu atau membiarkan sahaja pengemis itu. Ibu
kepada anak kecil itu cukup sifat anggota badan dan boleh sahaja bekerja jika
dia mahu berkerja jadi apakah yang menyebabkan ibu kepada kanak-kanak tersebut
tidak mahu bekerja. Seorang lagi pengemis berada tidak jauh daripada kedua
beranak itu hanya menjeling seketika dan kemudian menyambung tidurnya, surat
khabar yang telah disambung menggunakan pita pelekat menjadi selimutnya, ada
sedikit lubang di sana sini pada selimut surat khabar tersebut.
Heela mengeluh kecil, dia
teringat bahawa dia membawa dua air minuman pepsi di tangannya. Dengan pantas,
Heela meletakkan air minuman tersebut di depan dua beranak tersebut dan
tersenyum kepada ibu kanak-kanak itu. Heela kemudian pantas meninggalkan mereka
berusaha untuk tidak bercakap dengan mereka. Biarlah apa yang dibuatnya itu
menjadi rahsia antara mereka dengan Allah. Heela mengesatkan air matanya dan
menoleh ke belakang memerhatikan dua beranak tersebut apabila mereka kelihatan
sedang menikmati air minuman yang diberinya.
“Itu lebih baik daripada memberi
sedekah berbentuk wang.” Kata Heela dalam benaknya. Nikmat yang terus diperoleh
berbanding memberi wang di mana memerlukan mereka pergi membeli makanan atau
apa-apa keperluan yang mereka perlu. Pada pendapat Heela, jika memberi
sumbangan berbentuk wang, hasil tersebut mungkin dinikmati oleh orang yang
tidak sepatutnya seperti pencuri ataupun orang yang mengupah mereka. Sama ada
mereka benar-benar pengemis atau pelakon untuk mencari sedikit kesenangan, kedua-dua
jenis pihak dapat menikmati sedekah berbentuk makanan atau minuman tersebut.
Selain daripada makanan atau minuman, boleh juga memberi sumbangan berbentuk
buku, baju, selipar dan sebaginya.
Heela kemudian kembali kepada
realitinya, peristiwa dengan pengemis-pengemis itu berlaku dua minggu lepas.
Hari ini, dia dan organisasi program Homeless sudah berada di dalam bas dan
sedang menuju ke tapak pengemis di kawasan Chow Kit. Dia memandang kertas
berisi program pada hari tersebut dan mengukir senyuman. Inilah masanya dia
menabur bakti dengan lebihh meluas lagi. Yana yang berada di sebelahnya sedang
sibuk dengan gajetnya. Ikmal pula duduk berhampiran dengan pemandu bas tersebut.
Erti hidup pada memberi. Memberi lah
mengikut kemampuan masing-masing. Implikasi positif dari memberi mungkin tidak
diperolehi di dunia, di akhirat kelak in shaa Allah, Allah itu Maha Adil dan
Maha Mengetahui akan amal setiap hamba Nya. Semua orang lahir dengan potensi masing-masing, memberi kesimpulan awal tanpa mengenali siapa sebenarnya seseorang memakan diri sendiri bahkan juga akhirnya mungkin memalukan diri sendiri kerana bertindak tanpa berfikir panjang. Seseorang mungkin kelihatan lemah dan penuh dengan kekurangan tapi itu bukan alasan untuk tidak dapat memberi dan menyalurkan kelebihan lain untuk kepentingan masyarakat.
*Sekian*
Hasil tulisan: Sang Penulis