1.26.2014

Aku Mahu Kau Tahu

Credit

Wahai muslimah..
Andai ukhwah menjadi fitnah pada agama..
Membuat masing-masing lalai pada sang pencipta..
Baiklah diputuskan sahaja.


Dan, 
Wahai muslimah..
Mr. Right tak akan menjauhkan kamu daripada sang pencipta..
Jika dia menjauhkan kamu daripada sang pencipta..
Dia adalah Mr. Wrong.


Direct, pedas, berapi..
Tapi mampu mengetuk hati mereka yang mencari..
Mencari sebuah hakikat cinta yang tak bertepi..
Cinta kepada-Nya lebih daripada cinta kepada Rasul dan manusia..
Cinta kepada Allah, sang pencipta kita.


Aku masih bertatih merangkak dalam renjau hidup ini..
Dan kerap juga aku jatuh dek alpa dengan jalan yang dilalui..
Ada saja jalan yang membuat hatiku gembira, sedih malah ada juga jalan yang kabur tidak pasti..
Yang pasti Dia sentiasa bersamaku..
Cuma aku yang terlalu asyik dengan jalanku hingga lupa tentang Dia.


Hidup di dunia ini cuma sementara..
Hanyalah satu permainan dan senda gurau yang sebentar cuma..
Sering saja kata itu diperdengarkan..
Tapi,
Kita masih lagi begitu dengan jalan kita sendiri.


Kejarlah cinta Allah lantas dunia mengejarmu..
Percaya dan yakinlah dengan janji-Nya yang telah tertulis pada mereka yang beriman dengan sebenar-benarnya tauhid..
Ketahuilah..
Andai kita dikasihi manusia sekalipun belum tentu kita dikasihi Allah..
Tetapi jika dikasihi Allah..
Sudah pasti dikasihi manusia.



Kuala Lumpur






No comments:

Post a Comment