Pernah tak suatu masa setelah lama kita tinggalkan jahiliah kita, dan kini kita dikelilingi pula dengan jahiliah tersebut dalam kalangan rakan-rakan kita, dan akhirnya kita merasa asing. Asing sehingga tak tahu nak bagi pendapat apa andai mereka membuka topik jahiliah tersebut. Contoh: topik tengok wayang yang latest mahupun yg famous. Contoh lain, cerita atau drama popular melayu masa kini.
credit |
Anda yg sudah lama meninggalkan jahiliah tersebut terasa bagai seorang yang asing dalam kalangan mereka. Apa yang hendak dicakapkan andai kita tak tahu apa yang mereka bicarakan? Mungkin kita masuk dalam perbualan mereka dan enjoy the conversation? Tapi bimbang kita pula yang turut sama lemas tanpa sedar. Atau mungkin sahaja diam tanpa memberi komen apa2 sehingga dicop sebagai kolot?
All n all, semua orang ada reason kenapa tak tengok benda2 tu n kenapa kita tinggalkan jahiliah tu. Yang pasti, jahiliah kita tu, kita je yang tahu. Sampai hari ni, sejauh mana kita dah membuang jahiliah kita? Sanggupkah kita menggadai usaha membuang jahiliah kita tu dengan kembali lemas ke dalamnya? Mungkinkah kali ni takkan keluar lagi? Mungkinkah akan ambik masa lama untuk keluar kembali?
Tak tahu nak cakap apa. Takkan nak marah mereka yang tak tahu. Nak explain pun kena tahu ayat yang betul supaya mereka tak terasa dan supaya hubungan yang baik antara kita dan dia terus baik. No one say its easy.
#sayonarajahiliah #ghuzwatulfikr
Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment