Perubahan. Jangan sampai memakan diri sendiri atau dalam kata lain sehingga hilang identiti diri dan jati diri yang telah dibina teguh suatu ketika dahulu. Bimbang juga sang penulis memikirkan masa depan, di petang yang mendung and sedap ini, tiba-tiba banyak benda datang masuk di fikiran. Kita memang perlu melihat ke belakang, ya, kadang-kadang itu perlu untuk melihat sejauh mana kita dah berubah. Adakah menjadi lebih baik? Ataukah menjadi semakin teruk?
Perubahan sesuatu yang perlu supaya tidak terus berada di tempat yang sama. Hari ini perlulah lebih baik daripada semalam. Betul kan? Tapi hati-hati dengan langkah dalam membuat sebuah perubahan, jangan sampai hilang jati diri dan jangan sampai hilang tujuan hidup kita ini apa sebenarnya. Perubahan, biar ia mengalir dalam diri dalam alunan yang lembut perlahan tidak terlalu drastik kerana mungkin akan tidak membuahkan hasil. Dan perubahan, perlu ada sebab di sebaliknya.
Selalu ingatkan diri berubah itu sebab apa? Luruskan niat kita, buat sesuatu kerana Allah sahaja. Selalu tanyakan diri, adakah perubahan yang kita buat sekarang Allah redha? Semua orang berubah mengikut cara mereka sendiri, dan moga sahaja perubahan yang kita buat ni lebih memberi banyak kebaikan daripada keburukan.
Allah, kenapa rasa nak nangis sangat nii? What have I done to my life?
Allah, kenapa rasa nak nangis sangat nii? What have I done to my life?
p/s: Sang penulis berharap kamu bahagia. Rasa diri ini sungguh tidak layak. Have a nice life, have a happy moment with people around you right now. Appreciate them. :)
Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment