8.10.2014

Heela : Sebuah Cerpen Mengenai Golongan Pengemis

Heela merupakan seorang pelajar pra siswazah di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur.

“ Korang tahu kan Heela tu pemalu. Jadi dia tak buat la announcement kuat-kuat dalam kelas ni.” Kata Linda. Heela berasa direndahkan apabila mendengar Linda berkata sedemikian di hadapan rakan sekelasnya yang lain. Sayida yang duduk di belakang Heela memerhati perbuatan Linda tersebut dan berasakan seperti ada yang tidak kena.

“ Amboi budak tu macam tak nampak Heela duduk kat sini pulak cakap macam tu.” Kata Sayida dengan nada suara yang agak tinggi. Linda buat-buat tak dengar dengan apa yang diberitahy Sayida, dia tidak peduli. Walau bagaimanapun, Linda tidak juga dapat jawapan melalui pertanyaannya itu. Linda sebenarnya mewakili Heela untuk membuat pengumuman dalam kelas mengenai makan malam kolejnya.

Heela sememangnya mahu menyuarakan pengumuman yang sepatutnya diumum olehnya namun dia berasa sesuatu menghalangnya untuk bersikap sedemikian. Heela ada membayangkan bagaimana cara dia hendak memberitahu tentang hal tersebut apatah lagi dia asyik digesa oleh rakan kolejnya yang lain perihal tentang rakan sekelasnya yang masih tidak membayar bayaran makan malam tersebut namun dia tidak terkata apabila tiba masanya dia perlu mengumumkan perkara tersebut.

Heela sudah seakan mahu putus asa apabila semua orang mengatakan dia seorang pemalu, mungkin benar kata mereka kerana hakikatnya dia sendiri tidak memahami siapa dirinya. Orang lain yang mengenalinya mungkin lebih kenal tentang dirinya. Heela seorang yang rendah diri lebih-lebih lagi dia berasal dari Sarawak dan rakan sekelasnya selalu mengejek bahasa yang digunakannya. Boleh dikatakan, Heela banyak makan hati dengan rakan sekelasnya namun dia diamkan sahaja perihal tersebut.

“ Kitak tok terlalu banyak bersabar dengan sidaknya ya, Ella.” Kata Yana kepada Heela di suatu petang di Taman Tasik Titiwangsa. Kawasan kolej Heela berdekatan dengan Taman Tasik Titiwangsa jadi mudah sahaja bagi Heela untuk keluar berjalan mahupun bersenam di tempat tersebut. Terdapat ramai orang di Taman Tasik Titiwangsa petang itu dan Heela serta Yana sedang duduk di bawah cendawan besar atas rumput tanpa berlapik apa-apa. Rumput kering, Heela pulak suka duduk atas alam semesta terasa diri itu berkomunikasi dengan alam.

“ Selagi kamek boleh sabar, kamek sabar. Kamek ingat gik sigek ayat tok padah, seorang muslim yang keluar dan bergaul dengan masyarakat serta bersabar dengan kerenah mereka lebih baik daripada seorang muslim yang duduk mengabdikan diri beribadah kepada Allah.” Heela membalas sambil bibirnya mengukir senyuman. Yana hairan dengan sikap rakan baiknya itu yang juga sepertinya berasal daripada Sarawak, Heela sangat sabar orangnya dan dia juga tahu Heela seorang yang rendah diri.

“ Sik faham kamek ngan kitak tok eh yang penting kamek mok ais krim kamek. Heh.” Yana tersengih-sengih tidak mahu berbincang mengenai hal itu lagi. Senyuman Heela menjadi semakin luas sehingga ke telinga dan mereka berdua sama-sama bangun dan lekas menuju ke kawasan jualan ais krim. Terleka dan lemas dalam perbualan dua rakan sekepala tersebut ada sepasang mata memerhati Heela daripada jauh.

Ikmal terpandang seseorang yang agak dikenalinya di Taman Tasik Titiwangsa tersebut dan dia yakin itu adalah gadis yang ditemuinya dalam LRT tempoh hari. Heela berani keluar seorang diri naik LRT dan pergi ke pusat beli belah terkemuka di Kuala Lumpur tersebut. Ikmal pula pada hari itu entah kenapa merasa terpanggil untuk melindungi Heela yang keluar seorang diri tambahan pula Heela pernah berorganisasi bersamanya pada tahun satu dahulu. Sebagai kawan, dia merasa dia perlu mengambil berat akan Heela.

“ Mal, kau ni dah kenapa? Kau kenal ke dengan mereka tu?” Tanya Roslan. Roslan dan Ikmal sefakulti iaitu Fakulti Farmasi, dia hairan dengan Ikmal yang tiba-tiba terdiam dan memerhati dua orang perempuan yang baru sahaja melalui mereka dan kini sedang membeli ais krim berdekatan tempat tersebut. Ikmal kemudiannya tersenyum dan menoleh kearah Roslan.

“ Tak adalah. Aku macam ingat-ingat lupa yang aku pernah berorganisasi dengan perempuan tudung hitam tu.” Kata Ikmal dan mereka berdua segera meninggalkan kawasan tersebut. Mereka baru sahaja selesai bersenam dan badan pula sudah habis berpeluh. Roslan dapat rasakan Ikmal tidak mahu menjelaskan dengan lebih lanjut tentang Heela lalu dia pun malas juga mahu bertanya lebih.

“ Tentang program Homeless this coming December kau dah hantar borang permohonan jawatan tak, Mal?” Tanya Roslan mengubah topik perbualan. Dia amat selesa bersahabat dengan Ikmal dan perkenalan mereka bermula sejak dari zaman sekolah menengah lagi.

“ Eh, aku lupa lah nak hantar! Aku memang nak hantar hari ni, bila tarikh last hantar borang tu kau ingat tak?”

“ Amboi kau ni mentang-mentang hot stuff leader kat kolej ni hantar lambat pun tak pe ye?” Roslan sengaja mengusik Ikmal.

“ Eh eh eh kau jangan. Aku betul-betul lupa lah.”

“ Ha ha ha ha, saja lah tu. Tarikh last hantar malam ni jam 10 malam baik kau cepat sikit balik ni terus hantar.”

“ Mana-manalah yang penting aku mesti sertai program itu.” Kata Ikmal lantas menepuk bahu Roslan dan berlari meninggalkan Roslan. Roslan pun mengejarnya dan mereka berdua pun berlari sepantas mungkin masuk ke kolej. Pengawal yang menjaga pintu depan kolej pun menggelengkan kepala melihat mereka berdua berlari masuk ke dalam kolej. Kereta yang kebetulan mahu keluar melalui pintu depan itu juga membunyikan hon kereta sebaik melihat mereka berdua yang tidak sedar dengan kehadiran keretanya.

“ Budak zaman sekarang nil ah dia tak ingat dunia dah. Kereta aku besar gedabak camni pun boleh tak perasan.” Kata Linda yang kebetulan mahu balik ke rumahnya di Ampang. Esok hari Sabtu dan lusa Ahad dan dia tiada kelas di hujung minggu. Biasanya dua minggu sekali dia akan balik ke rumah dan menemui keluarga tercinta. Hatinya menyumpah seranah dengan perangai dua lelaki yang melaluinya tadi.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Heela asyik memerhati garis masa Facebook dan Twitter nya, jam sudah menunjukkan tepat jam 11 malam. Dia sabar menunggu pengumuman nama-nama yang terpilih untuk mennyertai program Homeless yang akan diadakan tidak lama lagi oleh kolejnya. Dia tidak peduli sama ada menjadi peserta mahupun terlibat dalam organisasi yang penting dia dapat menyertai program tersebut. Dia sudah lama mahu melibatkan diri dalam program yang sedemikian, hatinya seringkali runtun melihatkan nasib pengemis yang tiada tempat tinggal dan hidup sebatang kara apatah lagi di Bandar besar Kuala Lumpur itu.

Heela mendapat tahu nama-nama itu akan disiarkan di lama Facebook bermula tepat jam 12.00 malam namun matanya sudah semakin mengantuk. Semenjak tadi, kepalanya asyik turun naik dan mata pula berair dan mahu tutup rapat sahaja gara-gara menahan rasa mengantuk. Akibat terlalu mengantuk, Heela menghantar pesanan melalui Whatsapp dan memberitahu Yana supaya mengejutkannya melalui telefon pada jam 12.00 malam nanti. Yana tinggal di tingkat 3 blok J kolej tersebut manakala dia tinggal di tingkat 2. Tidak lama kemudian, Yana membalas mesejnya dan bersetuju akan menggerakkanya pada jam 12.00 malam. Mereka bersetuju mahu menyertai program itu bersama-sama.

Masa pun berlalu dan banyak kali Yana cuba menghubungi Heela namun tiada respons diberi. Yana membuat keputusan untuk mengetuk pintu bilik Heela namun tiada juga respons. Heela tertidur bahkan tidur dengan nyenyak sambil kepalanya direhatkan di atas meja. Air liur basi sedikit keluar dari mulutnya dan sesekali dia menggaru kakinya kerana diganggu nyamuk malam. Akhirnya Yana sebulat suara untuk mengejutkan rakannya itu esok pagi. Dia beranggapan Heela sudah tertidur nyenyak tambahan lagi siang tadi rakannya itu sibuk dengan urusan program kolej.

“ Ella kitak tauk sik kitak terpilih jadi Timbalan Pengarah program Homeless yang akan datang tok. Ella, kamek sik sangka lah. Tahniah geng!” ucap Yana lalu baring di atas katil Heela yang kelihatan kemas itu. Heela masih terkebil-kebil dan dia masih mamai kerana baru bangun tidur.

“ Oh benar ka? Ok.” Kata Heela sambil mengemas ngemas rambutnya yang halus dan panjang berwarna hitam. Heela sepertinya masih tidak sedar dengan apa yang diberitahu oleh rakannya itu. Yana tahu Heela tidak mendengarnya dengan jelas.

“ Oi kawan bangun! Kitak sedar kah sik tok? KITAK JADI TIMBALAN PENGARAH TAUK SIK?” kata Yana dengan nada yang agak tinggi. Nasib baik Heela duduk dalam bilik single. Yana menggerak-gerakkan sedikit badan rakannya itu agar Heela segera sedar dari mamainya.

“ Aok, Timbalan Pengarah. Ah! Apa tek? TIMBALAN PENGARAH?” kali ini Heela pula yang bersuara tinggi. Kini dia baru sedar akan tanggungjawab yang perlu digalas olehnya, dia tiba-tiba terfikir kenapakah dia dipilih sebagai Timbalan Pengarah. Namun itu semua tinggal menjadi tanda Tanya dan dia juga yakin bahawa pilihan itu telah dibuat dengan sebulat suara oleh pihak yang terlibat memilih mahasiswa mahasiswi kolej tersebut. Heela pura-pura pengsan bersebelahan dengan rakannya dan kemudian mereka ketawa bersama.

“Assalammualaikum. Apa yang bising-bising awal pagi ni?” Tanya jiran Heela bernama Syasya. Syasya perasan bilik Heela dibiar terbuka dan mendengar suara Heela dan Yana berdekatan dengan biliknya lalu terbit rasa ingin tahu. Syasya suka bergaul dengan mereka berdua tambahan pula dia seorang yang suka berkawan dengan banyak jenis kawan dari pelbagai negeri. Syasya pun memasuki bilik Heela tanpa izin, Heela dan Syasya sudah biasa menyergah bilik masing-masing seperti itu. Kadang-kadang Heela yang masuk menyergah ke bilik Syasya itupun bila bilik mereka masing-masing terbuka luas.

Syasya seorang gadis berasal dari Melaka dan dia mula mengenali Heela dengan lebih mendalam apabila Heela tertinggal kunci di dalam bilik dan Syasya membantunya mengambil kunci tersebut. Hendak diceritakan kisahnya di sini agak lucu namun itu semua merupakan titik permulaan persahabatannya dengan Heela. Syasya yang sebelum ini merasakan Heela seorang pemalu dan pendiam kini mengetahui bahawa Heela bukan seperti yang diberitahu oleh ramai orang di kolej tersebut.

“ Ni, Syasya, Ella dia dapat jadi Timbalan Pengarah program Homeless tu. Heh.” Kata Yana masih tertawa. Syasya jadi gembira mendengar perkhabaran itu.

“ Lah, ye ke? Saya pun dapat jugak. Setiausaha.” Kata Syasya tersenyum lalu menyertai mereka berdua duduk di atas katil Heela. Mereka masing-masing kemudiannya saling menampar telapak tangan masing-masing (High-5).
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Lah, dengan budak tok ka? Kenak aku rasa aku macam kenal ngan laki tok owh?” mongel Heela di benaknya.

Heela baru sahaja mengetahui bahawa Pengarah program tersebut adalah Ikmal. Entah kenapa, dia seakan pernah mengenali Ikmal sebelum ini namun perasaan itu dibiarkan sahaja kerana dia mahu focus pada perbentangan tugas yang bakal dibentangnya kepada rakan seorganisasinya itu nanti. Sebelum mesyuarat pada hari itu juga, Ikmal dan Heela banyak berkomunikasi melalui khidmat Whatsapp dan juga melalui laman Facebook. Heela pula suka bersikap professional di mana setiap perbincangan mereka berdua hanya melibatkan urusan yang penting sahaja.

“Baiklah, Heela selaku Timbalan Pengarah mungkin ada apa-apa yang mahu dibentangkan. Jika ada.” Kata Ikmal lalu menoleh ke arah Heela. Dalam benaknya dia sebenarnya kagum adanya wanita seperti Heela, walaupun dari luar dia nampak pemalu namun apabila berorganisasi wanita itu menjadi orang yang lantang mengeluarkan pendapat namun dia memberi pendapat apabila perlu sahaja.

Heela Nampak mengelamun seketika sebelum dia akhirnya bersuara dan semua ahli organisasi tersebut memfokuskan kepadanya. Linda yang kebetulan sama dalam organisasi itu hanya mendiamkan diri kerana dia hanyalah peserta program tersebut. Dia sememangnya tidak menyangka bahawa Heela rakan sekursusnya akan menjadi Timbalan Pengarah program itu. Ada satu rasa tidak mahu menerima kenyataan Heela punyai kelebihan itu tambahan pula dalam kelas tempoh hari dia mengatakan Heela seorang yang pemalu.

“Itu lah awak pandang rendah sangat dengan Heela tu. Walaupun bahasa dia lain sakit if bercakap bahasa Semenanjung dan awak selalu perlekehkan dia, dia masih boleh survive kat sini.” Kata Sayida.

“Malaslah bercakap dengan awak ni. Dia tu bernasib baik saja, dalam kelas still pemalu lagi.” Jawab Linda tidak mahu menerima kenyataan. Dia seorang sahaja yang seakan tidak mahu mendengar Heela membentangkan kerjanya, melihat ke dalam telefon bimbit memeriksa notification Facebook, Whatsapp, Instagram tanpa mahu mengambil perhatian pada Heela. Tiba masa orang lain membentangkan tugas selain Heela barulah dia memberi fokus.

Sayida sendiri tidak faham kenapa Linda begitu tidak puas hati dengan Heela. Dia sekadar mengelengkan kepalanya apabila melihat kerenah Linda.

“Saya bukanlah tidak bersetuju dengan rancangan awal kita namun saya percaya kita perlu ada rancangan ke dua in case rancangan awal kita tidak menjadi. Adalah lebih baik kita menyediakan payung sebelum hujan supaya program ini tetap berjalan dengan lancer meski ada perubahan pada saat-saat akhir.” Jelas Heela mengakhiri gilirannya membentangkan tugas dan cadangan. Dia tidak memaksa rakan seorganisasinya itu menerima pendapatnya.

Lama Ikmal mendiamkan dirinya, rakan seorganisai lain sibuk berbincang menyebabkan keadaan sedikit riuh rendah kerana memikirkan cadangan yang dibuat oleh Heela. Ikmal kemudiannya berdehem dan membuat isyarat tangan yang boleh difahami organisasi program tersebut menandakan perhatian harus diberi kepada apa yang bakal disebutkannnya itu.

“Eloklah kita mengambil keputusan ikut majoriti. Siapa yang bersetuju dengan cadangan Heela boleh angkat tangan dan siapa yang tidak setuju boleh diamkan diri anda.” Kata Ikmal. Sejurus selepas itu, lebih kurang semua orang yang berada dalam bilik mesyuarat itu bersetuju dan mengangkat tangan manakala beberapa lagi memilih tidak mengangkat tangan dan mereka termasuk juga Linda.

Kata sepakat pun telah dibuat dan mesyuarat tersebut akhirnya berakhir. Heela mahu keluar dari bilik mesyuarat tersebut bersama Yana apabila dia baru perasan akan kehadiran Linda dan Sayida. Sayida dan Heela saling berbalas pandangan dan tersenyum sementara Linda buat-buat tidak Nampak akan kehadiran Heela. Heela memilih utuk bersangka baik dan tidak mahu memberi apa-apa sangkaan yang mungkin memburukkan keadaan.


Heela keluar bersendirian dan ketika itu dia melalui sebuah jejantas yang menghubungi LRT Titiwangsa, terdapat beberapa pengemis yang duduk dan bahkan baring beralaskan kotak yang kelihatannya sudah semakin koyak rabak malah ada kesan akibat daripada tempias semalam barangkali pada kotak tersebut. Apa pun yang berlaku, Heela harus cepat kembali kembali ke kolejnya kerana dia ada study group dengan Sayida dan seorang lagi rakan berbangsa Cina dalam kelasnya. Study group tersebut akan bermula pada jam 9.00 malam dan Heela pula perlu berada di kolej sebelum jam 6.00 petang untuk persiapan diri san membuat sedikit revision sebelum study group berjalan.

Heela sedang membawa dua kotak air pepsi ditangannya lebihan daripada makan di KFC sebentar tadi. Heela terdiam dan berhenti mengorak langkah apabila melihat pengemis di kawasan itu. Terdetik di hatinya bahawa apa pun yang berlaku sebelum ini pasti sangat menyedihkan hati yang mana menyebabkan pengemis-pengemis itu menjadi gelandangan. Ada juga dalam benaknya mengatakan mereka ini mungkin juga berpura-pura dan bahkan mungkin diupah untuk menjadi pengemis demi mendapatkan sedikit kesenangan tanpa perlu berusaha sedikit cuma.

“Adik tahan sikit lagi ye nanti mak belikan makanan untuk adik.” Kata salah seorang pengemis yang merupakan ibu kepada anaknya yang juga menjadi pengemis. Bakul yang menjadi tempat untuk orang lau lalang di situ yang mahu memberi sedekah sedikit terisi dengan duit syiling dan beberapa keping duit kertas. Anak perempuan tersebut kelihatan berumur sekitar 8-10 tahun, terdapat sedikit luka kecil di lutut dan tapak kaki anak kecil itu. Heela terpandang akan selipar anak kecil itu yang talinya sudah putus namun selipar itu tetap digunakan juga.

Heela sedang bertarung pendapat dalam jiwanya di antara mahu membantu atau membiarkan sahaja pengemis itu. Ibu kepada anak kecil itu cukup sifat anggota badan dan boleh sahaja bekerja jika dia mahu berkerja jadi apakah yang menyebabkan ibu kepada kanak-kanak tersebut tidak mahu bekerja. Seorang lagi pengemis berada tidak jauh daripada kedua beranak itu hanya menjeling seketika dan kemudian menyambung tidurnya, surat khabar yang telah disambung menggunakan pita pelekat menjadi selimutnya, ada sedikit lubang di sana sini pada selimut surat khabar tersebut.

Heela mengeluh kecil, dia teringat bahawa dia membawa dua air minuman pepsi di tangannya. Dengan pantas, Heela meletakkan air minuman tersebut di depan dua beranak tersebut dan tersenyum kepada ibu kanak-kanak itu. Heela kemudian pantas meninggalkan mereka berusaha untuk tidak bercakap dengan mereka. Biarlah apa yang dibuatnya itu menjadi rahsia antara mereka dengan Allah. Heela mengesatkan air matanya dan menoleh ke belakang memerhatikan dua beranak tersebut apabila mereka kelihatan sedang menikmati air minuman yang diberinya.

“Itu lebih baik daripada memberi sedekah berbentuk wang.” Kata Heela dalam benaknya. Nikmat yang terus diperoleh berbanding memberi wang di mana memerlukan mereka pergi membeli makanan atau apa-apa keperluan yang mereka perlu. Pada pendapat Heela, jika memberi sumbangan berbentuk wang, hasil tersebut mungkin dinikmati oleh orang yang tidak sepatutnya seperti pencuri ataupun orang yang mengupah mereka. Sama ada mereka benar-benar pengemis atau pelakon untuk mencari sedikit kesenangan, kedua-dua jenis pihak dapat menikmati sedekah berbentuk makanan atau minuman tersebut. Selain daripada makanan atau minuman, boleh juga memberi sumbangan berbentuk buku, baju, selipar dan sebaginya.

Heela kemudian kembali kepada realitinya, peristiwa dengan pengemis-pengemis itu berlaku dua minggu lepas. Hari ini, dia dan organisasi program Homeless sudah berada di dalam bas dan sedang menuju ke tapak pengemis di kawasan Chow Kit. Dia memandang kertas berisi program pada hari tersebut dan mengukir senyuman. Inilah masanya dia menabur bakti dengan lebihh meluas lagi. Yana yang berada di sebelahnya sedang sibuk dengan gajetnya. Ikmal pula duduk berhampiran dengan pemandu bas tersebut.

Erti hidup pada memberi. Memberi lah mengikut kemampuan masing-masing. Implikasi positif dari memberi mungkin tidak diperolehi di dunia, di akhirat kelak in shaa Allah, Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui akan amal setiap hamba Nya. Semua orang lahir dengan potensi masing-masing, memberi kesimpulan awal tanpa mengenali siapa sebenarnya seseorang memakan diri sendiri bahkan juga akhirnya mungkin memalukan diri sendiri kerana bertindak tanpa berfikir panjang. Seseorang mungkin kelihatan lemah dan penuh dengan kekurangan tapi itu bukan alasan untuk tidak dapat memberi dan menyalurkan kelebihan lain untuk kepentingan masyarakat. 


*Sekian*

Hasil tulisan: Sang Penulis


No comments:

Post a Comment