Aku sedang berada di sebuah taman yang belum pernah aku jumpai selama ini di sebuah tempat di atas muka bumi ini. Anehnya, seakan tidak pernah ada orang yang melalui taman itu kerana bahagian depannya dihiasi dengan bunga bungaan yang langsung seakan tidak pernah diterokai mahupun dijejaki sebelumnya.
Aku lihat dan aku sentuh bunga bunga itu. Bunga ros putih. Ya, sebuah taman penuh dengan bunga ros putih di bahagian depannya lalu ku terus berjalan melalui ros putih tersebut. Tiba-tiba aku terpandang akan sebuah ros merah dalam kalangan ros ros putih yang sedang mekar indah pandangan mata ciptaanNya.
Aku jadi tersenyum. Aku terfikir . Aku mahu seperti ros merah itu. Satu yang semestinya tidak sama dengan yang lain. Meski kelihatan tidak kuat kerana hanya sendiri di situ, tetap mekar indah kuat dengan durinya. Meski terkadang ia jatuh kerana lalai dengan tujuannya tumbuh di muka bumi ini, tapi itu bukanlah satu pengakhiran. Si ros merah perlu menguatkan kembali akarnya sumber kekuatan dirinya sebagai bunga ros, bunga bunga lain hairan dia mungkin tidak sesuai di situ. Si ros merah banyak kali layu disebabkan kata kata bunga ros lain, enggan menunjukkan mekarnya. Suatu hari, hujan turun membawa harapan baru dan dia, mekar kembali. Lantas bunga ros merah semenjak itu tidak mahu berhenti berharap.
Bunga ros merah itu aku cium dan aku ambil gambarnya dan aku tahu bukan selalu ada kesempatan begini. Aku kemudian masuk lagi ke dalam perut laman lalu ku lihat kehijauan.
Hijaunya indah dengan langit biru yang tidak berawan. Tapi tidak panas. Tempat apakah ini? Aku hairan. Pokok pokok besar dengan daun kanopinya hijau menutupi serba sedikit sinaran matahari dari turun ke bumi. Aku lihat tanah. Rata. Rumput pun pendek tapi lebat. Aku senang di sini lalu aku terpana dengan keindahan alam seterusnya. Ku lihat ke belakang, kawasan yang menempatkan bunga ros sudah tidak kelihatan. Aku mungkin sudah jauh ke dalam.
Tiba tiba ku temui sebuah kerusi buatan besi berwarna gelap, kelihatannya sudah lama di situ. Ada sebuah meja juga berwarna hitam di sebelah kerusi itu. Lalu aku berjalan agak laju lalu duduk di kerusi itu melepas lelah. Ku pandang atas, ku lihat langit lalu mataku pejam menghayati angin yang terkadang melalui lembut menampar pipiku. Indahnya. SubhanAllah.
Tiba tiba langit bertukar kelam gelap dengan lajunya. Mendung dan aku seorang diri. Takut. Badan menggeligil disebabkan angin yang semakin kuat. Lalu ku terpandang sesuatu di atas meja di sebelahku. Sebuah botol kaca terbuka dan dapat dilihat isinya dari luar. Seakan dia pernah melihat pemandangan itu.
Rumput mula bertukar hitam disebabksn tanah yang meliputinya akibat sngin kuat dan juga dedaunan kering berwarna coklat. Aku melihat ke dalam botol bersaiz sederhana itu lalu ku lihat ianya adalah replika yang sama seperti taman yang dilaluinya. Cumanya replika ini seakan hidup. Aku lihat sekeliling dan ku rasakan keadaan menjadi semakin tidak seperti sebelumnya.
Aku mula panik dan kemudian menjerit meminta tolong. Pada saat itu, aku terduduk di atas tanah dan botol yang aku pegang tadi juga jatuh ke atas tanah. Ku lihat sejambak bunga ros putih bersama seputik bunga ros merah keluar darinya lalu dengan keajaiban bunga itu tumbuh di atas tanah menyerikan suasana. Aku terfikir, apakah ini benar? Ada rasa di hati mengatakan bolrh jadi semuanya akan kembali membaik andai aku cuba keluarkan semua isinya?
Aku pun menterbalikkan botol itu namun tiada satu pun membuahkan hasil. Aku terus merasa seram sejuk dengan keadaan sekeliling dan melupakan botol itu. Buntu. Kemaruk mahu menyelamatkan diri tapi diri tidak dapat penyelesaiannya. Fikiran pula serba serbi tidak terurus.
Ini memori pahitku yang dulunya manis. Kepahitan memori mengubah pemandangan indah ini namun memori indah masih terus dalam hidupku. Aku sendiri buntu, mungkin juga aku sendiri takut untuk menghadapi kepahitan sehingga aku lupa ada manis kehidupan yang sebenarnya boleh dikecapi. Aku rindu memori indah itu, namun aku dah semakin jauh. Setiap masa aku melihat botol itu, ku teringat memori manis itu dan takkan pernah bisa aku melupakannya.
Apakah ini salahku? Aku ingin memori indah itu kembali namun hidup tidak selamanya mudah seperti yang dijangka.
Aku selalu mendoakannya dalam doaku sentiasa menyebut tentangnya kerana aku kini hanya mampu melakukan itu sahaja buat masa ini. Aku dengan diriku dan memori itu tetap ada. Andai keadaan pemandangan berubah kembali, adakah keadaan akan sama seperti dulu? Apakah ada harapan itu? Itu juga menjadi sebab aku buntu begini.
Aku kini mahu seperti bunga ros merah itu, layu dan lemah tapi tidak mahu berhenti berharap menguatkan akarnya kerana itulah buah kekuatan untuk terus hidup.
Mungkinkah ada taman hijau nan indah itu kembali?
Bintulu, Sarawak.
No comments:
Post a Comment