6.11.2012

Pengemis Buta yang Suka Menghina


" Wahai saudaraku! Jangan engkau dekati Muhammad itu. Dia orang gila. Dia pembohong. Dia tukang sihir. Jika engkau mendekatinya, engkau akan dipengaruhinya dan engkau akan menjadi seperti dia," kata seorang pengemis buta Yahudi berulang-ulang kali di satu sudut pasar di Madinah setiap pagi sambil tangannya menadah meminta belas orang yang lalu-lalang.

Orang yang lalu-lalang di pasar itu ada yang menghulurkan sedekah kerana kasihan malah ada juga yang tidak mempedulikan langsung.

Pada setiap pagi, kata-kata menghina Rasulullah SAW itu tidak lekang daripada mulutnya seolah-olah mengingatkan kepada orang ramai supaya jangan terpedaya dengan ajaran Rasulullah SAW. Seperti biasa juga Rasulullah SAW ke pasar Madinah. Apabila baginda sampai, baginda terus mendapatkan pengemis buta Yahudi itu sambil menyuapkan makanan ke mulut dengan lembut dan bersopan tanpa berkata apa-apa.

Pengemis buta Yahudi yang tidak pernah bertanya siapakah yang menyuapkan itu begitu berselera sekali apabila ada orang yang baik hati memberi dan menyuapkan makanan ke mulutnya.

Perbuatannnya itu dilakukan setiap hari sehinggalah baginda wafat. Sejak kemangkatan baginda, tidak ada sesiapa yang sudi menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu setiap pagi.

gambar hiasan


Pada suatu pagi, Saidina Abu Bakar RA pergi ke rumah anaknya, Siti Aisyah yang juga merupakan isteri Rasulullah SAW untuk bertanyakan sesuatu kepadanya.

" Wahai anakku Aisyah. Apakah kebiasaan yang Muhammad lakukan setiap pagi apabila beliau ke pasar?" Tanya Saidina Abu Bakar sebaiknya duduk di dalam rumah Aisyah.

" Ayahandaku. Boleh dikatakan apa sahaja yang Rasulullah lakukan, ayahanda telah melakukan kecuali satu," beritahu Aisyah sambil duduk melayan Saidina Abu Bakar RA menghadapi hidangan yang disediakan.

" Apakah dia wahai anakku, Aisyah?"

" Setiap pagi Rasulullah akan membawa makanan untuk seorang pengemis buta Yahudi di satu sudut di pasar Madinah dan menyuapkan makanan ke mulutnya. Sejak pemergian Muhammad, sudah tentu tidak ada sesiapa lagi yang menyuap makanan kepada pengemis itu lagi," beritahu Aisyah kepada ayahandanya seolah-olah kasihan dengan nasib pengemis itu.

" Kalau begitu, ayahanda akan lakukan seperti apa yang Muhammad lakukan setiap pagi. Kamu sediakanlah makanan yang selalu dibawa oleh Muhammad untuk pengemis itu," beritahau Saidina Abu Bakar RA kepada anaknya.

Pada keesokan harinya, Saidina Abu Bakar RA membawakan makanan yang sama seperti apa yang Rasulullah SAW berikan kepada pengemis buta itu sebelum ini. Setelah puas mencari, akhirnya Saidina Abu Bakar RA bertemu juga dengan pengemis buta itu. Saidina Abu Bakar segera menghampiri dan terus menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu.

" Hei...siapakah kamu? Berani kamu menyuapiku?" Pengemis buta itu mengherdik Saidina Abu Bakar RA. Pengemis itu terasa lain benar perbuatan Saidina Abu Bakar RA itu.

" Akulah orang yang selalu menyuapimu setiap pagi," kata Saidina Abu Bakar RA sambil memerhatikan wajah pengemis buta itu yang nampak marah.

" Bukan! Kamu bukan orang yang selalu menyuapiku setiap pagi. Perbuatan orang itu terlalu lembut dan bersopan. Aku dapat merasakannya, dia terlebih dahulu akan menghaluskan makanan itu kemudian barulah menyuap ke mulutku. Tapi kali ini terasa sangat susah aku hendak menelannya," balas pengemis buta itu lagi sambil menolak tangan Saidina Abu Bakar RA yang masih memegang makanan itu.

" Ya, aku mengaku. Aku bukan orang yang biasa menyuapimu setiap pagi. Aku adalah sahabatnya. Aku menggantikan tempatnya," beritahu Saidina Abu Bakar RA sambil mengesat air matanya yang sedih melihat perubahan pengemis buta itu.

" Tetapi ke manakan perginya orang itu dan siapakah dia?" Tanya pengemis buta itu.

" Dia ialah Muhammad Rasulullah. Dia telah kembali ke rahmatullah. Sebab itulah aku menggantikan tempatnya," jelas Saidina Abu Bakar RA dengan harapan pengemis buta itu berpuas hati.

" Dia Muhammad Rasulullah?" kata pengemis buta itu dengan suara yang terkedu.

" Mengapa kamu terkejut? Dia insan yang sangat mulia," beritahu Saidina Abu Bakar RA. Tidak semena-mena pengemis buta itu menangis sepuas-puasnya. Setelah agak reda, barulah dia bersuara.

" Benarkah dia Muhammad Rasulullah?" Pengemis buta itu mengulangi lagi pertanyaan seolah-olah tidak percaya dengan berita yang baru didengarinya.

" Ya, benar. Kamu tidak percaya?"

" Selama ini aku menghina, aku memfitnahnya tetapi dia sedikit pun tidak pernah memarahiku malah dia terus juga menyuap makanan ke mulutku dengan sopan dan lembut. Sekarang aku telah kehilangannya sebelum sempat aku memohon ampun kepadanya," ujar penegemis buta itu sambil menangis teresak-esak.

" Dia memang insan yang sangat mulia. Kamu tidak akan berjumpa dengan manusia semulia itu selepas ini kerana dia telah meninggalkan kita," beritahu Saidina Abu Bakar RA sambil menepuk bahu pengemis buta itu.

" Kalau begitu, aku mahu kamu menjadi saksi. Aku ingin mengucapkan kalimah syahadah dan aku memohon keampunan Allah," ujar pengemis buta itu.

Selepas peristiwa itu, pengemis itu telah memeluk Islam di hadapan Saidina Abu Bakar RA. Keperibadian Rasulullah SAW telah memikat jiwa pengemis buta itu untuk mengakui ke-Esaan Allah.


gambar hiasan


P/s: sobs..sobs.. kisah yang sangat mengharukan. T_T. Begitulah akhlak Rasulullah SAW dan sahabat2 baginda.

Betapa baiknya hati budi Rasulullah SAW kepada orang yang membencinya malah dibalas pula dengan kebaikan. SubhanAllah.



Kuala Lumpur


3 comments:

  1. subhanallah..
    betapa mulianya hati baginda rasulullah s.a.w. dan sahabat..
    selawat dan salam kpd baginda.

    ~akhlak mulia tu dakwah yang terbaik.

    ReplyDelete
  2. :D
    Jazakillahukhair share crita tok :D

    ReplyDelete