6.15.2012

Berdialog Dengan Iblis



Pada satu hari Rasulullah SAW baru keluar dari masjid untuk pulang ke rumah. Sebaik sahaja Rasulullah SAW keluar dari pintu masjid, Rasulullah SAW telah bertemu dengan iblis. Rasulullah SAW segera mengeur iblis.

" Hai iblis, apakah yang menyebabkan engkau datang ke pintu masjid ini?"

" Wahai Muhammad, Allah telah menyuruh aku supaya datang ke mari," beritahu iblis tanpa berselindung.

" Untuk apa?" Tanya Rasulullah SAW yang tidak menyenangi kehadiran iblis yang juga musuh ketatnya.

Lalu segera dijawab iblis, " Supaya engkau bertanya kepadaku mengenai apa sahaja supaya engkau tahu."

" Baiklah. Mengapa engkau selalu menghalangi umatku daripada mengerjakan solat berjemaah?" Tanya Rasulullah SAW kepada iblis.

" Wahai Muhammad, apabila umatmu keluar untuk mengerjakan solat berjemaah, aku berasakan diriku teramat panas dan tidak akan hilang selagi mereka mengubah fikiran untuk ke tempat lain," jawab iblis.

" Hai iblis, mengapa pula engkau menghalangi umatku daripada membaca Al-Quran?"



" Wahai Muhammad, apabila umatmu membaca al-Quran aku berasakan diriku menjadi hancur lebur seperti timah sedang dibakar." Iblis menjawab.

Kemudian Rasulullah SAW bertanya lagi, " Hai iblis, mengapa engkau menghalangi umatku untuk berjuang ke jalan Allah?"

Lalu dijawab iblis, " Wahai Muhammad, apabila umatmu keluar untuk berjuang, kaki tanganku akan terikat sehingga mereka kembali daripada perjuangan."

" Mengapa pula engkau menghalangi umatku daripada mengerjakan fardu haji?"

" Wahai Muhammad, apabila umatmu mengerjakan haji, aku akan terikat dengan rantai yang membelenggu dan apabila mereka hendak bersedekah maka di atas kepalaku terletak satu gergaji yang menggergaji kepalaku seperti kayu sedang digergagi." Jawab Iblis.

Pada suatu ketika yang lain, iblis telah datang kepada Rasulullah SAW dengan menyamar sebagai seorang tua yang bersih sedang memegang tongkat.

" Siapakah engkau wahai orang tua?" Tanya Rasulullah SAW.

" Aku adalah iblis," jawab lelaki tua itu.

" Mengapa pula engkau datang ke mari?"

" Sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku datang kepadamu bagi menjawab beberapa persoalan yang belum aku jawab," jawab iblis lagi.

" Baiklah iblis. Aku ingin tahu berapa ramaikah musuhmu daripada umatku?"

" Ada lima musuhku daripada umatmu."

"Siapakah mereka yang engkau maksudkan itu, hai iblis?"



Lalu jawab iblis, " Mereka ialah:


  • Engkau sendiri hai Muhammad
  • Imam atau pemimpin yang adil
  • Orang kaya yang merendah diri
  • Pedagang yang jujur
  • Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk
  • Orang mukmin yang suka memberi nasihat
  • Orang mukmin yang suka berkasih sayang
  • Orang yang selalu bertaubat
  • Orang yang warak dan sering meninggalkan perkara haram
  • Orang mukmin yang selalu bersuci
  • Orang mukmin yang banyak sedekahnya
  • Orang mukmin yang baik akhlaknya
  • Orang mukmin yang membri manfaat kepada orang lain
  • Orang yang hafal al-Quran dan membacanya selalu
  • Orang mukmin yang mengerjakan solat malam ketika orang lain tidur."


Setelah iblis menjawab, Rasulullah SAW bertanya lagi.

" Siapakah pula teman-temanmu, iblis?"

Iblis menjawab, " Wahai Muhammad. Ada 10 teman. Mereka ialah:


  • Hakim yang tidak adil
  • Orang kaya yang sombong
  • Pedagang yang suka menipu
  • Peminum arak
  • Orang yang memutuskan tali persaudaraan
  • Mereka yang memakan harta riba
  • Mereka yang memakan harta anak yatim
  • Orang yang mempermudahkan solat
  • Orang yang enggan membayar zakat
  • Orang yang banyak berangan-angan."


Kemudian Rasulullah SAW bertanya lagi, " Siapakah pula bala tenteramu, iblis?"

" Kalau engkau mahu tahu, tenteraku ialah mereka yang bersifat rakus, muazinku ialah orang yang salah bacaan al-Qurannya, pembacaku ialah penyanyi dan mereka yang menyetujuiku ialah orang yang menghiris, menoreh muka, badan dan tangannya kemudian dibubuh nila atau orang yang meminta dibuat demikian."


P/s: Sedar atau tidak, cerita ini banyak memberi pengajaran kepada sesiapa sahaja termasuk diri sang penulis sendiri. Terkena batang hidung sendiri, masih belum terlambat untuk kita bertaubat dan buat perbaiki diri insyaAllah. Allah Maha Mengasihi dan Maha Penyayang terhadap hamba-hamba Nya.


Kuala Lumpur




6.13.2012

Man Jadda Wajada

Minggu exam kini dialami oleh kebanyakan pelajar universiti. Ujian final exam. Entah kenapa, semasa exam ni terasa rajin nak meng-update blog nih. :-) Moga sang pembaca mendapat sedikit manfaat daripadanya... Fuhh.. semestinya semua pelajar termasuk sang penulis mengharapkan yang terbaik, tapi jangan sekali-kali mengharapkan yang terbaik kalau kita tak buat yang terbaik bagi menghadapi exam ini.



Di saat sibuk menyiapkan diri dengan peperiksaan, kita jangan lupa dengan Allah. Kerana Allah lah yang Maha Berkuasa dalam membantu hamba-Nya. Sedar atau tidak, ada je student yang top top dalam akademiknya tapi dalam dewan peperiksaan otaknya blank, dan ada je student yang tak baca banyak apa pun tapi bila masuk dewan peperiksaan, segala yang dibacanya keluar tanpa disangka-sangka meski dia tidak membaca keseluruhan bab dengan teliti. SubhanAllah Allah Maha Berkuasa terhadap hamba-hambaNya. Berdoalah kepada-Nya untuk dapat yang terbaik

Percayalah pada janji Allah itu. Allah akan memakbulkan doa hamba-Nya yang meminta sama ada cepat atau lambat. Segala berada dalam kekuasaan Allah. Kita hanya merancang yang menentukannya adalah Allah. Semua orang layak untuk berjaya dan semua orang mahu untuk berjaya, kan? Ha? Blog ni dah jadi blog motivasi pelajar pulak ye.. :-)



Itulah kekuasaan Allah terhadap hamba-hamba Nya. Apa-apa pun semua kena back to Allah yang memegang hati-hati kita, Dia lebih mengetahui mana yang terbaik untuk kita. Tapi kita kena usaha sebab Allah suruh kita usaha. Teringat dengan formula ni, Usaha+Doa+Tawakal=Hasil. InsyaAllah kita semua berusaha untuk mendapatkan yang terbaik untuk exam ini. Menjadi pelajar top score juga adalah sebahagian daripada dakwah, tahu?

Seperti itulah juga hari akhirat nanti. Exam itu umpama kita sedang dihisab oleh Allah, manakala persediaan sebelum peperiksaan umpama kita mengumpul bekalan di dunia sebelum berjumpa dengan Allah untuk dihisab. Dan pada hari kita mendapat result umpama kita sedang menanti keputusan dari Allah sama ada syurga atau neraka.

Teruslah melangkah sehingga ke penghujungnya kerana percayalah di atas sana ada satu pemandangan yang sangat indah untuk dilihat. Teruslah mendaki tali itu untuk naik ke atas dengan usahamu yang tak pernah lelah. Kuatkan diri dengan adanya Allah pada setiap ruang hidup kita.

Bersedialah sebelum datangnya hari 'itu' semampu yang boleh. InsyaAllah. Peringatan jua buat diri sendiri.



Kuala Lumpur



6.11.2012

Pengemis Buta yang Suka Menghina


" Wahai saudaraku! Jangan engkau dekati Muhammad itu. Dia orang gila. Dia pembohong. Dia tukang sihir. Jika engkau mendekatinya, engkau akan dipengaruhinya dan engkau akan menjadi seperti dia," kata seorang pengemis buta Yahudi berulang-ulang kali di satu sudut pasar di Madinah setiap pagi sambil tangannya menadah meminta belas orang yang lalu-lalang.

Orang yang lalu-lalang di pasar itu ada yang menghulurkan sedekah kerana kasihan malah ada juga yang tidak mempedulikan langsung.

Pada setiap pagi, kata-kata menghina Rasulullah SAW itu tidak lekang daripada mulutnya seolah-olah mengingatkan kepada orang ramai supaya jangan terpedaya dengan ajaran Rasulullah SAW. Seperti biasa juga Rasulullah SAW ke pasar Madinah. Apabila baginda sampai, baginda terus mendapatkan pengemis buta Yahudi itu sambil menyuapkan makanan ke mulut dengan lembut dan bersopan tanpa berkata apa-apa.

Pengemis buta Yahudi yang tidak pernah bertanya siapakah yang menyuapkan itu begitu berselera sekali apabila ada orang yang baik hati memberi dan menyuapkan makanan ke mulutnya.

Perbuatannnya itu dilakukan setiap hari sehinggalah baginda wafat. Sejak kemangkatan baginda, tidak ada sesiapa yang sudi menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu setiap pagi.

gambar hiasan


Pada suatu pagi, Saidina Abu Bakar RA pergi ke rumah anaknya, Siti Aisyah yang juga merupakan isteri Rasulullah SAW untuk bertanyakan sesuatu kepadanya.

" Wahai anakku Aisyah. Apakah kebiasaan yang Muhammad lakukan setiap pagi apabila beliau ke pasar?" Tanya Saidina Abu Bakar sebaiknya duduk di dalam rumah Aisyah.

" Ayahandaku. Boleh dikatakan apa sahaja yang Rasulullah lakukan, ayahanda telah melakukan kecuali satu," beritahu Aisyah sambil duduk melayan Saidina Abu Bakar RA menghadapi hidangan yang disediakan.

" Apakah dia wahai anakku, Aisyah?"

" Setiap pagi Rasulullah akan membawa makanan untuk seorang pengemis buta Yahudi di satu sudut di pasar Madinah dan menyuapkan makanan ke mulutnya. Sejak pemergian Muhammad, sudah tentu tidak ada sesiapa lagi yang menyuap makanan kepada pengemis itu lagi," beritahu Aisyah kepada ayahandanya seolah-olah kasihan dengan nasib pengemis itu.

" Kalau begitu, ayahanda akan lakukan seperti apa yang Muhammad lakukan setiap pagi. Kamu sediakanlah makanan yang selalu dibawa oleh Muhammad untuk pengemis itu," beritahau Saidina Abu Bakar RA kepada anaknya.

Pada keesokan harinya, Saidina Abu Bakar RA membawakan makanan yang sama seperti apa yang Rasulullah SAW berikan kepada pengemis buta itu sebelum ini. Setelah puas mencari, akhirnya Saidina Abu Bakar RA bertemu juga dengan pengemis buta itu. Saidina Abu Bakar segera menghampiri dan terus menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu.

" Hei...siapakah kamu? Berani kamu menyuapiku?" Pengemis buta itu mengherdik Saidina Abu Bakar RA. Pengemis itu terasa lain benar perbuatan Saidina Abu Bakar RA itu.

" Akulah orang yang selalu menyuapimu setiap pagi," kata Saidina Abu Bakar RA sambil memerhatikan wajah pengemis buta itu yang nampak marah.

" Bukan! Kamu bukan orang yang selalu menyuapiku setiap pagi. Perbuatan orang itu terlalu lembut dan bersopan. Aku dapat merasakannya, dia terlebih dahulu akan menghaluskan makanan itu kemudian barulah menyuap ke mulutku. Tapi kali ini terasa sangat susah aku hendak menelannya," balas pengemis buta itu lagi sambil menolak tangan Saidina Abu Bakar RA yang masih memegang makanan itu.

" Ya, aku mengaku. Aku bukan orang yang biasa menyuapimu setiap pagi. Aku adalah sahabatnya. Aku menggantikan tempatnya," beritahu Saidina Abu Bakar RA sambil mengesat air matanya yang sedih melihat perubahan pengemis buta itu.

" Tetapi ke manakan perginya orang itu dan siapakah dia?" Tanya pengemis buta itu.

" Dia ialah Muhammad Rasulullah. Dia telah kembali ke rahmatullah. Sebab itulah aku menggantikan tempatnya," jelas Saidina Abu Bakar RA dengan harapan pengemis buta itu berpuas hati.

" Dia Muhammad Rasulullah?" kata pengemis buta itu dengan suara yang terkedu.

" Mengapa kamu terkejut? Dia insan yang sangat mulia," beritahu Saidina Abu Bakar RA. Tidak semena-mena pengemis buta itu menangis sepuas-puasnya. Setelah agak reda, barulah dia bersuara.

" Benarkah dia Muhammad Rasulullah?" Pengemis buta itu mengulangi lagi pertanyaan seolah-olah tidak percaya dengan berita yang baru didengarinya.

" Ya, benar. Kamu tidak percaya?"

" Selama ini aku menghina, aku memfitnahnya tetapi dia sedikit pun tidak pernah memarahiku malah dia terus juga menyuap makanan ke mulutku dengan sopan dan lembut. Sekarang aku telah kehilangannya sebelum sempat aku memohon ampun kepadanya," ujar penegemis buta itu sambil menangis teresak-esak.

" Dia memang insan yang sangat mulia. Kamu tidak akan berjumpa dengan manusia semulia itu selepas ini kerana dia telah meninggalkan kita," beritahu Saidina Abu Bakar RA sambil menepuk bahu pengemis buta itu.

" Kalau begitu, aku mahu kamu menjadi saksi. Aku ingin mengucapkan kalimah syahadah dan aku memohon keampunan Allah," ujar pengemis buta itu.

Selepas peristiwa itu, pengemis itu telah memeluk Islam di hadapan Saidina Abu Bakar RA. Keperibadian Rasulullah SAW telah memikat jiwa pengemis buta itu untuk mengakui ke-Esaan Allah.


gambar hiasan


P/s: sobs..sobs.. kisah yang sangat mengharukan. T_T. Begitulah akhlak Rasulullah SAW dan sahabat2 baginda.

Betapa baiknya hati budi Rasulullah SAW kepada orang yang membencinya malah dibalas pula dengan kebaikan. SubhanAllah.



Kuala Lumpur


6.10.2012

41 : 53


Biarpun tak tahu apa yang patut ditulis pada entri pada kali ini, namun sang penulis berasa terpanggil untuk menulis sesuatu. Meninggalkan blog ini tanpa entri terlalu lama merupakan sesuatu yang sang penulis cuba elakkan kerana menulis itu sememangnya kegemaran sang penulis pada hakikatnya... :) Meski isi entri2 yang pernah sang penulis tuliskan mungkin agak berat bagi sesetengah individu, mungkin terlalu mendalam dan mungkin juga agak keluar daripada topik..namun sang penulis menulis apa yang sang penulis fikirkan.

Tidak salah menulis sesuatu yang kita tak dapat keluarkan melalui kata-kata..namun lebih baik apa yang kita tulis itu juga boleh pula keluar melalui lisan.


Setiap kejayaan yang kita perolehi di dunia ini adalah terjadi dengan kehendak Allah jua. Malah kejayaan kita lahir ke dunia ini adalah dengan kehendak-Nya jua, manusia adalah sebaik-baik ciptaan yang diciptakan Allah SWT. Malah penciptaannya juga banyak membuktikan kebesaran dan keagungan Allah itu sendiri.

Betapa kuasa besarnya Allah apabila dia mencipta otak manusia dengan pelbagai fungsi dan kegunaannya. Malah dalam setiap kita makan dan merasai pelbagai rasa makanan, terdapat banyak taste cells di dalam taste buds iaitu pada organ lidah terangsang dan rangsangan ini dihantar kepada otak untuk diproses dan kemudian kita dapat merasa makanan itu dan berkata, "..manisnya..", "...pahitnya..", "...sedapnya..", "..masin lah wei.." n so on kan? 



Allah juga mencipta pelbagai receptors di dalam kulit manusia baik untuk Meissner, Merkel, Pacinian atau Ruffini's endings masing-masing mempunyai fungsi dalam mekanisma sentuhan manusia. Dan terkadang receptor-receptor ini saling berkomunikasi dalam memproses satu sentuhan yang pelbagai dan menghantarnya pada otak untuk diproses dan kemudian dihantar balik kepada kulit dan akhirnya kita berkata... "..panasnya air ni..", "..lembutnya kain ni..", "..kerasnya kulit tangan you.." and so on kan?

Allah SWT juga mencipta rasa sakit dalam kulit manusia yang dikenali sebagai Pain Perception. Rasa sakit ini lebih bertindak sebagai satu elemen untuk melindungi diri manusia itu sendiri. Lihatlah Allah Maha Penyayang dan Maha Pengasih mencipta rasa sakit itu untuk melindungi kita. Misalnya sang pembaca tidak ada perasaan merasa sakit, tentu sang pembaca tidak sedar yang sang pembaca sedang cedera dan berdarah banyak...disebabkan sang pembaca mahupun sang penulis tidak sedar akan perasaan merasa sakit berdarah itu, maka kita tidak berusaha untuk mengurangkan rasa sakit tersebut sebab kita tak rasa apa-apa. Hmm.. ? Pain Perception serves as an important protection function to our body.

Firman Allah SWT:

" Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kebesaran) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehinggalah jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar. Tidak cukupkah (bagi kamu) bahawa Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?

Fussilat 41 : 53


Itulah dia kekuasaan Allah, sangat banyak dan tak terkira... :-) SubhanAllah.




Kuala Lumpur


6.05.2012

Kenapa Blog?



Sesungguhnya di sebalik penciptaan langit dan bumi ada tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang2 yang berfikir dan melihat. 






Banyak juga blog-blog yang sang penulis kunjungi semenjak sang penulis mencebur diri dalam dunia bloggers. Sang penulis teringat masa mula2 nak tulis blog semua kerana mahu merit/pahala di akhirat yang takkan pernah putus insyaAllah. Tulisan yang memberi manfaat kepada sang pembaca sekalian insyaAllah. Cuba untuk mendapatkan pahala seperti itu. 



6.03.2012

Pemulihan Lokus Kawalan (Recovery Locus of Control) Part 5



Partridge (1985) mendapati bahawa kawalan perseksi (perceived control) memainkan peranan penting dalam pengambaran keadaan sendiri bagi pesakit yang menjalankan pemulihan selepas menghidap strok melalui perwakilan mental (mental representation). 



Lokus Kawalan (Locus of Control) Part 4



Lokus kawalan (locus of control) merupakan satu konsep yang dibangunkan oleh seorang ahli psikologi yang bernama Julian Rotter pada tahun 1950-an. Rotter mencadangkan bahawa persepsi seseorang adalah ditentukam oleh lokus kawalan mereka sendiri. Lokus kawalan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu, lokus kawalan dalaman (Internal Locus of Control) dan lokus kawalan luaran (External Locus of Control). Mereka yang mempunyai lokus kawalan dalaman memegang kepercayaan bahawa mereka dapat mengawal nasib mereka sendiri. Mereka cenderung untuk menyakini bahawa kemahiran, keupayaan dan usaha mereka sendiri menentukan sebahagian besar pengalaman hidup mereka. Sebaliknya, orang dengan lokus kawalan luar mempercayai bahawa kehidupan mereka kebanyakannya ditentukan oleh sumber-sumber luaran seperti nasib, peluan atau sumber lain yang mempunyai kuasa.


Efikasi Kendiri (Self-Efficacy) Part 3



Bandura (1995) menjelaskan efikasi kendiri (self-efficacy) sebagai kepercayaan kepada keupayaan seseorang untuk mengorganisasi dan melaksanakan sesiri aksi yang dikehendaki untuk menangani pelbagai situasi. Prinsip asas teori efikasi kendiri ialah pencapaian dan motivasi individu ditentukan oleh kepercayaan terhadap diri sendiri (Bandura 1982). Individu lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam aktivti yang mereka mempunyai efikasi kendiri yang tinggi berbanding dengan aktiviti yang lain (Van der Bijl & Shortridge-Baggett 2002). Efikasi kendiri menyediakan asas kepada motivasi manusia (human motivation), kesejahteraan (well-being), dan pencapaian peribadi (personal accomplishment). Hal ini disebabkan individu mempunyai insentif yang tinggi untuk menghadapi cabaran dan dapat menjana hasil yang diingini apabila individu tersebut diberi kepercayaan.



Aplikasi Teori Kognitif Sosial Part 2



Struktur yang Bandura membentangkan dalam Teori Kognitif Sosial (SCT) merangkumi komponen-komponen penting yang perlu kita mengambil perhatian apabila mengalami proses pengubahsuaian tingkah laku. Penekanan SCT Bandura mewujudkan rangka fleksibel untuk memperbaiki pelbagai situasi bekerja dan tabiat peribadi. Pendekatan beliau adalah mudah, menggunakan persefahaman bersama, dan berorientasikan tindakan, mengabaikan abstrak untuk kebolehan kerja.
SCT mengambil kira faktor peribadi (personal), faktor persekitaran (environmental), dan faktor tingkah(behavioral), menjadikannya satu model yang berguna untuk prosedur terapeutik dan kaunseling (Pajares). Bandura membentangkan pengawalan sendiri (self-regulation) sebagai kunci kepada pertumbuhan dan pembelajaran; ciri ini melibatkan mengawal tingkah laku kita sendiri (Boeree).  Bandura mengemukakankan sekurang-kurangnya tiga langkah terhadap penggunaan fungsi pengawalan sendiri yang berkesan. 


Pertama sekali, kita mengamalkan pemerhatian sendiri (self-observation), iaitu memerhatikan tingkah laku sendiri dan mencatatkan corak-corak tersebut. Kedua, kita mesti membandingkan apa yang kita dapat memerhatikan daripada diri kita dengan sesuatu piawaian. Peringkat ini dikenali sebagai pertimbangan atau penghakiman (judgement) di mana kita boleh menggunakan piawaian tradisional, menciptakan piawaian subjektif, atau bersaing dengan orang lain dalam perbandingan. Elemen ketiga ialah tindakansendiri (self-response). Selepas membuat pertimbangan dan mewujudkan piawaian, kita menetapkan satu sistem pengukuhan (system of reinforcements) (White). Pengukuhan ini akan diaplikasikan dalam ganjaran kepada diri anda kerana mampu mencapai sasaran seharian dan juga dalam hukuman terhadap diri anda keranan kegagalan untuk mencapai sasaran seharian. 
Namun begitu, hukuman diri (self-punishment) yang berlebihan boleh memudaratkan dan perlu dilaksanakan dengan berhati-hati. Bandura telah menyatakan tiga akibat hukuman diri yang berlebihan, iaitu pampasan (compensation), tidak aktif (inactivity), dan melarikan diri(escape). Pampasan adalah serupa dengan kompleks tinggi diri di mana keadaan fikiran yang membuat seseorang bertindak seolah-olah dia lebih baik atau penting daripada orang lain sesungguhpun dia berasa mereka lebih baik daripada dirinya.  Tidak aktif merujuk kepada sikap tidak mengambil peduli, kebosanan atau kemurungan. Akibat yang paling teruk ialah melarikan diri, termasuklah menyalahgunakan dadah dan alcohol, bahkan bunuh diri. 
 Idea-idea di sebalik kawalan diri telah dimasukkan ke dalam teknik terapi yang dipanggil terapi kawalan diri (self-control therapy). Terapi ini adalah agak berjaya dalam menangani masalah yang agak mudah menjadi kebiasaan seperti merokok dan makan berlebihan. Terdapat 3 komponen dalam terapi ini yang menumpukan perhatian kepada kepercayaan diri, faktor persekitaran dan tingkat laku seperti yang ditekankan oleh Bandura. Komponen-komponen itu termasuklah carta tingkah laku (behavioural chart), perancangan alam sekitar (environmental planning), dan kontrak diri (self-contracts).
Terapi ini dimulakan dengan mencatatkan tingkah laku pada peringkat awal. Tujuan carta tingkah laku ini adalah untuk membantu seseorang untuk melihat di mana dan waktu apabila dia mengamalkan sesuatu tingkah laku. Dan seterusnya daripada petunjuk mencari ‘isyarat’ yang mencetuskan tabiat tersebut. Selepas mengenalpasti faktor pencetusan tingkah laku tersebut, seseorang boleh mula untuk mengubah persekitaran di sekitarnya melalui perancangan alam sekitar. Pemupukan tabiat yang lebih baik dan bukannya berhenti carayang ketinggalan zaman adalah lebih berkesan dalam proses perubahan tingkah laku. Langkah terakhir terapi ini adalah untuk mewujudkan kontrak kendiriyang boleh dilaksanakan bersendirian di bawah arahan profesional atau sokongan rakan, iaitu satu set ganjaran kerana berjaya mengikuti sesi terapi dan penalti untuk yang sebaliknya.
 Oleh itu, melalui proses kawalan sendiri dan efikasi diri, digabungkan bersama prinsip terapi kawalan sendiri, seseorang boleh mengubah tingkah laku yang tidak diingini dengan berkesan. Dengan memanfaatkan keupayaan ini,kita adalah lebih berupaya untuk menilai tingkah laku kita dan bekerja ke arah mempelajari gaya hidup yang sihat dan berjuang untuk mengikiskan tabiat buruk. SCT Bandura telah menyediakan cara yang praktikal ke arah perubahan tingkah laku dan mempertimbangkan banyak aspek yang berkaitan dengan pembelajaran manusia dan menyesuaikan nya untuk kegunaan pengguna.
Kesimpulannya, perubahan tingkah laku adalah perkara individu dan ia melibatkan banyak proses kerumitan sehingga tiada pelan yang ditetapkan boleh menampung semua. Namun begitu, SCT Bandura menawarkan fleksibiliti yang diperlukan dan membimbing ke arah kejayaan. Oleh sebab perubahan tingkah laku bersifat individu dan melibatkan pelbagai kerumitan sehingga tiada pelan tetap yang boleh menampung sepenuhnya. SCT Bandura menawarkan fleksbiliti yang diperlukan dan menentukan arah untuk kejayaan. Rekaan ini sudah tersedia dan berada dalam genggaman kami. 


6.01.2012

Diriku Perlu Bermuhasabah







Lama sudah agaknya blog ini sepi tanpa entri terbaru dari sang penulis. Kita memang perlu banyak memuhasabah diri, memerhati keadaan sekeliling dan lagi dan lagi banyak memuhasabah diri. Itulah, pernah sang penulis dengar dari seorang sahabat sebelum ini, di mana orang yang paling senang untuk dijadikan mad'u ialah orang yang mudah sekali memuhasabah dirinya walaupun bukan dirinya yang menghadapi sesuatu ujian ataupun keadaan yang menimbulkan muhasabah itu. Memuhasabah diri memperbaiki diri menjadi lebih baik insyaAllah dan tetap mensyukuri apa yang telah ada.


Misalnya, anda melihat sebuah insiden di mana sahabat anda berasa menyesal kerana melakukan sesuatu kesilapan, walaupun bukan anda yang melakukannya, tetapi itu memberi banyak pengajaran dalam diri anda pula. Anda menjadi termuhasabah diri sendiri. 


Muhasabah diri. Merenung kembali apakah yang telah kita lakukan selama ini, sebelum ini dan masa ini. Kita melalui hari-hari dengan menghadapi pelbagai jenis manusia dan termuhasabah sendiri di situ. Terbaca dari sebuah blog, di mana menyebut, 


" Berdepan dengan keinginan dan kemahuan manusia, memang akan menjadikan kita cepat tewas sekiranya kita hidup hanya untuk memenuhi kemahuan manusia. Sebab itu, siapa saja yang berharapkan redha manusia pada tindakannya, dia pasti akan kecewa bila tidak memperolehinya."





Hmmm.... keinginan manusia berbeza-beza antara satu sama lain. Terkadang niat kita lari dari persimpangan tanpa disedari, apabila keinginan nafsu lebih mendahului berbanding Allah Maha Pencipta, segalanya menjadi resah, gelisah dan tidak tenteram. Niat dah salah pada tempatnya. Dalam menghadapi pelbagai manusia beserta nilai dan pandangan yang berbeza-beza, dia sering terpanggil memuhasabah diri dengan mengikhlaskan hati hanya kerana Allah.


Terkadang tercari-cari mana hikmahnya disebalik semua yang berlaku dalam hidup kita. Tercari-cari hikmah di sebalik ujian yang diberi. Hati mula berasa gusar kerana jawapan masih tidak ditemui, buntu hilang punca. Sehinggalah suatu masa tersedar dan terpana seketika terharu mengindahi hati dan perasaan. Rupa-rupanya, hikmahnya sangat halus di situ. Ya, walau apa pun yang berlaku dalam hidup ini, beruntunglah apabila hati masih merasa tidak enak dan tidak selesa apabila jauh dari DnT. Di mana, ketidak enakkan dan ketidak selesaan itu akhir sekali membawa dan menyebabkan kita lebih mendekatkan diri kepada-Nya. 










Allah beri ujian pada kita supaya kita jadi lebih dekat dengan-Nya. Sehingga setiap apa yang kita lakukan totally hanya kerana Allah semata-mata. Indahnya hidup : ) Kemanisan iman dirasa oleh si A, namun si A mungkin tidak mampu mengungkapkan kemanisan itu dalam bentuk kata-kata dan terkadang rasa itu mahu disimpan hanya antara sang hamba dan Penciptanya sahaja lantas menimbulkan rasa cinta untuk terus menghambakan diri kepada-Nya. Sehingga seterusnya menyebabkan kita merasa hari-hari yang dilalui adalah berlaku dengan adanya Allah memerhati setiap pergerakan kita, melindungi dan menjaga kita, ya itulah Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Maha Halus, Maha Melihat, Maha Mengetahui akan segala sesuatu.


Bezznya apabila Allah tempat pertama kita mengadu melebihi dari sesiapapun, even melebihi individu yang kita sayangi. Terkadang tercari-cari mana jawapan dalam setiap permasalahan yang dihadapi, dan terkadang fikiran jadi negatif memikirkan penyelesaian yang perlu dilakukan. Mengapa? Kenapa? Bagaimana? Apa? >>>> Bacalah Al-Quran, di situ ada banyak jenis penyelesaian dalam hidup kita. Percayalah pada Allah dan yakinlah semua ada hikmah. Adalah sesuatu yang tidak menghairankan apabila kita menghadapi kesedihan mahupun kesulitan di mana apabila dengan membaca Al-Quran, Allah ilhamkan jawapan permasalahan melalui ayat-ayat cinta-Nya yang indah itu.




Firman Allah SWT:


"...Barang siapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." 

At-Talaq 65 : 2-3




Namun lain orang lain caranya untuk menenangkan fikiran dan menyelesaikan masalah. Terpulang pada anda untuk memilih jalan penyelesaian yang paling kena dengan diri anda. You are what you think. You are what you believe you are. (hehe...ayat2 psikologi banyak mewarnai diri apabila kelas2 sang penulis kebanyakannya menyentuh tentang tingkah laku manusia, kaunseling dan bagaimana menyelesaikan masalah).









Ikhlas itu tidak boleh dilihat, dipegang dan dirasa dengan 5 deria manusia itu. Ianya ada di dalam hati dan yang tahu apa yang ada dalam hati kita tu hanyalah Dia, Allah. Bahkan, ikhlas yang ada dalam diri seseorang individu itu tidak dapat dikenalpasti oleh individu tersebut kerana Allah sahaja yang berhak menilai sejauh mana keikhlasan kita dalam melakukan sesuatu. Marilah kita sentiasa memuhasabah diri. Kita sering merasa kita dah banyak buat amalan, banyak buat tu buat ni tapi kita semua masih tak pasti kan sama ada apa yang kita buat diterima oleh Allah ataupun tidak??? Malahan, kebaikan kita membantu orang lain juga tidak menjaminkan kita masuk syurga. Semua bergantung pada rahmat dan redha Allah semata-mata.



Firman Allah SWT:


Katakanlah (Muhammad), " Apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya?" (Iaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya. 

Al-Kahfi 18 : 103-104


Walau bagaimanapun, Allah suruh kita usaha selagi mampu dan tidak berputus asa. Berusaha untuk sentiasa memuhasabah diri, memperbaiki diri, menghargai apa yang ada. Berusaha untuk buat yang terbaik untuk masa kini dan akan datang insyaAllah.










P/s: Tertarik dengan isi gambar nih....







Kuala Lumpur