credits |
Hari
ini sang penulis menulis lagi,
Idea
yang hadir tanpa dipinta harus dihargai seadanya,
Cuti
ini sang penulis manfaatkan untuk menulis sebanyak mungkin di blog ini,
Moga
sahaja tulisan yang ditulis oleh sang penulis,
Diterima
oleh Allah sebagai pahala dan bukannya dosa..
Pagi
ini sang penulis baru sahaja selesai menghadiri daurah pertama,
Untuk
cuti sang penulis di Bintulu kali ini,
Ya,
ini daurah yang pertama.
Di
bumi yang tercinta, bumi kenyalang.
Jujur
sang penulis katakan segar benar udara di sini.
credits |
Ada
sesuatu yang berlaku semasa daurah yang sang penulis hadiri pada kali ini,
Agak
berbeza kiranya seperti daurah-daurah yang sang penulis hadiri sebelum ini,
Sang
penulis merasakan ukhwah antara akhwat semakin mendekat dan semakin manis,
Sang
penulis jadi bisa faham akan keadaan akhwat-akhwat yang sudah berkeluarga,
Cuba
memahami dan entah bagaimana sampai ke tahap yang mana..
Sang
penulis bisa duduk bersama dan berbual mesra tanpa ada barrier.
Mungkin
sebelum ini ukhwah yang sang penulis fahami masih pudar,
Dek
pengalaman yang masih cetek dalam menemui pelbagai jenis akhwat,
Tidak
juga sang penulis katakan sang penulis sangat memahami erti ukhwah secara
mendalam,
Ukhwah
pada fikiran sang penulis,
Sukar
hendak dimaksudkan dengan kata-kata,
Ukhwah
dirasai dengan hati dan akidah tapi sukar hendak digambarkan dengan lisan.
credit |
Satu
kesedaran entah tiba-tiba menjelma dalam benak sang penulis,
Kenyataan
‘bergerak’ dan ‘menggerakkan’ itu,
Ya,
tidak akan jalan andai sang daie-nya masih larut dalam kejahiliahan,
Barangkali
jahiliah ini yang membantutkan gerak kerjanya,
Barangkali
jahiliah ini yang menyekat sang daie untuk bergerak bersama deru dakwah dan
tarbiyah.
Sekali
lagi dan acap kali sahaja,
Isu
jahiliah menjadi tajuk utama dalam perbualan minda sang penulis,
Kerana
habit sang penulis suka termenung,
Termenung
sambil berfikir akan keadaan sekeliling,
Dan
juga akan keadaan yang berlaku pada diri sendiri,
Lama
kelamaan bisa sedar bahawa kita sangat banyak berdosa dan terjatuh,
Dalam
lembah keduniaan dan hasutnya syaitan dan iblis yang tidak kenal erti putus
asa.
Menyesatkan
anak Nabi Adam sehingga akhir zaman.
credit |
Sang
penulis kira cuti ini akan sang penulis manfaatkan dengan pengisian rohani,
Tidak
lupa juga dengan ilmu-ilmu dunia juga isu semasa,
Mahu
men-top-up apa yang kurang,
In
shaa Allah akan diusahakan dan diusahakan sebaik mampu,
Yang
selama ini sang penulis ketepikan dengan sedar atau tanpa sedar,
Begitu
cuai hamba-Mu ini mengenepikan akhirat dan memenangkan dunia,
Dunia
yang hanya sementara,
Moga
setelah ini kita sama-sama bisa muhasabah diri tentang satu hal,
Kita
ini ‘bekerja’kah?
Kita
ini ‘bergerak’kah?
Bintulu,
Sarawak
credit |
No comments:
Post a Comment