credits |
Di bawah ini adalah beberapa isi perbualan antara akhwat A dan akhwat B, di saat masing-masing diuji dengan ujian-Nya. Perbualan ini adalah kisah benar dan diambil dari cerita hidup sang penulis sendiri, semoga boleh menjadi teladan buat sang pembaca..
Akhwat A:
Kamu tahu kan yang aku betul sayang kamu?
Kamu tahu kan yang aku betul mahu menjaga kamu sebaiknya?
Kamu tahu kan segala rasa?
Maaf ya,
Sudah berkali aku membiarkan kamu menangis.
Sendiri.
Tanpa disenangi kembali.
Aku ini pentingkan diri ya?
Aku mahu mereka gembira.
Tapi aku buat kamu terseksa.
Terus-terusan diseksa.
Maaf ya.
Aku kurang pasti.
Sama ada aku kagum.
atau aku kecewa sama kamu.
Kecewa,
kerana sifatmu yang sebegitu rapuh.
Mudah sekali kamu kalah.
Kagum,
kerana kamu masih mampu berfungsi dengan baik,
Biarpun setelah berkali-kali kau terluka dan berdarah.
Kamu tahu,
ada waktunya aku tidak jujur denganmu,
Ada saatnya keinginanmu aku abaikan.
Ada saatnya kemahuanmu aku turutkan,
Bila mana keinginanmu aku abaikan,
bukan bererti aku tidak sayang.
Tapi kerana aku sudah terlebih sayang!
Kamu harus aku jaga baik-baik.
Kamu tahu itu, bukan?
Usah bersedih kala rasamu tidak tertunaikan.
Ingat,
siapa yang pegang kamu.
Semestinya bukan aku.
Tapi Dia, Tuhan kita yang menciptakan.
Bergantung saja pada Dia ya?
Bukankah Dia itu sebaik-baik penjaga?
Yakin, itu kuncinya.
Aku mahu kamu kuat.
Aku harap kamu tidak lagi rapuh.
Aku ingin kamu sentiasa segar dalam ingatan kepada-Nya.
Janji sama aku.
Hati?
In shaa Allah,
kita sama-sama saling menjaga, ya?
Bagaimanapun Hati,
aku kagum denganmu.
Sungguh.
Hebat Allah yang menciptakan,
bagaimana Dia bisa membuat Hati sekuat ini untuk menanggung beban yang berat amat.
credits |
Akhwat B:
Sungguh, ini...
ujian Allah kali ini buatku..
Sangat besar.
Doakan aku bisa keluar dari ujian ini.
Tanpa aku perlu meninggalkan DnT.
Aku sangat takut itu terjadi.
Nauzubillah..
Akhwat A:
Usah beri peluang pada diri untuk cipta alasan untuk tidak mengikuti mana-mana program Islam.
Infiru sama ada secara ringan atau berat.
Bersedia atau tak,
itu cerita lain.
Bila panggilan jihad sampai,
usah ragu.
Pandang hadapan,
mohon perlindungan Allah dan teruskan.
Akhwat B:
Mesti ada hikmah kenapa Allah bagi ujian ni pada hamba-Nya termasuk aku.
Aku masih mencari hikmah di sebalik semua ini.
Dalam ujian yang Allah bagi,
ketahuilah Allah siap pecah pecahkan ujian itu kepada beberapa sub ujian.
"Ujian dalam ujian."
SubhanAllah.
Allah Berkuasa menjadikan semua ini tanpa kita minta.
Lalu kedua-dua akhwat itu menangis teresak-esak. Mata berkaca-kaca.
Kuala Lumpur
credits |
No comments:
Post a Comment