credits |
Hari ini sang penulis menulis lagi,
Sebagaimana biasa apabila adanya idea
yang menari-nari di kepala,
Tidak mahu ianya lari tanpa disimpan
di mana-mana,
Kerana barangkali saja idea itu
bermanfaat untuk rujukan sang penulis pada masa depan,
Ya, menulis bukan sahaja untuk dibaca
oleh sang pembaca!
Namun juga untuk dibaca oleh sang
penulis sendiri.
Angin mala mini sepoi-sepoi bahasa,
Menggamit sebuah ketenangan di
samping keindahan bintang-bintang menghiasi dinginnya malam,
Indah sekali ciptaan Allah bagi
sesiapa yang berfikir dan mengambil pelajaran,
Semua berjalan mengikut ketetapan dan
sunnatullah-nya Allah,
Begitu juga manusia sememangnya
fitrah mahukan kebaikan,
Mahu menjadi baik dan baik dan baik.
Jiwa manusia ini ternyata
berinteraksi sepertimana alam berinteraksi dengan Pencipta,
Seandainya kita bisa mendengar
bagaimana jiwa berinteraksi,
Barangkali saat ini kita jadi lebih
mahu menghulur tangan,
Membuka mata dan mendongak ke atas,
Lalu memegang tali putih itu untuk
naik ke atas dari lubang hitam yang gelap,
Begitulah petunjuk dan teguran Allah,
Seolah-olah hati berada dalam lubang
hitam yang gelap,
Hati kita tercari-cari jalan keluar
dalam ruangan yang gelap,
Di mana dalam lubang yang sama itu
juga terdapat banyak lagi tarikan-tarikan lain,
Yang mana menghalang seseorang untuk keluar
dari lubang yang gelap itu,
Ketika mana hati sedang mencari jalan
keluar,
Ternyata sentiasa ada pada ketika itu
tali putih guna naik ke atas,
Terpulang pada sang hati untuk naik
ke atas atau membiarkan sahaja tali putih itu di situ,
Lalu terus larut dalam lubang hitam
yang gelap,
Enggan keluar lantas terperangkap
dalam keinginan sendiri,
Tali putih itu tidak akan mudah
digapai,
Kecuali ada orang yang memanggilnya
dan sudi menghulur tangan naik ke atas,
Meninggalkan tarikan-tarikan lain
yang ada dalam lubang gelap itu.
Lalu hati berbicara pada sang pemilik
hati,
“Jangan salahkan aku andai aku tidak
bisa bangun saat kamu mahu mengangkatku. Kerana aku sudah terbiasa. Terbiasa
bergaul dan bersembang dengan mereka yang sama-sama berada dalam lubang yang
gelap ini. Ini semua salah kamu.”
Hati seringkali mahu kembali kepada
fitrah kebaikan,
Terpulang pada sang pemilik hati mahu
mendengar rintihan hati sendiri,
Atau terus leka bersama dengan apa
yang ada dalam lubang hitam yang gelap itu,
Sebagaimana Allah juga mahukan
kebaikan kepada hamba-Nya,
Sebagaimana itu juga hati mahu kembali kepada fitrahnya kebaikan,
Allah sentiasa memberi ruang untuk
hamba-Nya kembali kepada-Nya,
Dengan menghantar petunjuk dan
teguran yang datang dalam berbagai rupa dan bentuk misalnya.
Terkadang kita mungkin tidak sedar bahawa Allah sebenarnya sedang menegur dan memberi petunjuk kepada kita,
Ketidaksedaran itu barangkali jadi kerana kita sudah terbiasa,
Hati kita sudah terbiasa,
Terbiasa dengan tarikan-tarikan lain yang turut sama dalam lubang itu,
Lalu menyukarkan proses untuk menjadi sedar,
Barangkali juga kerana kita yang melengah-lengahkan untuk mengambil tali putih itu,
Lalu apabila sudah sedar mungkin sudah terlambat.
Petunjuk dan teguran Allah apabila telah datang,
Hargailah dan sedarilah ia,
Kerana mungkin datangnya ia tanpa disangka-sangka,
Dan mungkin juga datangnya hanya sekali,
In shaa Allah,
Sama-sama kita mengoreksi diri mana yang patut dikoreksi.
Bintulu, Sarawak
No comments:
Post a Comment