credits |
Manusia datang dan pergi..
Kawan datang dan pergi..
Sahabat juga datang dan pergi..
Namun datangnya mereka memberi erti yang banyak kepada kita..
Petang ini tiba-tiba terkesima dengan satu ayat dari seorang akhwat..
Sentap dan tercucuk hidung sendiri..
"Takutnya andai kencang dan hebat bersuara dalam Twitter mahupun Facebook,
namun bisu apabila berada di medan realiti."
Media begitulah salah satu penangannya kepada para pengguna..
Mungkin kita perlu bersikap lebih jujur dalam hal ini..
Siapa pun kita, jujurlah seperti mana diri anda sendiri..
Namun terkadang sang penulis tidak boleh menang tangan..
Kerana ada perkara yang kita tak boleh beritahu secara berdepan..
dan ada perkara yang memerlukan kita untuk 'confront' dengan sesebuah masalah itu..
Pertimbangan harus ada dalam membuat sesebuah tindakan..
Walaupun sang penulis juga pernah jatuh kerana kalah dengan keinginan sendiri..
Pertimbanglah apa yang harus dipertimbangkan..
Muhasabah diri tidak boleh lama-lama rasanya..
Kerana boleh memakan diri sendiri..
credit |
Anda tahu anda telah kalah apabila..
Anda sanggup menjadi orang lain semata-mata kerana keadaan, kemahuan n etc..
Berubah ada baiknya dan ada juga buruknya..
Berubah perlu kekuatan dan keazaman untuk menjadikannya realiti..
Berubahlah sesuai dengan fitrah manusia yang mahukan kebaikan..
Cepat atau lambat, PASTI..
Kejahatan akan kalah dengan kebaikan..
Seperti mana yang haq menghapuskan yang batil..
Buka mata buka hati lalu pilih..
Mana yang terbaik untuk anda dan masa depan..
credit |
Walau hati kecewa dengan usaha Final Exam kali ini..
Masa..
Tidak boleh terulangkan..
Tidak bisa diubah..
Hanya mampu diambil pelajaran..
Bercakap pasal masa..
Semua orang ada 24 jam dalam sehari..
Terpulang pada kita untuk mengisinya sebaiknya..
Sang penulis semestinya tidak layak untuk becakap soal masa..
tapi tidak salah untuk menyatakan rasa dan pendapat berkenaan hal ini..
Jadi, hargailah masa yang ada kini..
In shaa Allah
No comments:
Post a Comment