Aku harap engkau di sini sedang membaca entri blog ku yang terkini,
Maafkan aku,
kerana aku terpaksa pergi meninggalkan kamu buat kali ini,
kerana ternyata aku sudah terlalu sayang!
sehingga aku takut jika terus di sini,
bakal menimbulkan maksiat dalam hati,
sehingga aku takut jika terus di sini,
bakal menyebabkan aku lupa pada cinta-Nya Allah pada hamba-Nya.
credits |
Aku masih teringat akan tadabbur surah Al-Qasas 22-28,
Terutamanya pada ayat 23-24,
Di mana setelah selesai urusan antara dua orang yang masing-masing bukan mahram,
Ya, cukup sampai di situ sahaja,
Setelah selesai urusan,
Tinggallah urusan setelahnya kamu sendiri jalani,
yang dinamakan ikhlas itu sungguh tinggi maknanya,
aku tidak pasti aku ini sudah berlaku ikhlas atau sedang ikhlas membantumu,
yang pasti aku tidak mahu mencemari niat ikhlas kerana Allah,
dengan membuat atau melakukan sesuatu yang tidak dirancang..
Ternyata benar apabila dua orang laki-laki dan perempuan saling berhubung,
Tidak kira sama ada si lelaki mendahului perkenalan mahupun si perempuan yang mendahului,
hubungan antara lelaki dan perempuan bukan mahram walau sekadar sahabat tanpa tujuan yang jelas,
tentu ada maksud di sebalik perbuatan itu,
di situ niat kerana Allah diuji.
Justeru aku meninggalkan kamu kerana Allah juga,
aku rasa ini yang terbaik buat kita,
aku tidak mahu mencemari niat sucimu mengenal Islam,
aku hanya pemula dan pengantara hidayah Allah kepadamu,
setelah itu, cukup sampai di situ,
credits |
Aku kira kini sudah jelas,
bahawa aku,
aku tidak bisa menjadi kawan kepadamu,
ketenangan hati mencintai Allah itu lebih penting bagiku.
Cinta Allah cinta teragung.
Walau ia perit dan pedih untuk aku tinggalkan,
memang beginilah caranya mahu meninggalkan jahiliyah,
pengorbanan, ketabahan dan kesungguhan,
Namun aku yakin dengan perancangan Allah,
mungkin aku bukan untuk kamu,
dan kamu juga bukan untuk aku,
dan barangkali juga kita memang ditakdirkan bersama,
biar Allah menentukannya seiring dengan berjalannya waktu,
kalau ada jodoh, tak ke mana...
Aku harap kita bisa sama-sama tabah melalui hidup selepas ini tanpa masing-masing di sisi.
Cintailah Allah dahulu sebelum mencintai manusia.
Cintailah akhirat, nescaya dunia mengiringimu,
Semoga ketemu kembali..
in shaa Allah jika itu yang Allah mahu..
Kuala Lumpur
credits |
No comments:
Post a Comment