2.04.2012

I Look | I See





Saya akui, saya sedang kekeringan idea untuk menulis di dalam blog ini... namun ingin saya share somthing tentang bagaimana kita melihat sesuatu dalam kehidupan kita sebagai seorang daie... mengakui diri ini sebagai seorang yang masih merangkak, bertatih menyelami jalan2 di jalan ini...


Pernah sekali saya terdengar dari seorang naqibah di labuan dahulu, kita sebagai daie harus melihat semua orang sebagai mad'u kita termasuk juga melihat kepada naqibah sendiri... saya sedikit terkesima apabila mendengar kata2 naqibah saya itu, Ukhti E... selama ini di fikiran saya mengatakan mad'u2 kita hanyalah kawan2 kita and target2 dakwah kita, tapi tidak pernah pulak dengar naqibah sendiri sebagai mad'u kita....


walau bagaimanapun, saya akui kata2 naqibah saya itu memandangkan semua manusia itu tidak pernah lari dari kesilapan dan tidak akan pernah sempurna termasuk diri saya sendiri...


Ya, melihat semua orang sebagai mad'u... bayangkan anda berjalan2 di pasar mahupun di bandar, anda melihat ramai orang berjual beli, ada yang bersama keluarga, ada yang baru kembali dari menangkap ikan di laut, ada yang sedang termenung di balik perniagaannya, ada yang penjual mahupun pembeli yang sedang berbual mesra, ada anak kecil yang menangis dan ada anak kecil yang sedang bermain bersama mainannya malah ada juga yang sendirian di satu sudut bandar tempat kita berdiri....








Apa agaknya yang difikirkan kita tentang mereka? Adakah kita ada memikirkan tentang kerja2 kita di jalan ini dengan melihat akan mereka? Ataukah kita hanya bergembira dengan hari2 kita yang dilalui termasuk berjalan ke pasar atau bandar dengan biasa2 sahaja?


Seorang daie itu dalam hidupnya asyik memikirkan tentang dakwah sahaja, dalam fikirannya dalam jejak langkahnya, dalam tawanya, dalam perbualannya, dalam sosialnya, dalam jual belinya, dalam apa sahaja...


mulut senang berkata2, jari jemari ligat menulis di sini, namun tidak dinafikan ianya sangat memerlukan erti pengorbanan yang 'wowwww' lah katakan.... kita manusia tidak lari dari pelbagai hasutan dan tarikan duniawi, malah itulah merupakan antara godaan2 yang menyibukkan kita sehingga lupa akan budaya umat islam sejak berkurun lama itu sendiri yakni berdakwah...






Apa2 pun mari kita sentiasa renew niat kita, renew pandangan kita, renew fikiran kita n merefresh hati kita kembali... apa tujuan kita di dunia ini? Apa tujuan kita berusrah dan ikut program setiap minggu mungkin, mungkin setiap bulan?


Kita menyantuni mad'u2 kita dan mengajak orang lain mengenali islam mengenali ya Khaliq, tapi jangan ditinggalkan perasaan seronok dalam berusrah, jangan ditinggalkan rasa bezzzzzznyaaaaa menjadi mutarobbi yang sedang ditarbiyah dan mentarbiyah dalam usrah kita... kerana usrah itu membina, walau sesibuk mana kita, walau secebis apa iman yang ada, usrah itu medan top up iman kita, reload iman kita....


Dalam pada mengajak orang lain, masa itu juga kita memperbaiki diri sendiri...menunggu masa untuk menjadi sempurna entah bila agaknya? Anda ada jawapannya? Atau adakah saya ada jawapannya? Masing2 menjawab bagi diri sendiri ya... :D


Muhasabah diri sendiri dengan memuhasabah juga orang lain... insyaAllah...





Bintulu, Sarawak







No comments:

Post a Comment