Ada orang tersentuh dan tertarik mengenali islam dengan melihat kepada akhlak seseorang temannya..begitu kuat penangan akhlak seseorang sehinggakan boleh menarik orang lain kembali kepada-Nya...
Sepertimana Rasulullah SAW yang diutus kepada umat manusia akhir zaman sebagai menyempurnakan akhlak... akhlak itu adalah buahnya iman... iman dari dalam hati membuahkan hasil termasuk sekali akhlaknya...
Kita sayang mak ayah kita, kita santuni mak ayah kita berakhlak baik kepada mereka, semuanya kerana apa? Kerana mereka yang melahirkan dan membesarkan kita? Bukan itu sahaja, sebenarnya siapa yang berkuasa melahirkan kita di dunia? Allah.
Nak jaga niat amat sukar, syaitan tidak putus asanya mengaburi mata anak Adam untuk memutar belitkan niat baik yang ingin ditelusuri...
Malah semakin lama kita di jalan ini, semakin pandai kita berhelah, semakin halus jarum syaitan untuk melalaikan kita...
Ternyata selepas seseorang berubah dari yang buruk kepada baik, fasa menjadi baik itu lebih susah untuk dilalui... Menjadi baik itu sebabnya apa? Sebab manusia, harta, atau sebab Allah? Menjadi baik, hati perlu sentiasa dijaga... ujub, riak, takabbur, adalah beberapa syirik tersembunyi di dalam hati... malah mungkin agak halus untuk disedari, malah mungkin ada ego yang membatasi fikiran untuk membezakan mana yang hak atau batil...
Allah SWT mengampunkan dosa2 hamba-Nya sekalipun dosa itu sebesar gunung kecuali dosa menyekutukan Allah yakni syirik...
Bintulu, Sarawak
No comments:
Post a Comment