Saya telah berjumpa dengan akhwat yang baru berkecimpung dalam dakwah ini tapi dia seorang yang laju sekali dalam gerak kerja dakwahnya berbanding akhwat lain... termasuk saya sendiri. saya agak malu dengan akhwat itu namun iya, itulah kenyataan yang sangat mengejutkan diri saya, antara kejutan yang dilalui sepanjang berada di Kuala Lumpur...
Tidak kisah kita diketahui dan menjadi sangat terkenal di mata manusia, tidak kisah kita tidak dipuji atau meminta puji, tidak kisah kita dilayan begini dan begitu berbeda dari yang lain layanannya, yang penting kita selalu ada Allah, yang penting kita terus buat kerja dalam dakwah ini...
Amat bersyukur dengan adanya banyak daurah di KL, setiap minggu ada daurah di sana... Usrah kami sentiasa mahu ikut dengan daurah2 yang telah dijalankan, cuma tika ini saya berada di bintulu... sehinggakan naqibah saya berkata..
" Terror lah korang ni, banyak kali daurah.." begitulah kata-kata dari naqibahku. Kami semua terdiam, kata2 naqibah saya itu menyebabkan saya terfikir. Ya, tidak ada gunanya daurah banyak tetapi tidak dipraktikkan oleh sang penerima daurah... lebih baik daurah yang sedikit tapi memberi banyak input dan kesan mahupun tindakan dalam diri sang penerima...
Orang lain bisa mengatakan kita ini dan itu tapi hakikatnya adakah mereka pernah bertanya mengapa kita berbuat demikian? Mengapa kita berbuat begini? Sangat sedih apabila sesuatu yang kita buat itu disalahertikan oleh orang lain, ya tapi, itu semua asalkan Allah tahu apa rancangan kita sebenarnya...
Bertemu seorang akhwat di KL, dia seorang yang sangat pandai bercakap dan sentiasa buah2 ilmu keluar dari mulutnya, matang dan berfikiran kritis... Saya tertarik dengan kata2nya iaitu:
" Bila tiba masanya saya buat keputusan untuk buat sesuatu, saya sendiri yang akan decide apa tindakan yang saya buat. Saya tidak bergantung pada arahan naqibah atau sesiapa, asalkan yang saya buat tu adalah kerana Allah. Buat sesuatu bukan kerana orang lain even kita berjanji dengan seseorang untuk buat sesuatu perbuatan tu sama sekali..."
Terbaca nasihat daripada blog dakwah.info berkenaan pemuda. Di sana dia mengatakan, jangan direndahkan akan percubaan atau usaha kecil yang kita lakukan kerana banyak kisah sejarah besar islam lalu tercetus dari seorang yang bergelar pemuda... Jangan dirasakan usaha kita tu tak memberi makna apa2 walaupun sangat sedikit yang kita usahakan, walaupun usaha kita itu tak membawa apa2 hasil...
yang pentingnya adalah, kita terus mencuba dan test power yang kita ada dengan mad'u2 dengan apa sahaja yang kita cuba usahakan...
Saya mungkin berbeza dengan orang lain, cara saya juga mungkin berbeza dari orang lain tapi ialah, saya juga ada banyak buat kesilapan dan terkadang ego sendiri jauh mendapat tempat dalam diri sehingga mengaburi petunjuk Allah...
Sungguh benar, ego memakan diri, cemburu dan iri pada bukan tempatnya juga harus dielakkan. Kita sama2 bergerak di atas jalan ini, buatlah somthing tu bukan untuk kita dilihat sedang buat kerja, tapi buatlah suatu tu kerana kita suka, kerana Allah...
Jika seseorang itu anti-sosial tapi jika diperlukan untuk dia bercakap dia hendaklah bercakap dan menyampaikan sesuatu... agak suka dengan kata2 ini, dapat dari usrah tempoh hari... Yang menyebabkan usrah itu berkesan adalah Allah disandarkan atas usaha kita untuk menjadikan usrah itu berkesan pada kita dengan izin-Nya juga...
sama2lah kita membaiki diri dan mengambil apa2 peringatan yang patut daripada entry kali ini...
Bintulu, Sarawak.
No comments:
Post a Comment