2.09.2012

Agar Khutbah Mengenai Hati Pendengar?



Agar khutbah mengenai hati pendengar?.


Pada hari jum'at, sebelum Al-Hasan Al Basri naik mimbar, ia didatangi seorang laki-

laki, membisikan sesuatu ketelinganya: "Wahai Imam, bercakaplah tentang

keutamaan membebaskan hamba sahaya, dan anjurkanlah mereka untuk melakukannya".

(pesan ini tentunya agar ia dan kawan2nya para hamba sahaya dibebaskan oleh tuan2 mrk)


Orang itu berlalu di antara para jama'ah, mendengarkan khuthbah Al-Imam, ia kecewa tuan

Imam tidak menyentuh sama sekali dalam khutbahnya tentang masalah pembebasan hamba.


Jum'at demi jum'at berlalu,….pada jum'at keempat barulah Al-Hasan menganjurkan jama'ah

untuk melakukan hal itu, laki-laki itu bertanya kepadanya dengan heran atas tindakan Al-

Hasan.

Al-Hasan menjawab : "Saudaraku, tidak layak bagi saya untuk berkhotbah di hadapan jama'ah,

hingga saya berusaha mencari wang, dan pergi ke pasar untuk membeli hamba sahaya untuk

dibebaskan, apa anda ingin saya termasuk dalam golongan yang diperingatkan oleh Allah Ta'ala

dalam firman-Nya :

“Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan sedangkan kamu melupakan diri

kamu sendiri padahal kamu membaca Al Kitab, tidakkah kamu berfikir?”. (Al-Baqarah : 44)

>>>>copy dari Ustaz Ali Fathullah


p/s: boleh gak diaplikasikan dalam kita nak bagi apa2 pengisian, tazkirah n so on.... :D






Bintulu, Sarawak











2.07.2012

Begitukah Kita?





Semalam tidak sama dengan hari ini.. Begitukah kita? Ternyata, lama atau tidak seseorang berada di atas jalan ini bukan menjadi garis ukuran seseorang itu aktif dalam gerak kerja dakwah... Orang yang lama dalam jalan ini mungkin masih belum faham sungguh dengan corak dakwah dan belum tentu juga yang baru menerima sentuhan dakwah itu menjadi sangat mudah faham dengan corak dakwah...


Saya telah berjumpa dengan akhwat yang baru berkecimpung dalam dakwah ini tapi dia seorang yang laju sekali dalam gerak kerja dakwahnya berbanding akhwat lain... termasuk saya sendiri. saya agak malu dengan akhwat itu namun iya, itulah kenyataan yang sangat mengejutkan diri saya, antara kejutan yang dilalui sepanjang berada di Kuala Lumpur...




Tidak kisah kita diketahui dan menjadi sangat terkenal di mata manusia, tidak kisah kita tidak dipuji atau meminta puji, tidak kisah kita dilayan begini dan begitu berbeda dari yang lain layanannya, yang penting kita selalu ada Allah, yang penting kita terus buat kerja dalam dakwah ini...


Amat bersyukur dengan adanya banyak daurah di KL, setiap minggu ada daurah di sana... Usrah kami sentiasa mahu ikut dengan daurah2 yang telah dijalankan, cuma tika ini saya berada di bintulu... sehinggakan naqibah saya berkata..


" Terror lah korang ni, banyak kali daurah.." begitulah kata-kata dari naqibahku. Kami semua terdiam, kata2 naqibah saya itu menyebabkan saya terfikir. Ya, tidak ada gunanya daurah banyak tetapi tidak dipraktikkan oleh sang penerima daurah... lebih baik daurah yang sedikit tapi memberi banyak input dan kesan mahupun tindakan dalam diri sang penerima...


Orang lain bisa mengatakan kita ini dan itu tapi hakikatnya adakah mereka pernah bertanya mengapa kita berbuat demikian? Mengapa kita berbuat begini? Sangat sedih apabila sesuatu yang kita buat itu disalahertikan oleh orang lain, ya tapi, itu semua asalkan Allah tahu apa rancangan kita sebenarnya...


Bertemu seorang akhwat di KL, dia seorang yang sangat pandai bercakap dan sentiasa buah2 ilmu keluar dari mulutnya, matang dan berfikiran kritis... Saya tertarik dengan kata2nya iaitu:

" Bila tiba masanya saya buat keputusan untuk buat sesuatu, saya sendiri yang akan decide apa tindakan yang saya buat. Saya tidak bergantung pada arahan naqibah atau sesiapa, asalkan yang saya buat tu adalah kerana Allah. Buat sesuatu bukan kerana orang lain even kita berjanji dengan seseorang untuk buat sesuatu perbuatan tu sama sekali..."





Terbaca nasihat daripada blog dakwah.info berkenaan pemuda. Di sana dia mengatakan, jangan direndahkan akan percubaan atau usaha kecil yang kita lakukan kerana banyak kisah sejarah besar islam lalu tercetus dari seorang yang bergelar pemuda... Jangan dirasakan usaha kita tu tak memberi makna apa2 walaupun sangat sedikit yang kita usahakan, walaupun usaha kita itu tak membawa apa2 hasil...


yang pentingnya adalah, kita terus mencuba dan test power yang kita ada dengan mad'u2 dengan apa sahaja yang kita cuba usahakan...


Saya mungkin berbeza dengan orang lain, cara saya juga mungkin berbeza dari orang lain tapi ialah, saya juga ada banyak buat kesilapan dan terkadang ego sendiri jauh mendapat tempat dalam diri sehingga mengaburi petunjuk Allah...


Sungguh benar, ego memakan diri, cemburu dan iri pada bukan tempatnya juga harus dielakkan. Kita sama2 bergerak di atas jalan ini, buatlah somthing tu bukan untuk kita dilihat sedang buat kerja, tapi buatlah suatu tu kerana kita suka, kerana Allah...


Jika seseorang itu anti-sosial tapi jika diperlukan untuk dia bercakap dia hendaklah bercakap dan menyampaikan sesuatu... agak suka dengan kata2 ini, dapat dari usrah tempoh hari... Yang menyebabkan usrah itu berkesan adalah Allah disandarkan atas usaha kita untuk menjadikan usrah itu berkesan pada kita dengan izin-Nya juga...


sama2lah kita membaiki diri dan mengambil apa2 peringatan yang patut daripada entry kali ini...




Bintulu, Sarawak.











2.06.2012

Syurga | Membina Rumah di Akhirat

Agak panjang tapi insyaAllah memberi manfaat buat pembaca sekalian...

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian...

Di akhirat kelak, tidak ada sesuatu yang paling disesali oleh penghuni syurga kecuali penyesalan mereka terhadap waktu yang hilang di dunia tanpa diisi dengan amal soleh.

Amal-amal kita tidak hanya dicatat oleh para malaikat kerana cerita-cerita dan kesan-kesan yang kita tinggalkan di dunia setelah kita mati adalah seperti cermin nilai dari perilaku kita selama kita hidup di dunia.

Alangkah indahnya, sebuah kematian yang mampu meninggalkan cerita-cerita baik pada keluarga kita.
Alangkah bahagianya, sebuah kematian yang meninggalkan jejak hidup yang menjadi pelajaran kebaikan bagi mereka yang masih menjalani kehidupan.
Alangkah gembiranya, bila kematian kita memberikan kesan dari amal-amal soleh yang bermanfaat untuk orang lain.
Oleh kerana itu, ketika ada seorang yang soleh ditanya :

"Kenapa engkau meletihkan jiwamu dalam beribadah?"

Ia menjawab :

"Aku ingin mengistirehatkan jiwaku."

Istirehat yang dimaksudkan adalah :

Istirehat di dunia dengan jiwa yang tenang setelah beribadah.
stirehat di akhirat dengan memasuki kehidupan yang begitu mententeramkan dan menggembirakan.
Menurut Ibnul Jauzi, ruang waktu kehidupan di dunia ini tidak ada bezanya dengan tempat jual beli berbagai macam barangan.

Ada barang yang bagus.
Ada juga yang buruk.
Beliau menambah lagi bahwa :

Orang yang berakal pasti akan membeli barang yang bermutu meskipun harganya mahal kerana barangan itu lebih mempunyai nilai dari barangan yang buruk meskipun harganya murah.
Orang yang tahu akan kemuliaan alam semesta mesti meraih sesuatu yang paling mulia yang ada di alam semesta ini dan sesuatu yang paling mahal nilainya di dunia ini adalah, mengenal Allah swt.

Seseorang yang mengenal Allah swt bererti ia mengetahui ke-Maha Besaran-Nya.

Dalam masa yang sama ia juga mengetahui :

Kekerdilan dirinya.

Kelemahan dirinya.

Kebergantungan dirinya.
dengan Yang Maha Berkuasa.

Pengenalan yang seperti inilah yang boleh memunculkan kekuatan dan keteguhan dalam mengharungi gelombang kehidupan.

Tidak takut, tidak lemah dan tidak bergantung kepada sesiapapun kecuali Allah dan selama mana ia berada di jalan Allah, ia tidak akan senang, gembira dan sukacita kecuali bersama Allah swt.

Lihatlah perkataan Masruq, seorang mufassir yang juga sahabat Said bin Jubair yang pernah berkata :

"Tidak ada lagi yang lebih menyenangkan diriku dari meletakkan wajahku di tanah (sujud). Aku tidak pernah bersedih kerana sesuatu melebihi kesedihanku kerana tidak dapat bersujud kepada Allah." (kitab Siyar A’lam An Nubala’ karangan Az Zahabi).




Sujud adalah saat-saat seorang hamba yang paling dekat dengan Tuhannya.
Sujud merupakan tanda ketundukan dan kerendahan seorang hamba di hadapan Tuhannya.
Sujud juga menandakan kepasrahan, ketaatan, kerinduan dan kecintaan seorang hamba pada Tuhannya.
Keadaan-keadaan seperti itulah yang sangat didambakan oleh Masruq hingga tidak ada lagi kesedihan baginya kecuali jika ia tidak mampu melakukan sujud di hadapan Allah swt.

Itulah gambaran keyakinan yang tertanam kuat dalam jiwa orang-orang soleh, para pejuang dakwah Islam.

Ketundukan, kedekatan dan keyakinannya kepada Allah menjadikan tekad mereka seperti besi waja dan keberanian yang tidak pernah kenal takut.

Basahnya lidah mereka oleh zikir.
Larutnya hati mereka dalam kecintaan kepada Allah.
Tunduknya jiwa mereka pada keagungan Allah.
Semua itu memunculkan suatu keperibadian yang kuat dan teguh.

Tinggi rendahnya seseorang itu dinilai berdasarkan :

Kekuatan.
Kualiti.
Sifat istiqamahnya.
dalam beribadah kepada Allah swt.

Ianya bukan dinilai :

Dari kekayaan material / harta yang dimilikinya.
Oleh ibubapanya.
Dari rupa paras, ketampanan dan keindahan fizikalnya.
Ini adalah kerana, semua itu hanya fatamorgana yang hanya dapat dinikmati se saat.

Peribadi yang kuat dan teguh sentiasa muncul dari :

“Habitat kehidupan yang penuh dengan tentangan dan halangan.”

BUKAN

“Suasana kehidupan yang serba mudah, memanjakan dan melemahkan jiwa.”

Mari kita lihat bagaimana penjelasan salah seorang anak dari Syaikh Ahmad Yasin rahimahullah, tokoh pejuang Palestin abad ini yang beberapa tahun lepas telah gugur syahid oleh pesawat Israel.

"Ayah tidak mencintai dunia. Ia lebih mencintai rumah akhirat. Ramai orang yang menyarankan agar ayah mendiami rumah sebagaimana selayaknya seorang pemimpin.

Pemerintah Palestin juga pernah menawarkan sebuah rumah yang besar di perkampungan Gaza namun ayah menolak tawaran itu.

Ayahku lebih menginginkan akhirat sehingga ia tidak begitu memperhatikan perabot duniawi.

Ruangan rumahnya amat kecil yang hanya menempatkan tiga ruangan kecil. Tanpa siramik di lantai dan ruang dapur yang sudah rosak.

Bila musim sejuk tiba, keadaan rumah menjadi sangat sejuk. Sebaliknya bila musim panas datang, ruangan rumah terasa panas sekali.

Ayah tidak pernah berfikir untuk memperbaiki rumahnya. Sekali lagi, ia benar-benar sibuk mempersiapkan rumahnya di akhirat."

Itulah rahsia keteguhan Syaikh Ahmad Yasin.


RUMAH AKHIRAT

Pernahkah terlintas di dalam hati kita tentang rumah kita di akhirat?

Pernahkah kita merancang dan bermimpi untuk memiliki rumah yang indah di akhirat dan bukan di dunia?

Bagaimana kita membayangkan kesan akhir yang kita tinggalkan pada keluarga kita setelah kita berpisah dengan mereka di dunia?

Apakah menjadi kebanggaan mereka apa yang kita tinggalkan atau sebaliknya?
Apakah mereka juga akan berkata, kita lebih mencintai dan menginginkan rumah akhirat?
Syaikh Ahmad Yasin memberikan pelajaran besar bagi kita tentang keyakinannya kepada keputusan Allah swt.

Bahwa apa yang diputuskan oleh Allah tetap akan berlaku, walauapapun usaha yang kita lakukan.

Syaikh Ahmad Yasin juga memberi pendidikan secara langsung kepada sesiapapun, tentang batas apa yang mesti diberikan oleh seseorang yang menginginkan mati di jalan Allah swt.

Sekitar lima minit sebelum pesawat Israel ditembakkan ke arahnya yang sedang duduk di kerusi roda itu, seorang anaknya, Abdul Ghani sempat mengingatkannya untuk berhati-hati dengan mengatakan :

"Ayah, ada pesawat pembunuh di atas."

Apa jawaban Syaikh Ahmad Yasin ketika itu?

Dengan tenang ia menjawab :

"Ya, aku di sini juga sedang menanti pesawat pembunuh itu."

Sesungguhnya, tidak ada keraguan dan ketakutan sedikit pun di dalam hatinya.

Kita di sini, sedang :

Menanti detik demi detik kematian yang pasti menjemput.
Menunggu saat kita menarik nafas terakhir dan menghembuskannya lagi untuk yang terakhir.
Melambai udara dingin yang merayap dari hujung jemari kaki hingga ke bahagian kepala.
Menantikan saat mata tertutup dan tidak mampu terbuka lagi. Ketika badan terbujur dan tidak dapat bergerak lagi. Ketika kita masuk dalam keranda dan diangkat oleh anggota keluarga dan teman-teman kita.
Setelah itu semua,

Maka, manusia mula berbicara tentang diri kita dan kita sebenarnya menuju rumah kita yang kekal abadi di akhirat sana.

Ya Allah, kurniakanlah kesedaran yang hakiki ke dalam hati kami tentang rumah akhirat yang sepatutnya kami usahakan untuk mendapatkannya di dunia ini dan juga terhadap penantian yang pasti berlaku iaitu kematian yang akan menyentuh setiap yang bernyawa sehingga akhirnya habislah catatan kehidupan kami di dunia yang kemudiannya akan dinilai oleh manusia yang masih mendiami dunia ini.

Ameen Ya Rabbal Alameen

WAS

http://tinta-perjalananku.blogspot.com/




2.05.2012

Dalam Hati Ini




Ada orang tersentuh dan tertarik mengenali islam dengan melihat kepada akhlak seseorang temannya..begitu kuat penangan akhlak seseorang sehinggakan boleh menarik orang lain kembali kepada-Nya...


Sepertimana Rasulullah SAW yang diutus kepada umat manusia akhir zaman sebagai menyempurnakan akhlak... akhlak itu adalah buahnya iman... iman dari dalam hati membuahkan hasil termasuk sekali akhlaknya...


Kita sayang mak ayah kita, kita santuni mak ayah kita berakhlak baik kepada mereka, semuanya kerana apa? Kerana mereka yang melahirkan dan membesarkan kita? Bukan itu sahaja, sebenarnya siapa yang berkuasa melahirkan kita di dunia? Allah.


Nak jaga niat amat sukar, syaitan tidak putus asanya mengaburi mata anak Adam untuk memutar belitkan niat baik yang ingin ditelusuri...


Malah semakin lama kita di jalan ini, semakin pandai kita berhelah, semakin halus jarum syaitan untuk melalaikan kita...


Ternyata selepas seseorang berubah dari yang buruk kepada baik, fasa menjadi baik itu lebih susah untuk dilalui... Menjadi baik itu sebabnya apa? Sebab manusia, harta, atau sebab Allah? Menjadi baik, hati perlu sentiasa dijaga... ujub, riak, takabbur, adalah beberapa syirik tersembunyi di dalam hati... malah mungkin agak halus untuk disedari, malah mungkin ada ego yang membatasi fikiran untuk membezakan mana yang hak atau batil...


Allah SWT mengampunkan dosa2 hamba-Nya sekalipun dosa itu sebesar gunung kecuali dosa menyekutukan Allah yakni syirik...




Bintulu, Sarawak






2.04.2012

I Look | I See





Saya akui, saya sedang kekeringan idea untuk menulis di dalam blog ini... namun ingin saya share somthing tentang bagaimana kita melihat sesuatu dalam kehidupan kita sebagai seorang daie... mengakui diri ini sebagai seorang yang masih merangkak, bertatih menyelami jalan2 di jalan ini...


Pernah sekali saya terdengar dari seorang naqibah di labuan dahulu, kita sebagai daie harus melihat semua orang sebagai mad'u kita termasuk juga melihat kepada naqibah sendiri... saya sedikit terkesima apabila mendengar kata2 naqibah saya itu, Ukhti E... selama ini di fikiran saya mengatakan mad'u2 kita hanyalah kawan2 kita and target2 dakwah kita, tapi tidak pernah pulak dengar naqibah sendiri sebagai mad'u kita....


walau bagaimanapun, saya akui kata2 naqibah saya itu memandangkan semua manusia itu tidak pernah lari dari kesilapan dan tidak akan pernah sempurna termasuk diri saya sendiri...


Ya, melihat semua orang sebagai mad'u... bayangkan anda berjalan2 di pasar mahupun di bandar, anda melihat ramai orang berjual beli, ada yang bersama keluarga, ada yang baru kembali dari menangkap ikan di laut, ada yang sedang termenung di balik perniagaannya, ada yang penjual mahupun pembeli yang sedang berbual mesra, ada anak kecil yang menangis dan ada anak kecil yang sedang bermain bersama mainannya malah ada juga yang sendirian di satu sudut bandar tempat kita berdiri....








Apa agaknya yang difikirkan kita tentang mereka? Adakah kita ada memikirkan tentang kerja2 kita di jalan ini dengan melihat akan mereka? Ataukah kita hanya bergembira dengan hari2 kita yang dilalui termasuk berjalan ke pasar atau bandar dengan biasa2 sahaja?


Seorang daie itu dalam hidupnya asyik memikirkan tentang dakwah sahaja, dalam fikirannya dalam jejak langkahnya, dalam tawanya, dalam perbualannya, dalam sosialnya, dalam jual belinya, dalam apa sahaja...


mulut senang berkata2, jari jemari ligat menulis di sini, namun tidak dinafikan ianya sangat memerlukan erti pengorbanan yang 'wowwww' lah katakan.... kita manusia tidak lari dari pelbagai hasutan dan tarikan duniawi, malah itulah merupakan antara godaan2 yang menyibukkan kita sehingga lupa akan budaya umat islam sejak berkurun lama itu sendiri yakni berdakwah...






Apa2 pun mari kita sentiasa renew niat kita, renew pandangan kita, renew fikiran kita n merefresh hati kita kembali... apa tujuan kita di dunia ini? Apa tujuan kita berusrah dan ikut program setiap minggu mungkin, mungkin setiap bulan?


Kita menyantuni mad'u2 kita dan mengajak orang lain mengenali islam mengenali ya Khaliq, tapi jangan ditinggalkan perasaan seronok dalam berusrah, jangan ditinggalkan rasa bezzzzzznyaaaaa menjadi mutarobbi yang sedang ditarbiyah dan mentarbiyah dalam usrah kita... kerana usrah itu membina, walau sesibuk mana kita, walau secebis apa iman yang ada, usrah itu medan top up iman kita, reload iman kita....


Dalam pada mengajak orang lain, masa itu juga kita memperbaiki diri sendiri...menunggu masa untuk menjadi sempurna entah bila agaknya? Anda ada jawapannya? Atau adakah saya ada jawapannya? Masing2 menjawab bagi diri sendiri ya... :D


Muhasabah diri sendiri dengan memuhasabah juga orang lain... insyaAllah...





Bintulu, Sarawak