Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan enggan bercakap dengan Naib Presiden baru Mesir Mohamed ElBaradei. Erdogan telah membuatkan pimpinan sementara Mesir tersebut marah selepas beliau menyatakan sokongannya pada presiden yang digulingkan,Dr Muhammad Mursi.
"Bagaimana saya boleh bercakap dengan anda? Anda tidak dipilih, anda telah dilantik oleh orkestra-orkestra rampasan kuasa," katanya pada hari Selasa, terhadap ElBaradei dalam ucapannya di laman web CNN-Turki itu.
Erdogan, pemimpin Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), telah menamakan rampasan kuasa itu sebagai "Musuh Demokrasi" dan berkata, Mursi adalah satu-satunya presiden yang sah di Mesir.
Kerajaan sementara di Kaherah telah mengatakan bahawa mereka sangat marah atas komen Erdogan tentang penggulingan Mursi, presiden pertama yang dipilih secara bebas di Mesir. [AFP]
Sumber : AlJazeera
No comments:
Post a Comment