Wahai daie,
Cuba bertanya dalam diri...
Cuba cari dalam diri...
Sebenarnya apa yang kita mahu dari dakwah ini...?
Dakwah tidak memerlukan kita...
Tapi kita yang memerlukan dakwah...
Wahai daie,
Cuba bertanya dalam diri...
Cuba cari dalam diri...
Mengapa egomu tinggi mengalahkan yang hak dilaksanakan...?
Mengapa egomu menjadikan engkau seorang daie robot...?
Hidupmu berulang setiap minggu berusrah...
Namun tiada peningkatan dalam amalmu kepada Allah SWT,
dalam gerak kerjamu...
Wahai daie,
Cuba bertanya dalam diri...
Cuba cari dalam diri...
Bagaimana hubunganmu dengan Allah SWT...?
Bagaimana hubunganmu dengan sesama manusia...?
Mari kembali kepada Allah wahai jiwa...
Setiap makhluk yakni manusia ada cerita tersendiri...
yang membawa mereka kepada hari ini...
Tak usah merasa lebih baik...
Riak tersembunyi itu sangat berbisa penangannya...
Wahai daie,
Cuba bertanya dalam diri...
Cuba cari dalam diri...
Kenali siapa diri...
Jangan lupa diri...
Bagai kacang melupakan kulit...
Semua berlaku atas kuasa-Nya...
Mengapa sentiasa lupa akan kekuasaan-Nya...?
Marilah kita memuhasabah diri...
dan memperbaiki kembali diri...
dan mengajak juga orang lain ke arah kebaikan bukan baik hanya sahaja pada diri sendiri...
Istiqamah itu manis tapi pahit untuk dipenuhi...
Di mana Allah dalam hati diri?
Di mana Islam dalam hidup diri?
Allah, lapangkanlah dada kami dengan kurnia iman...
dan indahnya tawakkal kepadamu...
*************************************************************************
Nukilan : Penulis
Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment