Hari-hari kita bangun tidur atas izin-Nya melangkah demi langkah, nafas masih tetap terhembus dengan izin-Nya juga. Tidak dinamakan kita hidup jika tiada masalah baik masalah itu kecil mahupun masalah itu besar. Masalah boleh menjadikan kita semakin lemah atau semakin kuat. Maka beruntungnya apabila kita semua menjadi lebih kuat selepas sesuatu masalah itu dihadapi.
Masalah si A tidak sama dengan masalah si B, masing-masing punya masalah sendiri dan mungkin ada juga yang mempunyai masalah yang sama cuma dengan persekitaran dan suasana orang yang berbeza sesuai dengan diri masing-masing. Melalui hidup dalam dakwah ini tidak boleh tidak diiringi dengan sabar dan ikhlas kerana Allah SWT. Banyak jenis orang yg kita temui sepanjang hari dalam hidup ini punya personaliti berbeza. Ada yang mudah untuk kita bawa bicara, ada yang segan kita bawa untuk bicara, ada yang sukar untuk kita bawa bicara and ada yang macam-macam lah jenis orang kat dunia ni.
" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Al-Baqarah : 286)
Yang pasti, kita mestilah mengimani dan meyakini bahawa Allah tidak mencipta alam ini tanpa tujuan atau untuk bermain-main sahaja, kerana perbuatan sia-sia dan main-main yang tidak mempunyai tujuan itu tidak layak bagi Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan. (Apa Ertinya Saya Menganut Islam)
"Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu untuk bermain-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami, maka Maha Suci Allah raja yang sebenarnya tiada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) arasy yang mulia."
(Al-Mukminun : 115-116)
Samalah halnya dengan kehadiran insan-insan dalam hidup kita, peristiwa-peristiwa dalam hidup kita sama ada kita suka atau tidak. Begitulah semuanya tidak berlaku dengan sia-sia. Terkadang apa yang sedang cuba kita usahakan sepertinya ada halangan, sepertinya ada orang lain yang tidak menyukai dengan fikiran, usaha dan pandangan kita terhadap sesuatu sehingga timbulnya masalah di situ.
Pernah kah dalam hidup pembaca-pembaca sekalian mempunyai seorang teman yang pernah tersungkur and pernah tersilap dalam menyusun langkah dan kemudian dia kembali ke jalan yang betul? SubhanAllah, sangat indah aturan dan rancangan Allah terhadap hamba-hamba Nya yang tak mampu kita tafsirkan. Justeru, kita tidak boleh meng-cop kan seseorang itu secara keseluruhan hanya pada sesuatu tempat/situasi/pandangan itu sahaja kerana mungkin teman kita itu mahu berubah cuma tidak tahu bermula di mana and bagaimana, mungkin teman kita itu sedang membuka langkah untuk berubah dengan kurniaan hidayah dari-Nya.
Soal hati dan niat kita pula bagaimana? Terkadang kita suka berfikir yang bukan-bukan terhadap sahabat kita dan perasaan itu malah ada yang sampai menyekat kita untuk lebih berukhwah dengan mereka. Apa sebenarnya yang ada dalam diri kita? Cuba periksa balik niat kita masing-masing dalam berkawan, bersahabat and berukhwah.. Terkadang kita tak sedar sahabat kita itu punya niat baik mahu berukhwah dengan lebih mendalam terhadap kita.
Bersabarlah kita dalam membuat sesuatu tindakan, duduk berfikirlah sejenak. Mungkin sesuatu perbuatan and niat kita itu ada yang boleh menimbulkan titik hitam dalam hati.. Terkadang masalah yang dihadapi kita tu memerlukan masa yang sangat lama and terkadang kita tak temui jalan keluarnya. Di situlah kita diuji dengan sekuat mana kita boleh berdiri, tentang sejauh mana kita boleh bertahan..
Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment