Maha Suci Allah subhanAllah... betapa indahnya jika kita lihat apa yang datang dan pergi dalam hidup kita ini adalah dengan kasih dan sayangnya Allah pada kita. Kenapa kita dicampakkan ke sini? Kenapa kita dipertemukan dengan orang ini? Kenapa kita perlu exam pada hari ini? Bagaimana kita boleh tersentuh untuk membaca entri ini? Semua, semua itu ada hikmahnya...
Cuma hati ini seringkali men-deny kan hakikat hikmah yang Allah nak berikan pada kita sehingga kita menyangka bahawa hidup kita adalah hasil dari usaha kita sendiri, melupakan DIA yang telah mencipta kita dengan sebaik-baik penciptaan.
Melihat rakan, family kita atau sebagainya sebagai mad'u kita. Bila kita punya pandangan berubah seperti itu, kita tidak akan kecewa apabila mereka meninggalkan kita atau maybe diorang tak suka dengan kita. Kerana kita mencintai, kerana Allah SWT dan Rasulullah SAW sahaja yakni salah satu dari kemanisan iman. Bila kita meletakkan hati kita pada orang sekeliling kita bukan pada Allah SWT yang paling berhak, kita mudah jadi rasa down kerana fokus kita dah bertukar kepada makhluk-Nya.
Hidup penuh hikmah. Sangat rugi apabila kita tidak mahu meningkatkan diri kita lebih baik daripada semalam. Pernah terdengar kata-kata itu dari seorang ustazah semasa penulis berada di sekolah menengah.
Kita tetap kena berusaha sebaik mungkin dalam setiap lapangan hidup kita ini. Usaha kerana Allah SWT dapat pahala, usaha kerana sebab lain hanya membuahkan perasaan letih.
Marilah kita sama-sama memuhasabah diri dan meraih keredhaan dari-Nya agar hidup lebih bererti. Marilah kita sama-sama membuang jauh-jauh perasaan kita yang mahu orang lihat kita ni lebih baik atau perasaan takut kita yang menyebabkan perbuatan baik kita tu terbantut...
Rugilah hidup tanpa tujuan...
Rugilah hidup tanpa penghayatan...
Rugilah amal tanpa niat kerana Allah SWT...
Rugilah masa tanpa dipenuhi dengan kebaikan...
Kebaikan yang bukan saja memberi tempias pada kita...
malah orang lain di sekeliling kita...
Bukan pandangan manusia yang dicari...
Bukan pujian makhluk yang mahu dipinta...
Bukan pangkat, hormat orang yang kita mahu...
Biarlah orang fikir kita begini dan begitu...
Biarlah mereka tidak mengenali siapa kita...
Redha siapa yang mahu dicari?
Kita hanya seorang makhluk kecil yang mahu mengejar redha-Nya...
Yang penting kebaikan yang kita cuba buat,
kerana Allah SWT sahaja...
Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment