Si Gendut kucing kami yang baru tu dah meninggal malam tadi,
Kehadiran dia dalam rumah kami walau cuma seketika memberi kenangan yang indah buat kami,
Malah Sang Penulis rasa bukanlah sekadar kenangan manis malah lebih dari itu,
Merupakan pengajaran yang Allah berikan kepada kami sebagai hamba-Nya,
Allah,
If dia nak bagi hidayah kat seseorang boleh jadi juga melalui haiwan,
Macam Si Gendut yang baru mati,
Melalui kehilangannya Sang Penulis belajar bahawa bilamana kita memiliki sesuatu yang sangat bernilai, dalam sedar atau tak sedar Allah tarik nikmat lain untuk menggantikannya,
Mungkin inilah maksud di sebalik rasa tidak sedap hati selama ni,
Kerana seakan-akan abang Sang Penulis mudah sahaja dapat memiliki kereta tanpa ada event yang menyentuh hati bersamanya,
Lalu kemudian Si Gendut mati,
Ya I guess thats it,
Allah ambik Gendut untuk gantikan dengan kereta abang Sang Penulis.
Malam tadi kami tido kat lua menemani Si Gendut and tak terfikir langsung dia akan pergi,
Kami ingat nak bawak dia gi klinik sabtu ni and belikan shampoo untuk die,
Then sangat berharap Si Gendut akan bersama kami sampai raya nanti tapi tak kesampaian,
Mungkin kami terlalu berharap pada Si Gendut sehingga Allah lebih sayang kepadanya lalu mengambil Si Gendut dari kami,
Mungkin juga kami jadi lupa tentang Allah bilamana ada Si Gendut,
Sebab itulah Allah ambik balik nikmat tu dari kami,
Wallahualam.
Bintulu, Sarawak.
credit |
No comments:
Post a Comment