credit |
Hidup dalam boneka sendiri,
Dia terpana akan keindahan yang sebentar cuma,
Apa yang dilihat tidak seperti apa yang dirasa,
Apa yang dirasa tidak seperti apa yang dilihat,
Apa yang diungkapkan tidak seperti tindakannya,
Apa yang dibuat tidak seperti yang diungkapkan.
Dan biarlah dia sendiri,
Dengan boneka dunianya sendiri,
Dicipta kerana hanya berdiri sendiri,
Cerita indah di luar kotak masa ini ternyata hanyalah sebuah cerita,
Tiada dia di dalam cerekarama itu,
Hanya angin bayu yang disangkakan,
Derap langkah tetap harus dijalani,
Kerana hidup bukan sekadar itu.
Biarlah,
Biarlah dia sendiri yang menanggung sesak rasa ini,
Siapa lagi yang mahu ambil peduli?
Adakah cerekarama di luar kotak masa itu tahu tentang dia?
Ternyata dia dan ceritanya cumalah boneka,
Boneka yang dicipta sendiri,
Yang nantinya bakal kelam dek masa yang mencemburui,
Dia harus pergi,
Itu lebih baik.
Bintulu, Sarawak.
No comments:
Post a Comment