8.30.2012

Anda dah ber-BM belum? | Opps, BM?

credits


As salam dan hai... :) baru-baru ni banyak dalam kalangan sahabat sang penulis yang telah mendirikan rumah tangga. Tahniah untuk mereka dan semoga perkahwinan berkekalan.. amiiin... BM stand for Baitul Muslim...

Baitul Muslim merupakan salah satu konsep pembinaan ummah yang bermula daripada diri kita sendiri iaitu individu muslim seterusnya baitul muslim sehinggalah ke peringkat dunia.

Tipulah kalau kita rasa tak nak kahwin apabila lihat sahabat-sahabat kita kahwin kan? Come to think of this, sana sini kita tengok jugak dalam facebook ramai yang suka post tentang cinta dan perkahwinan dan mostly diorang ni adalah belum berkahwin... apa yang sang penulis cuba sampaikan adalah mengapa kita suka memikirkan tentang jodoh padahal jodoh itu telah tertulis lebih dahulu sebelum kita lahir di dunia ini. Jadi, buat apa nak pening kepala memikirkan soal jodoh dan perkahwinan?

Adalah lebih balik kalau kita fokus pada diri sendiri terlebih dahulu, adakah kita sudah cukup soleh/solehah untuk mendapatkan suami/isteri yang soleh/solehah juga? Kata-kata dari seorang akhwat yang dah nak berkahwin tempoh hari, 

"... jangan nak bazirkan masa kita asyik fikirkan tentang cinta dan perkahwinan kerana hakikatnya umat ini sedang dalam keadaan kritikal dan amat memerlukan kita tentunya... umur akhwat semua dah berapa tahun? 20? 21? 24? Jadi, belum terlambat untuk jadi seperti Sultan Muhammad al-Fateh, pembuka kota Konstantinople suatu ketika dahulu. Tidak mustahil itu semua berlaku jadi jangan buang masa akhwat semua memikirkan tentang hal itu. Kita sebagai daie kena sentiasa ada matlamat jangka pendek mahupun jangka panjang yang hendak dicapai. Be serious on that! Buang semua rasa pemalas dan pemalu untuk berjaya di dunia dan akhirat tu. Rugilah kita di zaman muda asyik fikir tentang cinta dan perkahwinan padahal ada banyak lagi benda yang nak difikirkan daripada memikirkan tentang jodoh yang telah tertulis untuk kita.."

Ya, jodoh sememangnya telah tertulis sebelum kita lahir lagi di dunia ini. Cepat atau lambat, kita pasti menemui jodoh kita insyaAllah jadi fokuslah tentang matlamat kita terlebih dahulu...


*muhasabah diri sendiri terutamanya!


Bintulu, Sarawak




2 comments:

  1. jodoh memang dah ditetapkan dari azali....tapi usaha tetap perlu ada...

    "ustazharidrus: Soalan: Jodoh sudah ditentukan, kenapa perlu kita mencarinya? Jawapan: Rezeki pun sudah ditentukan, kenapa kamu pergi kerja untuk cari makan?"

    ReplyDelete
    Replies
    1. tetapi, begitu ramai juga manusia yang terlalu 'berusaha' mencari jodoh, hingga terlupa tentang matlamat dan tujuan dia diciptakan di dunia.

      apa yang dalam fikirannya, hanyalah cinta pada manusia. padahal hak Allah belum pun terlaksana.

      Delete