8.29.2012

Cabaran Menulis Blog | Oh, Ye ke?

credits

As salam dan hai... :) Selamat hari raya maaf zahir dan batin... semoga amalan kita di bulan Ramadhan diterima oleh Allah dan kita tetap istiqamah selepas habis Ramadhan... 

Ingatlah kata-kata Ulama’ terkenal, Dr. Yusuf Al Qaradhawi “Sesiapa yang menyembah Ramadhan, maka ingatlah bahawa Ramadhan akan berlalu. Tetapi, siapa yang menyembah Allah, maka Ia Maha Kekal Hidup dan tidak akan mati”.

Berjayanya seseorang keluar dari Madrasah Ramadhan dapat dilihat daripada perubahannya selepas Ramadhan di mana sejauh mana seseorang itu tetap istiqamah melakukan amalan-amalan di bulan Ramadhan pada bulan-bulan selepasnya..

Terkadang rasa takut untuk menulis sesuatu tu ada tika tangan menaip perkataan demi perkataan seperti yang sang pembaca sedang baca kini adalah tulisan saya. Kerana yang dinamakan kata-kata yang kita keluarkan itu, pasti akan diuji oleh Allah. Misalnya, adakah kita bercakap seperti yang kita cakapkan? Atau hanya manis di mulut sahaja namun hakikatnya bagaimana?

Ya, tidak mudah untuk berkata dan mengamalkan sekaligus apa yang kita katakan itu. Namun itulah yang dinamakan iman, iman yang tidak akan tergoda dengan hasutan syaitan yang tidak pernah putus asa mahu menyesatkan manusia. 

Kita pasti diuji dengan keikhlasan kita dalam menulis. Namun berhenti daripada menulis dan menyampaikan apa yang kita dapat supaya orang lain pun dapat seperti yang kita dapat juga adalah sebahagian daripada riak. Di mana kita berhenti melakukan sesuatu yang baik hanya kerana disebabkan oleh manusia dan bukannya Allah... Kenapa kita menulis? Dan kenapa kita tetap menulis?



Bintulu, Sarawak

No comments:

Post a Comment