8.07.2012

Dato' Lee Chong Wei Tetap Menang...

credits



As salam dan hai buat sang pembaca blog sekalian.. entri saya kali ini mungkin tidak dipersetujui oleh segelintir sang pembaca namun sang penulis suka untuk berkongsi apa yang sang penulis fikirkan...

Baru baru ni kita disajikan dengan kejayaan Dato' Lee Chong Wei dalam pencapaiannya di Pertandingan Badminton Final sukan Olimpik, kejayaan beliau mendapat pingat perak seharusnya dibanggakan oleh rakyat Malaysia dan juga para ikhwah akhwat sekalian kerana apa yang sang penulis lihat melalui kejayaan Dato' Lee Chong Wei adalah, beliau tidak pernah mengalah dalam perjuangannya dalam bidang badminton...

Kita sendiri dapat lihat beliau bermati-matian sedaya upayanya mengatur strategi permainan bersama pemain yang tidak kurang hebatnya iaitu dari China bernama Lin Dan.. kita juga dapat lihat bagaimana beliau dapat mengesan kelemahan lawannya dan dalam pentas gelenggang tersebut beliau terus cuba menangkis serangan demi serangan yang diberi oleh pemain dari China tersebut... Malahan kelemahannya sendiri juga berusaha di-overcome directly pada perlawanan itu...

Kejayaannya membuatkan sang penulis memuhasabah diri, bagaimana kita yang dikatakan sebagai seorang daie, adakah kita sudah cukup atau pernah bermati-matian dalam mengejar redha Allah dalam hidup, dalam dakwah dan tarbiyah? Sudahkah kita lihat dan telitikan kelemahan pihak musuh islam itu sendiri yang sehingga ke hari ini masih tetap menang mengaburi mata anak-anak islam? Dan yang paling penting sekali, sudahkah kita mengoreksi diri sendiri, kelemahan diri yang mana boleh jadi dapat diatasi dengan usaha yang berterusan walaupun sedikit?

Saya pasti kejayaan beliau bukanlah terhasil dari hanya usaha yang dibuat dalam dua hingga tiga hari sebaliknya usaha itu pasti melalui pelbagai ujian dan strategi mahupun pencapaian kendiri.. Kita bukan sahaja dapat lihat dari kejayaan Dato' Lee Chong Wei, malah dapat juga dilihat dalam prestasi orang Barat dalam mencapai kejayaan dalam bidang yang mereka ceburi seperti perfileman seperti Harry Potter, drama thriller seperti CSI dan macam-macam lagi. Di sini dapat dilihat mereka begitu serius dalam menjayakan sebuah filem mahupun drama yang menarik dan jadi rebutan para penonton seluruh dunia di mana usaha itu memerlukan juga pengorbanan mereka.

Bagaimana pula dengan kita bersama dengan logam kita? Sudahkah kita temui logam yang ada dalam diri kita untuk diberi dalam jalan dakwah ini? Rujuk Hadis Logam


Bintulu, Sarawak

No comments:

Post a Comment