Hati... sang penulis rasa dah banyak kali jugak sang penulis cerita pasal masalah hati di blog nih.. Iye, kerana hati tu 'fragile', mudah retak atau rosak.. Hati terkadang hitam dek kita yang tidak menjaga mata/pandangan, malah seringkali kita juga tidak tahu sama ada kita telah berbuat dosa ataupun tak, sehinggakan kita sebenarnya tanpa disedari telah melakukan dosa kepada Allah..
Itulah dia, dosa hati mungkin suatu yang tersembunyi mahupun disedari.. namun bagi kedua-dua ini, dosa hati yang tersembunyi itulah yang bahaya kerana seperti yang sang penulis ceritakan tadi, kerana ianya mungkin tidak disedari...
[credit] |
Malah hati juga mungkin menjadi hitam jika kita selalu berbuat maksiat kepada Allah, merasa diri lebih baik dari orang lain, riak, ujub, takbur, mengumpat, menghina dan memandang rendah orang lain adalah contoh hal yang kita selalu tersalah pandang..
Misalnya, dalam situasi mengumpat, kadang kita cakap jer kita discuss tentang 'orang' tu, tapi sebenarnya jauh lebih itu barangkali mengumpat dan berkata yang tidak-tidak mengenai 'seseorang'...
Situasi yang lain di mana kita selalu meng-post status/ tweeter sama ada nasihat/kata2 hikmah dan sebagainya di laman sosial seperti Facebook dan Twitter, kita juga perlu sentiasa menjaga hati... Kita mungkin pernah mempersoalkan persoalan seperti ini semasa menulis status/twitter.... :
" Berapa banyakkah orang yang LIKE status aq. Huish, tak pasal-pasal aq jadi famous sekejap."
Persoalan seperti ini terkadang menimbulkan rasa riak di dalam hati yang mana kita mungkin tidak sedari. Apa-apa pun niat kita dalam meng-post sesuatu di Facebook mahupun Twitter tu sebaiknya dibuat hanya kerana Allah sahaja...
[credit] |
Barangkali ia akan menjadi sebahagian daripada ibadah kerana membuat sesuatu kerana Allah, atau lebih teruk lagi mungkin menjadi muflis di akhirat kelak disebabkan oleh status2/twitter2 yang tidak 'sepatutnya' di Facebook mahupun Twitter... (sang penulis rasa nak deactivate Facebook dan Twitter pulak dah bila teringat akan kenyataan muflis yang mungkin berlaku, kita tak tahu bukan..)
Apa-apa pun, try guna kemudahan seperi Facebook mahupun Twitter ke arah tujuan yang lebih baik lillahi Taala..
Begitulah iblis/syaitan mengaburi mata manusia untuk berbuat dosa melalui sesuatu perbuatan yang kelihatan 'kecil' di mata manusia namun tanpa disedari suatu hari nanti boleh jadi 'besar' pula sehingga akhirnya hati kita hitam.. nauzubillah... Kita yang rugi, syaitan pulak ber-hoorayy melihatkan kita yang senang terpedaya...
Sang penulis juga tidak terlepas dari hasutan syaitan di mana banyak menguji diri sendiri dan juga orang lain. Apa yang penting, bila dah buat dosa tu, baik bertaubat terus (solat taubat) n etc.. dan tidak semestinya perlu menunggu nak buat solat taubat time qiam sahaja (sebagai contoh)...
Syaitan itu boleh sahaja menghasut kita untuk meng-delay kita punya intention untul bertaubat.. Salah satunya seperti menghasut kita agar tidak bangun qiam sebagai contoh lantas menyebabkan kita tidak solat taubat sampai bila2 jadinya, kita yang menyesal tak tentu pasal... tapi nak salahkan syaitan sahaja pun tak jugak, diri sendiri dengan nafsu masing2 juga perlu diambil kira... ^^
[kredit] |
Kalau di airport misalnya kita selalu lihat orang balut barang yang fragile dengan lapisan plastik yang tebal meliputi kotak barangan fragile tersebut namun itu tidak cukup bagi hati kita kerana hati lebih lebih lagi fragile.. ia pelu dijaga sentiasa tidak hanya dibaluti dengan lapisan luaran yang tebal untuk melindunginya... malah mungkin juga perlu diberi makanan dengan zikrullah..insyaAllah Allah jaga kita dari perkara yang tak baik dengan berzikir...
Selalu ingat Allah, beristighfar dan berselawat ke atasnya merupakan salah satu cara untuk menjaga hati kita yang 'fragile' ini..
[credit] |
Huhu, ayat skemaa habis!!! Whatever! XD Tapi entahlah, sang penulis lebih suka menulis dengan ayat yang agak 'skema' macam ni...huhu, so please don't mind.. : ) Back to the topic for this entry....
Sang penulis juga ada terbaca tentang suatu artikel tentang amalan di dunia di mana bila kita dah mati nanti kita akan tercari-cari amalan yang kita buat selama di dunia...
InsyaAllah tidak rugi kita berzikir/beribadah walau dalam keadaan 'sedar' mahupun 'tidak sedar', kerana di sebalik amalan itu terkunci keredhaan Allah yang mana kita sebagai hamba-Nya sendiri pun tidak tahu yang mana satu amalan kita yang diambil oleh Allah SWT sebagai pahala atau aset untuk mendekatkan diri kepada-Nya...
Zikir mungkin nampak seperti hanya sebuah ibadah/amalan kecil bagi sebahagian manusia seperti kita, yang mana kita sering tersalah pandang, namun zikir juga-lah merupakan salah satu amalan yang disukai oleh Rasulullah SAW dan lebih2 lagi juga Allah SWT.. : D
Sekian sahaja untuk kali ini... peringatan juga untuk sang penulis sendiri terutamanya..! Selalu check hati kita...!!! Rapatkan hubungan yang erat kepada Allah dengan zikrullah/amalan yang mendekatkan kita kepada-Nya...
Kuala Lumpur
[credit] |
No comments:
Post a Comment