Kata-kata dari seorang akhwat,
" Aku tidak dilahirkan sebagai seorang yang petah berbicara. Maka apa salahnya aku BELAJAR untuk menulis sesuatu yang tidak mampu aku bicarakan itu."
Kata-kata yang sangat melekat di hati kerana dia pun begitu...sukar untuk menjelaskan apa yang ada di kepala kepada bentuk lisan..hmm
Biasa kita berkumpul dengan umat manusia setiap hari, ternyata ada masanya kita lupa pada-Nya saat kita berhubung dengan manusia. Di setiap perbualan, tawa dan sebagainya... Tidak mampu dia gambarkan perasaan yang hadir saat ini...
Terasa diri duduk selesa bergoyang kaki... melihat realiti umat yang semakin tenat pada hari ini... kata-kata itu mudah untuk dikata namun sejauh mana penzahiran perbuatan kita jika dibandingkan dengan kata-kata...?
Mungkin hati ini terlalu kotor, mungkin hati ini meninggalkan bekas setelah satu persatu paku- paku jahiliah cuba dicabut dari ruang hati yang azalinya suci putih dan bersih...di manakah kelemahan kita dalam ber-ACTION dalam jalan ini? Terkadang cemburu melihat akhwat-akhwat lain telah berjaya membawa usrah sendiri, menyambung tarbiyah..menyebar haruman pada insan yang masih baru...
Andai rasa cemburu ini salah, maka apa bezanya dengan orang yang langsung tiada ada perasaan cemburu tentang itu dalam hatinya? Mungkin perlu melihat pada hati, adakah kita meletakkan hati kita sebagai benar-benar tulus dan ikhlas dalam jalan ini? Atau, adakah masih ada ego mahupun jahiliah dalam diri yang begitu degil mahu berdiri mengatasi kebaikan yang mahu dibuat?
Tarbiyah adalah satu proses/pembentukan untuk melahirkan muslim yang baik(berkualiti) yang kemudiannya akan melahirkan 'ACTION' terhadap jalan yang dilalui, menyebar harum pada orang lain bukan termaktub pada diri sendiri sahaja.
Tarbiyah meliputi segalanya.
-Tarbiyah aqliah(ilmu dunia dan akhirat),
-Tarbiyah khuluqiah (akhlak)
-Tarbiyah ruhiyah (ibadah eg.bc Quran, Qiam n etc)
-Tarbiyah jihadiah (terhadap NAFSU, harta, jiwa, emosi dan perasaan)
-Tarbiyah Ijtimaiah (bergaul dengan masyarakat tidak berkumpul hanya pada golongan tertentu)
-Tarbiyah Jasadiah ( terhadap fizikal melalui senaman spt jogging, olahraga n etc)
-Tarbiyah Siasiah (politik)
Namun tarbiyah-tarbiyah ini tidak boleh diambil hanya satu daripada komponen-komponennya. Mengambil satu daripadanya bermakna mengambil semuanya dalam proses-proses tarbiyah....
"Sudahlah jahil menunjukkan pula dia tidak jahil"kata-kata Ustaz Azan pada majlis ilmu itu terngiang-ngiang di benak fikirannya.
No comments:
Post a Comment