12.20.2011
Test | Ujian | Cubaan
Manusia tidak pernah dapat lari dari ujian Allah SWT. Baik ianya ujian kesenangan mahupun kesusahan, terpulang pada si pemilik diri bagaimana mahu menyelesaikan masalah mahupun ujian yang dihadapinya.. Kita selalu mengaitkan ujian dengan peperiksaan, tapi jarang mengaitkan ujian itu dengan usaha. Usaha untuk keluar dari ujian yang dihadapi dan terus tetap berdiri mempercayai rahmat Allah itu masih ada.
Rezeki ada di tangan-Nya, cuba meyakini ini semua ada hikmah. Dan sememangnya apa yang berlaku dalam hidup kita tidak sia-sia. Bukan saja-saja kita diberi sesuatu ujian itu, bukan saja-saja kita dicampak ke sesuatu tempat, bukan saja-saja kita ada di sebuah majlis ilmu, bukan saja-saja kita bertemu dan berpisah dengan manusia-manusia. Kerana semua ada hikmah.
Malah siapa yang lebih dekat dengan diri kita jika bukan Allah. Bagaimana Dia mencipta kita dengan penuh kasih sayang sepertimana sang pelukis yang mahu melukiskan sesuatu pada kertas lukisannya, memerlukan minat, sayang untuk mencurahkan seninya di atas kertas kosong.
Di sini tarbiyah bermula dengan sangat deras. Ujian nafsu sentiasa mengaburi mata. Persoalan diri atau mad'u menjadi tanda tanya besar. Bergerak dalam dakwah dan tarbiyah menjadikan diri semakin mahu berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Jalan ini sangat panjang dan sangat lambat namun penghujungnya kejayaan yang sangat manis, melahirkan hati-hati yang tetap tsabat, faham dan mencintai jalan ini kerana budaya islam adalah berdakwah.
Bagaimana orang-orang kafir mahu memisahkan kita dengan budaya ini dengan cara, memisahkan kita dengan Al-Quran dan lupakan budaya kita yang sememangnya dari zaman Rasulullah SAW sendiri ia diamalkan, dakwah. Sistem pendidikan mostly diambil dari sistem Barat sehinggakan seorang pelajar muslim sibuk dengan study, study and study je tanpa menghiraukan budaya orang islam yakni dakwah. Di manakah kita hari ini?
Maybe ada yang stress and rasa perkataan dakwah ini berat. Apa-apa saja boleh jadi dakwah, mengajak orang solat berjemaah, menulis post2 tentang kebaikan kat facebook adalah dakwah malah yang paling mudah adalah dakwah dengan akhlak.
Hidup di bawah naungan Al-Quran. Macam mana tu ye? Suatu perkataan yang kita baca tapi mungkin kita tak faham maksudnya seperti diri ini sebelumnya. Alhamdulillah dan insyaAllah akan cuba terus dihayati. Analoginya seperti bayangan manusia tidak pernah tiada meskipun di suasana gelap, bayangan tetap ada tetapi tidak dapat dilihat kerana suasana gelap. Ke mana saja, bayangan itu mengekori kita, bersama-sama diri.
Al-Quran bergerak bersamanya seperti bayang-bayang yang tidak pernah lari dari dirinya. Hidup di bawah naungan al-Quran, membacanya, memahaminya, mengamalkannya, dan memberitahu orang lain dan mengajak mereka untuk turut sama merasai nikmat itu.
Terasa diri ini masih belum berbuat apa-apa pun apabila mendengar pengalaman-pengalaman mereka yang telah lama dalam jalan ini, mereka sanggup bertungkus-lumus menyediakan masa yang kosong untuk DnT walaupun kerja-kerja mereka juga banyak di luar sana. Bagaimana seorang doktor yang sangat sibuk mampu menyediakan dirinya untuk DnT selesai kerjanya?
Kita membawa orang bukan untuk meramaikan tapi mahu melahirkan individu-individu yang berkualiti.
Salam DnT.
Kuala Lumpur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment