12.09.2011

Mujahadah


Berbulan sudah dia berada di universiti itu, menyambung pelajaran setelah tamat matrikulasi...tercampaknya dia ke suatu course yang agak asing dalam masyarakat menyebabkan dirinya sendiri bermujahadah, ada hikmah di sebalik semua ini..


Mengekalkan diri dalam proses tarbiyah, salah satunya dengan menghadiri majlis-majlis ilmu seperti usrah, ceramah, dan sebagainya..


Mengapa Allah meletakkan dia di sini? Mengapa dia menghadirkan rakan2 yang begitu setia menemani tatkala bersendiri, tatkala iman jatuh naik? Ada saja yang datang membantu...


Tidak, Allah sememangnya selalu bersama kita, tahu kita apa adanya... Tinggal kita sahaja yang mahu merasakan-Nya ada.. Allah tidak memerlukan kita, kita yang memerlukan Allah. Bayangkan, sehari dalam hidup kita tanpa Allah mungkin tiada bermakna apa-apa, mungkin sia-sia hidup ini...


Tauhid-Ibadah-Akhlak masing-masing berkaitan antara satu dengan yang lainnya... ibadah yang diamalkan melahirkan buah akhlak yang dipenuhi dengan keikhlasan...


Namun semuanya masih tetap bergantung kepada niat seseorang...Bukan mudah untuk membaiki niat dan menetapkannya ke arah yang betul, lalu mujahadah lagi menjadi solusi. Mujahadah melawan nafsu, nafsu yang buruk membawa kepada kemelaratan...


Tarbiyah Jihadiah, tarbiyah melawan NAFSU, harta, emosi, jiwa dan perasaan dan mungkin juga masa...


Peringatan jua buat diri...






No comments:

Post a Comment