Pengertian bulan ramadhan itu ada banyak, namun di sini saya nak share dua je. Ada bayak lagi, masing-masing boleh explore sendiri, dengan kemudahan yang ada pada masa kini. Tekan klik jak pun dapat terus apa yang kita cari, insyaAllah. InsyaAllah I try my best. Maklumlah, kita ini manusia tidak pernah lari daripada kesilapan. Nobody is perfect. Cuma sorang je yang perfect iaitu nabi kita, Rasulullah SAW. Dalam al-Quran sendiri pun Allah SWT bersabda,
" Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung." (al-Qalam:4)
Ramadhan itu boleh diertikan sebagai bulan Al-Quran. Pada bulan inilah kita memperkasa dan menambah baikkan kita punya hubungan dengan Allah SWT salah satunya ialah dengan membanyakkan membaca al-Quran. Kita sedia maklum di sini mungkin sudah ramai yang tahu membaca al-Quran. Namun, cukupkah kita dengan hanya membaca al-Quran sahaja lebih-lebih lagi di bulan ramadhan yang mulia ini.
Ya, marilah kita sama-sama mengimarahkan bulan ramadhan ini dengan banykkan baca al-Quran dan menghafaz al-Quran. Tak banyak, satu ayat sehari pun boleh jak insyaAllah. Cuba selagi sedaya yang kita mampu buat. Kalau zaman sahabat-sahabat nabi dulu, sehari satu juzuk yang dibacakan. Kita pada zaman sekarang dihimpit dengan jadual-jadual kehidupan sehinggakan kita lali untuk membaca al-Quran.
Lebih teruk lagi langsung tak membaca al-Quran. Nauzubillah, mohon kita semua dijauhkan daripada menjadi orang yang sebegitu. Dahulu pada zaman Rasulullah SAW banyak sangat orang yang mati syahid atau mati di jalan Allah. Baru dengar malam tadi dalam acara Tanyalah Ustazah di tv9.
Allah pilih orang yang paling banyak hafaz Quran dalam hatinya untuk menjadi orang yang pertama berjuma denganNya, orang yang sikit n tak banyak hafaz Quran tu dikemudiankan. Jadi kita tok macam ne? Adakah kita dah ready untuk menghafaz Quran? Atau menghafaznya secara konsisten.
Sifat lupa manusia itu adalah fitrah, kita tidak dapat lari daripada lupa setelah selesai menghafaz ayat al-Quran. Namun, paling baik sekali adalah kita istiqamah untuk terus mengahafaz dan merefresh balik apa yang kita telah hafal.
Dan jika kita belum start apa-apa pun untuk hafal, satu ayat sehari itu adalah baik atau lebih baik lagi lima ayat sehari. Mari kita sama-sama menambahkan amalan kita seharian, InsyaAllah kita sama-sama saling memperingati antara satu sama lain. Sungguh indah apabila seorang hamba menemui Tuhannya.
Yang kedua, Ramadhan itu diertikan sebagai bulan berkasih sayang, bulan kerahmatan yang dikurniakan oleh Allah buat kita hamba-hamba Nya di dunia ini. Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya. Allah sayang pada kita hamba-hambaNya untuk kita dapat menumpukan perhatian dan fokus kita untuk beribadat kepadanya sepenuhnya tanpa gangguan daripada syaitan.
Namun disini suka saya highlightkan bahawa walaupun syaitan itu sudah siap meninggalkan kita pada bulan ramadhan yang mulia ini, kiata harus ingat, nafsu itu sentiasa berpijak kukuh di dalam hati. Nafsu ada yang baik dan ada yang buruk.
Nafsu yang baik,jiwa yang membawa ketenangan. nafsu mutmainnah. Jiwa memerlukan kita untuk memberinya makan, sama seperti kita makan untuk kenyang namun hati kita beri makan untuk kita tenang. Nafsu jahat boleh dijinakkan dengan kita selalu ingat kepada Allah, nafsu sering mengajak kita ke arah keburukan.
Sungguh hebat dan terpuji orang yang dapat menundukkan nafsunya, malah kita sendiri yang berkuasa mengawal nafsu kita itu sendiri bukan nafsu yang mengawal kita sehingga terjadi sesuatu yang buruk.
Lebih-lebih lagi bila kita puasa, nafsu itu sentiasa ada pada diri. Puasa, namun anggota lainnya seperti lidah tidak puasa? Malah bulan puasa, terikut ikut pula kita dengan nafsu amarah sehingga mengganngu keberkatan puasa yang kita sedang lalui.
Meninggikan suara kerana marah, kasar, tidak menjaga pandangan dan sebagainya adalah contoh perbuatan apabila kita menngikut nafsu semata-mata. Sehingga akhirnya, hati kita mati. Sukar sekali hidayahnya masuk ke dalam hati kerana ada lapisan menebal yang menutupi hati yang mahu bersih. Mau dicuci dengan klorox, nah ada juga kesannya ya. Nafsu yang baik membawa kita kepada kebaikan.
Berkasih sayang sesama kita, lemah-lembut sesama kita. Allah sangat suka memberi kebaikan-kebaikan kepada orang yang berkasih sayang dan berlemah-lembut dalam komunikasi seharian. Jadikanlah bulan ramadhan ini sebagai turning point kita untuk u-turn ke jalan Allah.
Kalau dahulu, kita susah sangat nak mesra dengan orang malah bagi muka masam pulak tu, bulan ramadhan apa salahnya kita mengorak langkah menjadi lebih baik, kita senyum kat orang, mesra dengan orang. Amat rugi orang yang melalui bulan puasa namun dia tidak mendapat keampunan daripada Allah SWT.
Bersyukur kita kerana Allah masih lagi mahu memberi peluang buat kita untuk berjumpa dengan bulan ramadhan. Ada yang sungguh menyedihkan apabila kita dengar orang mati pada hari pertama bulan ramadhan. Hari pertama sudah Allah tarik nyawanya. Bersyukur kita kini kita sudah berada di ramadhan ke 7 dan masih bernafas, ada banyak masa dan ruang untuk kita beribadat kepada-Nya insyaAllah.
Segalanya berada di tangan Allah, Dia Maha Berkuasa pada hamba-hamba-Nya di dunia ini. Maaflah di sini saya menggunakan perkataan mati kerana ia lebih menyebabkan kita untuk ingat betapa dekatnya mati itu untuk kita ingatkan.
Mati dan meninggal dunia, perkataannya membawa impak yang berbeda. Perkataan mati itu lebih meneyebabkan kita berasa tragis dan ingat adakah cukup kita punya amalan di dunia ini? Adakah sudah cukup untuk kita dapat berjumpa dengan Allah? SubhanAllah, tidak dapat digambarkan bagaimana suatu hari nanti kita dapat menemui Allah dengan keadaan kita pada hari itu penuh dengan kebahagiaan kerana berjaya masuk ke syurgaNya.
Suatu nikmat yang amat besar, menemui dan berjumpa dengan Allah, Rabbi kita yang telah menciptakan kita. sehingga setiap apa yang kita buat di dunia ini kita hanya ingat semua ini adalah ciptaan Allah semata-mata. Sehinggakan apa sahaja ujian malah dugaan yang bakal kita lalui, akan kita hadapi dengan bermunajat kepada Allah. Allah, Tuhan yang Maha Berkuasa kepada kita, memebri kita ujian untuk mebguji siapakan yang paling beriman di antara kita semua. Semoga kita adalah antara orang-orang yang dapat berjumpa dengan Allah. Amiin.
Dan sungguh gembira juga perasaan kita di akhirat kelak kita berada bersama di sisi Rasulullah SAW. Suatu hadiah yang cukup besar, insan yang sungguh kita rindui untuk kita bersamanya. Malah tika Rasulullah SAW wafat, beliau masih menyebut-nyebut kita. Betapa sayangnya Rasulullah SAW kepada kita umatnya.
Tidak dapat dibayangkan kita berdiri di samping Rasulullah SAW, malah bertegur sapa bertanya khabar menceritakan hal-hal ketika kita di dunia. Bagaimana kita mahu mendekat dengan Rasulullah SAW di akhirat kelak. Mudah sahaja, berselawatlah banyak-banyak kepada-Nya. Rasulullah SAW pernah berkata, " Orang yang paling dekat denganku di hari akhirat kelak adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku."
Jauhi pembaziran.
Makin lama ramadhan, makin sedih kerana hari untuk kita beribadat sudah suntuk, bukan bergembira kerana ketibaan hari raya. Apakah kita dapat berjumpa dengan ramadhan lagi pada tahun hadapan? Wallahualam.
No comments:
Post a Comment