Sekumpulan nelayan turun ke laut untuk menangkap ikan. Setelah tiga hari mereka berada di laut, mereka langsung tidak mendapat walau pun seekor ikan. Pada masa yang sama terdapat sekumpulan lagi nelayan yang mendapat banyak ikan, tetapi mereka ini tidak pernah sujud kepada Allah.
Kumpulan yang pertama tadi berkata: Subhanallah, kita solat tetapi gagal menangkap ikan walaupun seekor. Sementara mereka yang tidak pernah sujud kepada Allah mendapat banyak hasil tangkapan. Lantas syaitan membisikkan kepada mereka agar meninggalkan solat. Mereka terpedaya dengan bisikan tersebut lalu mereka tidak solat subuh, zohor dan asar.
Selepas asar mereka pergi untuk menangkap ikan dan Berjaya menangkap seekor ikan. Mereka menangkap ikan itu dan membelah perutnya. Mereka semua terkejut kerana didapati sebutir mutiara yang mahal dari perut ikan itu. Salah seorang berkata : Subhanallah, ketika kita taat kepada Allah kita tidak mendapat apa-apa. Namun ketika kita menderhakainya kita mendapat mutiara. Sesungguhnya rezeki yang kita peroleh ini tidak patut diterima.
Kemudian dia mencampakkan mutiara itu ke laut. Dia berkata : semoga Allah menggantikannya dengan yang lebih baik. Demi Allah aku tidak akan menerimanya kerana Allah berikan ketika kita tidak solat kepadaNya. Marilah kita berpindah ke tempat kita melakukan dosa ini.
Selepas tiga batu mereka meninggalkan tempat itu, mereka berusaha untuk menangkap ikan buat kali kedua. Mereka Berjaya menangkap ikan Kun¡¯ud. Perut ikan itu dibelah dan ternyata didapati sebutir mutiara. Mereka berkata : segala puji bagi Allah yang telah memberi rezeki yang baik kepada kita. Ini diperolehi selepas mereka bersolat, berzikir dan bertaubat kepada Allah. Maka mereka menerima mutiara tersebut.
Suntingan daripada kitab :
La Tahzan : Dr Aidh bin Abdullah al-Qarniy
PENGAJARAN :
1- Allah member kejayaan kepada sesiapa sahaja yang berusaha walaupun seseorang itu mendurhakaiNya.
2- Rezeki yang berkat diberikan dalam keadaan seseorang itu sentiasa mentaati Allah.
3- Allah sentiasa menguji hambaNya untuk meningkatkan keimanan.
4- Pilihlah memperoleh kejayaan dalam keadaan mentaati Allah.
" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ".
( Surah At Taubah : Ayat 59 )
No comments:
Post a Comment