Partridge (1985)
mendapati bahawa kawalan perseksi (perceived control) memainkan peranan penting
dalam pengambaran keadaan sendiri bagi pesakit yang menjalankan pemulihan selepas
menghidap strok melalui perwakilan mental (mental representation).
6.03.2012
Lokus Kawalan (Locus of Control) Part 4
Lokus kawalan (locus of
control) merupakan satu konsep yang dibangunkan oleh seorang ahli psikologi
yang bernama Julian Rotter pada tahun 1950-an. Rotter mencadangkan bahawa
persepsi seseorang adalah ditentukam oleh lokus kawalan mereka sendiri. Lokus
kawalan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu, lokus kawalan dalaman
(Internal Locus of Control) dan lokus kawalan luaran (External Locus of
Control). Mereka yang mempunyai lokus kawalan dalaman memegang kepercayaan
bahawa mereka dapat mengawal nasib mereka sendiri. Mereka cenderung untuk
menyakini bahawa kemahiran, keupayaan dan usaha mereka sendiri menentukan
sebahagian besar pengalaman hidup mereka. Sebaliknya, orang dengan lokus
kawalan luar mempercayai bahawa kehidupan mereka kebanyakannya
ditentukan oleh sumber-sumber luaran seperti nasib, peluan atau
sumber lain yang mempunyai kuasa.
Efikasi Kendiri (Self-Efficacy) Part 3
Bandura (1995) menjelaskan efikasi kendiri (self-efficacy) sebagai kepercayaan kepada keupayaan seseorang untuk mengorganisasi dan melaksanakan sesiri aksi yang dikehendaki untuk menangani pelbagai situasi. Prinsip asas teori efikasi kendiri ialah pencapaian dan motivasi individu ditentukan oleh kepercayaan terhadap diri sendiri (Bandura 1982). Individu lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam aktivti yang mereka mempunyai efikasi kendiri yang tinggi berbanding dengan aktiviti yang lain (Van der Bijl & Shortridge-Baggett 2002). Efikasi kendiri menyediakan asas kepada motivasi manusia (human motivation), kesejahteraan (well-being), dan pencapaian peribadi (personal accomplishment). Hal ini disebabkan individu mempunyai insentif yang tinggi untuk menghadapi cabaran dan dapat menjana hasil yang diingini apabila individu tersebut diberi kepercayaan.
Aplikasi Teori Kognitif Sosial Part 2
Struktur yang Bandura membentangkan dalam Teori Kognitif Sosial (SCT) merangkumi komponen-komponen penting yang perlu kita mengambil perhatian apabila mengalami proses pengubahsuaian tingkah laku. Penekanan SCT Bandura mewujudkan rangka fleksibel untuk memperbaiki pelbagai situasi bekerja dan tabiat peribadi. Pendekatan beliau adalah mudah, menggunakan persefahaman bersama, dan berorientasikan tindakan, mengabaikan abstrak untuk kebolehan kerja.
SCT mengambil kira faktor
peribadi (personal), faktor persekitaran (environmental), dan faktor
tingkah(behavioral), menjadikannya satu model yang berguna untuk prosedur
terapeutik dan kaunseling (Pajares). Bandura membentangkan pengawalan
sendiri (self-regulation) sebagai kunci kepada pertumbuhan dan pembelajaran;
ciri ini melibatkan mengawal tingkah laku kita sendiri (Boeree). Bandura
mengemukakankan sekurang-kurangnya tiga langkah terhadap penggunaan fungsi
pengawalan sendiri yang berkesan.
Pertama sekali, kita
mengamalkan pemerhatian sendiri (self-observation), iaitu memerhatikan tingkah
laku sendiri dan mencatatkan corak-corak tersebut. Kedua, kita mesti
membandingkan apa yang kita dapat memerhatikan daripada diri kita dengan
sesuatu piawaian. Peringkat ini dikenali sebagai pertimbangan atau penghakiman
(judgement) di mana kita boleh menggunakan piawaian tradisional, menciptakan
piawaian subjektif, atau bersaing dengan orang lain dalam perbandingan. Elemen
ketiga ialah tindakansendiri (self-response). Selepas membuat pertimbangan dan
mewujudkan piawaian, kita menetapkan satu sistem pengukuhan (system of
reinforcements) (White). Pengukuhan ini akan diaplikasikan dalam ganjaran
kepada diri anda kerana mampu mencapai sasaran seharian dan juga dalam hukuman
terhadap diri anda keranan kegagalan untuk mencapai sasaran seharian.
Namun begitu, hukuman diri
(self-punishment) yang berlebihan boleh memudaratkan dan perlu dilaksanakan
dengan berhati-hati. Bandura telah menyatakan tiga akibat hukuman diri
yang berlebihan, iaitu pampasan (compensation), tidak aktif (inactivity), dan
melarikan diri(escape). Pampasan adalah serupa dengan kompleks tinggi diri
di mana keadaan fikiran yang membuat seseorang bertindak seolah-olah dia lebih
baik atau penting daripada orang lain sesungguhpun dia berasa mereka lebih baik
daripada dirinya. Tidak aktif merujuk kepada sikap tidak mengambil
peduli, kebosanan atau kemurungan. Akibat yang paling teruk ialah
melarikan diri, termasuklah menyalahgunakan dadah dan alcohol, bahkan bunuh
diri.
Idea-idea di sebalik kawalan diri telah
dimasukkan ke dalam teknik terapi yang dipanggil terapi kawalan diri
(self-control therapy). Terapi ini adalah agak berjaya dalam menangani masalah
yang agak mudah menjadi kebiasaan seperti merokok dan makan berlebihan.
Terdapat 3 komponen dalam terapi ini yang menumpukan perhatian kepada
kepercayaan diri, faktor persekitaran dan tingkat laku seperti yang ditekankan
oleh Bandura. Komponen-komponen itu termasuklah carta tingkah laku (behavioural
chart), perancangan alam sekitar (environmental planning), dan kontrak diri
(self-contracts).
Terapi ini dimulakan dengan
mencatatkan tingkah laku pada peringkat awal. Tujuan carta tingkah laku ini
adalah untuk membantu seseorang untuk melihat di mana dan waktu apabila dia
mengamalkan sesuatu tingkah laku. Dan seterusnya daripada petunjuk mencari
‘isyarat’ yang mencetuskan tabiat tersebut. Selepas mengenalpasti faktor
pencetusan tingkah laku tersebut, seseorang boleh mula untuk mengubah
persekitaran di sekitarnya melalui perancangan alam sekitar. Pemupukan tabiat yang
lebih baik dan bukannya berhenti carayang ketinggalan zaman adalah lebih
berkesan dalam proses perubahan tingkah laku. Langkah terakhir terapi ini
adalah untuk mewujudkan kontrak kendiriyang boleh dilaksanakan bersendirian di
bawah arahan profesional atau sokongan rakan, iaitu satu set ganjaran kerana
berjaya mengikuti sesi terapi dan penalti untuk yang sebaliknya.
Oleh itu, melalui
proses kawalan sendiri dan efikasi diri, digabungkan bersama prinsip terapi
kawalan sendiri, seseorang boleh mengubah tingkah laku yang tidak diingini
dengan berkesan. Dengan memanfaatkan keupayaan ini,kita adalah lebih berupaya
untuk menilai tingkah laku kita dan bekerja ke arah mempelajari gaya hidup yang
sihat dan berjuang untuk mengikiskan tabiat buruk. SCT Bandura telah
menyediakan cara yang praktikal ke arah perubahan tingkah laku dan
mempertimbangkan banyak aspek yang berkaitan dengan pembelajaran manusia dan
menyesuaikan nya untuk kegunaan pengguna.
Kesimpulannya, perubahan
tingkah laku adalah perkara individu dan ia melibatkan banyak proses kerumitan
sehingga tiada pelan yang ditetapkan boleh menampung semua. Namun begitu, SCT
Bandura menawarkan fleksibiliti yang diperlukan dan membimbing ke arah
kejayaan. Oleh sebab perubahan tingkah laku bersifat individu dan melibatkan
pelbagai kerumitan sehingga tiada pelan tetap yang boleh menampung sepenuhnya.
SCT Bandura menawarkan fleksbiliti yang diperlukan dan menentukan arah untuk
kejayaan. Rekaan ini sudah tersedia dan berada dalam genggaman kami.
6.01.2012
Diriku Perlu Bermuhasabah
Lama sudah agaknya blog ini sepi tanpa entri terbaru dari sang penulis. Kita memang perlu banyak memuhasabah diri, memerhati keadaan sekeliling dan lagi dan lagi banyak memuhasabah diri. Itulah, pernah sang penulis dengar dari seorang sahabat sebelum ini, di mana orang yang paling senang untuk dijadikan mad'u ialah orang yang mudah sekali memuhasabah dirinya walaupun bukan dirinya yang menghadapi sesuatu ujian ataupun keadaan yang menimbulkan muhasabah itu. Memuhasabah diri memperbaiki diri menjadi lebih baik insyaAllah dan tetap mensyukuri apa yang telah ada.
Misalnya, anda melihat sebuah insiden di mana sahabat anda berasa menyesal kerana melakukan sesuatu kesilapan, walaupun bukan anda yang melakukannya, tetapi itu memberi banyak pengajaran dalam diri anda pula. Anda menjadi termuhasabah diri sendiri.
Muhasabah diri. Merenung kembali apakah yang telah kita lakukan selama ini, sebelum ini dan masa ini. Kita melalui hari-hari dengan menghadapi pelbagai jenis manusia dan termuhasabah sendiri di situ. Terbaca dari sebuah blog, di mana menyebut,
" Berdepan dengan keinginan dan kemahuan manusia, memang akan menjadikan kita cepat tewas sekiranya kita hidup hanya untuk memenuhi kemahuan manusia. Sebab itu, siapa saja yang berharapkan redha manusia pada tindakannya, dia pasti akan kecewa bila tidak memperolehinya."
Hmmm.... keinginan manusia berbeza-beza antara satu sama lain. Terkadang niat kita lari dari persimpangan tanpa disedari, apabila keinginan nafsu lebih mendahului berbanding Allah Maha Pencipta, segalanya menjadi resah, gelisah dan tidak tenteram. Niat dah salah pada tempatnya. Dalam menghadapi pelbagai manusia beserta nilai dan pandangan yang berbeza-beza, dia sering terpanggil memuhasabah diri dengan mengikhlaskan hati hanya kerana Allah.
Terkadang tercari-cari mana hikmahnya disebalik semua yang berlaku dalam hidup kita. Tercari-cari hikmah di sebalik ujian yang diberi. Hati mula berasa gusar kerana jawapan masih tidak ditemui, buntu hilang punca. Sehinggalah suatu masa tersedar dan terpana seketika terharu mengindahi hati dan perasaan. Rupa-rupanya, hikmahnya sangat halus di situ. Ya, walau apa pun yang berlaku dalam hidup ini, beruntunglah apabila hati masih merasa tidak enak dan tidak selesa apabila jauh dari DnT. Di mana, ketidak enakkan dan ketidak selesaan itu akhir sekali membawa dan menyebabkan kita lebih mendekatkan diri kepada-Nya.
Allah beri ujian pada kita supaya kita jadi lebih dekat dengan-Nya. Sehingga setiap apa yang kita lakukan totally hanya kerana Allah semata-mata. Indahnya hidup : ) Kemanisan iman dirasa oleh si A, namun si A mungkin tidak mampu mengungkapkan kemanisan itu dalam bentuk kata-kata dan terkadang rasa itu mahu disimpan hanya antara sang hamba dan Penciptanya sahaja lantas menimbulkan rasa cinta untuk terus menghambakan diri kepada-Nya. Sehingga seterusnya menyebabkan kita merasa hari-hari yang dilalui adalah berlaku dengan adanya Allah memerhati setiap pergerakan kita, melindungi dan menjaga kita, ya itulah Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Maha Halus, Maha Melihat, Maha Mengetahui akan segala sesuatu.
Bezznya apabila Allah tempat pertama kita mengadu melebihi dari sesiapapun, even melebihi individu yang kita sayangi. Terkadang tercari-cari mana jawapan dalam setiap permasalahan yang dihadapi, dan terkadang fikiran jadi negatif memikirkan penyelesaian yang perlu dilakukan. Mengapa? Kenapa? Bagaimana? Apa? >>>> Bacalah Al-Quran, di situ ada banyak jenis penyelesaian dalam hidup kita. Percayalah pada Allah dan yakinlah semua ada hikmah. Adalah sesuatu yang tidak menghairankan apabila kita menghadapi kesedihan mahupun kesulitan di mana apabila dengan membaca Al-Quran, Allah ilhamkan jawapan permasalahan melalui ayat-ayat cinta-Nya yang indah itu.
Firman Allah SWT:
"...Barang siapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu."
At-Talaq 65 : 2-3
Namun lain orang lain caranya untuk menenangkan fikiran dan menyelesaikan masalah. Terpulang pada anda untuk memilih jalan penyelesaian yang paling kena dengan diri anda. You are what you think. You are what you believe you are. (hehe...ayat2 psikologi banyak mewarnai diri apabila kelas2 sang penulis kebanyakannya menyentuh tentang tingkah laku manusia, kaunseling dan bagaimana menyelesaikan masalah).
Ikhlas itu tidak boleh dilihat, dipegang dan dirasa dengan 5 deria manusia itu. Ianya ada di dalam hati dan yang tahu apa yang ada dalam hati kita tu hanyalah Dia, Allah. Bahkan, ikhlas yang ada dalam diri seseorang individu itu tidak dapat dikenalpasti oleh individu tersebut kerana Allah sahaja yang berhak menilai sejauh mana keikhlasan kita dalam melakukan sesuatu. Marilah kita sentiasa memuhasabah diri. Kita sering merasa kita dah banyak buat amalan, banyak buat tu buat ni tapi kita semua masih tak pasti kan sama ada apa yang kita buat diterima oleh Allah ataupun tidak??? Malahan, kebaikan kita membantu orang lain juga tidak menjaminkan kita masuk syurga. Semua bergantung pada rahmat dan redha Allah semata-mata.
Firman Allah SWT:
Katakanlah (Muhammad), " Apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya?" (Iaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya.
Al-Kahfi 18 : 103-104
Walau bagaimanapun, Allah suruh kita usaha selagi mampu dan tidak berputus asa. Berusaha untuk sentiasa memuhasabah diri, memperbaiki diri, menghargai apa yang ada. Berusaha untuk buat yang terbaik untuk masa kini dan akan datang insyaAllah.
P/s: Tertarik dengan isi gambar nih....
Kuala Lumpur
Subscribe to:
Posts (Atom)










