2.11.2015

Kritik ke Kritis?

Langit Melaka


Berhati-hati dengan pandangan kita terhadap sesuatu, kite ni manusia memang tak boleh lari dari sikap judgemental. Apakah judgemental kita itu sesuatu yang baik atau yang buruk? Tapi kan, bila kita cakap tentang judgemental pasti dikaitkan dengan perkara yang kurang baik. Hati-hati dengan pandangan kita terhadap sesuatu. Dari pandangan kita sahaja boleh mencerminkan siapa diri kita. Buruk pandangan kita mungkin menggambarkan hati yang sedang sakit, tapi tengok juga situasi. Ada benda kita kene tengok sebagai sesuatu yang memang tidak baik ada benda kite tengok sebagai sesuatu yang bagus.


Hmmm.. tu lah yang kita selalu belajar time sekolah menengah dulu, berfikiran kritis. Tapi tahu kah kita bagaimana berfikiran kritis? Berfikiran kritis dengan mengambil kira semua pandangan, bukan pandangan dari sesebuah pihak sahaja. Baik buruknya keputusan kita untuk mengeluarkan pandangan bergantung pada sejauh mana kita melihat dari kedua-dua belah pihak yang terlibat. Kritis dengan melihat kesan pada masa depan jika itu pandangan yang kita pilih, jika itu keputusan terbaik yang kita ambil.


Kritis dengan mengambil kira kedua-dua pihak, dan akhirnya memilih pandangan yang kamu rasa lebih dekat dengan hati, lebih dekat dengan Allah. Senang cerita, sebelum kita buat sesuatu tu, fikir dulu, kalau aku buat macam ni atau macam tu Allah suka tak dengan apa yang kita buat tu? Dan bayangkan seolah-olahnya Rasulullah SAW bersama kamu, apakah kamu rasa dia setuju dengan apa yang kamu buat? Berfikiran kritis mungkin juga dapat mengelak dari sikap suka melatah, mudah melatah dengan apa yang diterima. Tenang, relakskan diri dan selidik dulu apa yang diterima kemudian seterusnya sendiri boleh faham. Okay?


Suka aku memilih menulis sebagai medan untuk mengeluarkan buah fikiran yang barangkali cuma picisan, barangkali bagi sesetengah orang macam diari lah blog ini. Barangkali yang tidak pernah habis. Menulis. Bila nak sambung novel aku tu? Eh eh eh, keluar topik. Huuu, okay? Sama-sama kita muhasabah diri memasing. Gitthew.


Telinga yang mendengar, mulut yang menyebut, hati yang berbicara, tangan yang menulis, maka sesebuah peringatan itu sesungguhnya lebih dekat dengan diri sendiri. :)


Bintulu, Sarawak.


Tahu Sendiri Dinding Mana?

No comments:

Post a Comment